Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.suai] | سسواي

Definisi : 1. padan benar (keadaan, rupa, dll), cocok benar: seluar itu tidak ~ dgn saya kerana terlalu besar; carilah gadis lain yg lebih ~ utk dijadikan isteri kamu; 2. ber­padanan (dgn), berpatutan (dgn): bunyi besi itu ~ dgn bunyi piano; 3. setimbal, seimbang, selaras: hukuman itu telah difikirkan sbg hukuman yg paling ~ utk kampung itu; 4. sepakat, sehati, setuju: ~ benar pendapat mereka; 5. serasi (ubat dll), cocok benar: rumput di negeri ini tidak ~ utk makanan kuda kerana kekurangan zat kalsium; bersesuaian cocok benar dgn, berpadanan, berpatutan: saya rasa tugas ini ~ benar utk kaum wanita; menyesuaikan menjadikan sesuai, menye­laraskan, memadankan: bukanlah mudah ~ diri dgn orang-orang di tempat yg baru; peraturan dan adat istiadat ini akan diubah utk ~nya dgn keadaan dan adat resam di sini; tersesuai (telah) disesuaikan, menjadi sesuai: nyatakan dua cara bagaimana katak itu ~utk hidup di dlm air; kesesuaian perihal (keadaan dsb) sesuai, keselarasan, kesamaan; ketidaksesuaian perihal (keadaan dsb) tidak sesuai: masalah spt kekurangan bahan bacaan dan ~ bahan bacaan merupakan masalah yg dihadapi oleh negara ini; berkesesuaian cocok (padan, layak) benar, sesuai; persesuaian perihal bersesuaian (cocok, sama, dll), persamaan, persetujuan: lelaki itu menarik hatinya kerana ada rasa simpati dan ~ faham; penyesuaian perihal (perbuatan, proses, dsb) menyesuaikan, perbuatan menjadikan sesuatu dsb sesuai (dgn sesuatu yg lain): bahasa Melayu maju dgn pesat sekali se­hingga ~ diri dgn kemajuan itu perlu di­lakukan; penyesuai alat dll yg menyesuaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.suai] | سسواي

Definisi : 1 padan benar atau cocok benar keadaannya; sepadan; seimbang: Kakinya melecet kerana memakai kasut yg tidak ~. Gajinya tidak ~ dgn kerjanya. 2 muafakat; setuju: Pendapat mereka ~ dgn pendapat saya. 3 baik atau cocok benar; serasi benar: Utk penyakit kurap, ubat inilah yg ~. bersesuaian mempunyai hal-hal yg sesuai antara satu dgn yg lain; berpatutan; berpadanan. menyesuaikan menjadikan sesuai: Bukannya mudah hendak ~ diri dgn adat resam orang-orang di sana. kesesuaian keadaan atau hal sesuai. persesuaian perihal bersesuaian: Me­reka telah berpisah kerana tidak ada ~ lagi. penyesuaian perbuatan atau hal menyesuaikan. penyesuai alat dll utk menyesuaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesuai (adjektif)
1. Bersinonim dengan padan: cocok, serasi, layak, patut, tanjak, labut, kena, pantas, betah,
Berantonim dengan janggal

2. Bersinonim dengan setimbal: seimbang, setimpal, selaras, sewajar,

3. Bersinonim dengan sepakat: sehati, setuju, seresam, sebati, seragam,

4. Rujuk mujarab

Kata Terbitan : bersesuaian, menyesuaikan, kesesuaian, persesuaian, penyesuaian,

Peribahasa

Bagai cembul dapat tutupnya.

Bermaksud :

Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).

 

Lihat selanjutnya...(23)

65

Make bricks without straw

Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya.

Seperti hendak menepung tiada berberas

We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without

Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan seperti hendak menepung tiada berberas.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk merujuk kepada kanak-kanak tadika berusia 4-6 tahun? Murid tadika atau pelajar tadika? atau ada perkataan lain yang lebih sesuaiPerkataan yang sesuai merujuk kepada kanak-kanak tadika berusia 4-6 tahun ialah murid-murid tadika atau kanak-kanak tadika. Istilah30.09.2021
Perkataan alumni sesuai digunakan untuk pelajar lepasan sekolah menengah ke? Sekiranya tidak sesuai, apa perkataan lain yang sesuai digunakan?Kata alumni bermaksud seperti yang berikut:

alumni kata nama
1 bekas pelajar yang tamat dari sesebuah sekolah atau institut pengajian tinggi:
Contoh penggunaan:
Beliau telah dilantik sebagai Presiden alumni USM.
Kelab Alumni Sekolah Perniagaan Harvard Malaysia di Universiti Utara Malaysia.

2 bekas peserta, pelatih dan sebagainya sesebuah persatuan, program dan sebagainya:
Contoh penggunaan:
Pengerusi Pertubuhan Alumni Kelab Umno Luar Negara;
Kelab Alumni Minggu Penulis Remaja.

Kata lain yang boleh digunakan ialah bekas atau mantan mengikut kesesuaian konteks dan maknanya.

Sila rujuk kamus yang terkini, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh maklumat berkaitan bahasa Melayu.
Makna16.12.2023
Search to refine the results. Cari untuk memperhalus kelihatan tidak sesuai. Apa istilah sesuai untuk refine ya?Padanan terjemahan bahasa Melayu untuk perkataan "refine" dalam konteks yang dinyatakan ialah perincian. Terjemahan "search to refine the result" ialah  cari untuk perincian keputusan.Makna09.11.2022
Saya sedang menterjemah beberapa teks bahasa arab berkaitan Rasulullah. soalan saya, adakah sesuai saya menterjemah "Anta" yang ditujukan kepada Rasulullah dengan "Paduka Tuan". seterusnya, adakah sesuai sekiranya perkataan "syurga" dalam konotasi Islam saya terjemahkan sebagai inderaloka. terima kasih.

Untuk konteks terjemahan yang melibatkan Rasulullah, "Paduka Tuan" tidak sesuai digunakan. Gelaran ini lebih sesuai dengan contoh teks berlatarbelakangkan Alam Melayu atau Nusantara. Pihak kami mencadangkan penggunaan gelaran ”Ya Rasulullah”, atau nama sahaja seperti “Wahai Muhammad” bergantung pada kesesuaian konteks ayat.

 

Untuk "syurga" juga tidak sesuai dipadankan dengan “inderaloka” kerana istilah ini juga lebih sesuai untuk teks yang berlatarbelakangkan Alam Melayu atau Nusantara. Pihak kami mencadangkan untuk kekal menggunakan istilah “syurga” atau “jannah”.

Penyemakan dan penterjemahan05.09.2023
Buku cerita peribahasa kanak-kanak sesuai untuk bacaan usia berapa dan mengapa pada usia tersebut sesuai? kerana terdapat kajian menyatakan buku cerita peribahasa sesuai untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun kerana pada peringkat usia ini mereka lebih berupaya memahami dan menghayati cerita yang mengandungi unsur peribahasa. Saya mencari dapatan pandangan ini.

Untuk makluman, soalan yang dikemukakan kurang jelas. Sehubungan dengan itu, tuan boleh menghubungi pegawai Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut melalui talian utama DBP, iaitu 03-2147 9000.

Sastera07.01.2025
Saya dan ibu bersiar-siar di pasar raya. Adakah perkataan bersiar-siar sesuai digunakan untuk di pasar raya? Atau ada perkataan yang lebih sesuai?

Perkataan “bersiar-siar” kurang sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang lebih sesuai ialah “membeli-belah” atau “berjalan-jalan”.

Tatabahasa19.11.2024
Cadangan nama Pusat Perkhidmatan Gelandangan ke Anjung Rantau. Adakah ianya sesuai digunakan?Nama "Anjung Rantau" kurang sesuai dan "Pusat Gelandangan" lebih sesuai dalam konteks ini. Sekiranya berkaitan dengan permohonan visual papan tanda premis atau penamaan, tuan/puan boleh membuat permohonan pengesahan bahasa melalui laman sesawang www.dbpsahbahasa.my.Lain-lain01.10.2024
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan "overrated"? Saya hanya jumpa satu sahaja padanan dalam Kamus Bahasa Inggeris iaitu sesuatu yang dinilai terlalu tinggi tetapi tidak sesuai dengan konteks ayat saya. Ayat bahasa Inggerisnya adalah "The place is so overrated." Jadi, saya ingin tahu padanan yang lebih sesuai. Terima kasihCadangan padanan bagi istilah overrated dalam bahasa Melayu ialah dinilai berlebihan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah14.01.2024
Terjemahan sesuai untuk “potential space”? Rujukan: https://taylorandfrancis.com/knowledge/Medicine_and_healthcare/Anatomy/Potential_space/#:~:text=A%20potential%20space%20is%20a,changes%20or%20other%20physiological%20changes.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah potential space ialah ruang keupayaan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah08.07.2025
Terjemah sesuai untuk "Liquid Glass". Liquid Glass is translucent material reflects and refracts its surroundings, while dynamically transforming to help bring greater focus to content, delivering a new level of vitality across controls, navigation, app icons, widgets, and more.Padanan bahasa Melayu bagi istilah liquid glass ialah kaca cecair. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah10.06.2025
12345678910...

Kembali ke atas