maksud perkataan/istilah: 1. laman sesawang 2. kursus pendek 3. komuniti setempat | 1. laman sesawang - laman web 2. kursus pendek - yang betul ialah kursus jangka pendek - kursus yang diadakan dalam tempoh yang singkat. 3. komuniti setempat - masyarakat setempat / di satu tempat sehaja. | Makna | 12.03.2009 |
Bagaimana hendak membezakan perkataan berikut: 1. mengait dan menjolok 2. banyak dan ramai 3. setempat dan tempatan | mengait1. memetik (menarik dll) sesuatu dgn kait, mencangkuk, menggancu: ~ buah rambutan; maka datang hulubalang Pahang ~ jong itu; 2. merajut dgn jarum kait: ia terpaksa menyulam dan ~ renda utk nafkah hidupnya; 3. melukai dgn sesuatu yg berkait: duri itu ~ kakinya; 4. ki mengambil keuntungan dll dgn cara tidak halal. jolok; menjolok1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll: kalau engkau hendak ~ buah rambutan itu carilah galah yg panjang sedikit; 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll); 3. memancing-mancing keterangan dll drpd orang, mengajuk atau menduga (hati orang); ~ alang (orang) yg sangat tinggi; ~ anak menggugurkan kandungan; ~ hati mengajuk hati; ~ mata a) sangat jelas kelihatan, sangat nyata; b) memberi malu, menyakitkan hati; ~ sarang tebuan prb melakukan sesuatu yg mendatangkan bahaya; yg dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas prb keuntungan yg diharap-harapkan tidak didapat, sedangkan modal atau alat utk mendapatnya hilang juga; banyak- 1. bukan sedikit, tidak sedikit: ~ orang yg mempunyai cita-cita tinggi; 2. bilangan, jumlah: berapa ~ wang yg kauterima? 3. sangat, sungguh: ~ lagak; ~ aksi membuat-buat supaya nampak elok; ~ bicara = ~ cakap = ~ mulut suka berleter; ~ cantik sr ungkapan utk menyatakan kemarahan, atau digunakan sbg gurauan dll; ~ lemak a) mempunyai atau diselaputi lemak yg banyak (bkn bahagian tubuh): alat itu digerakkan di bahagian yg ~ lemak selama kira-kira 15 minit; b) ki berkelakuan yg keterlaluan atau terlalu manja sehingga mengakibatkan orang lain meluat (bkn perilaku seseorang): "Sekarang kau dah ~ lemak."; ~ sedikitnya a) jumlahnya, banyaknya; b) barang sedikit;
ramai- 1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasaran getah ~ kembali; Singapura ialah bandar perniagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (penduduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga janganlah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); kemahuan ~ kemahuan umum; khalayak ~ orang banyak, umum; kegemaran ~ kesukaan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum; ~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama;
1. satu tempat sahaja; 2. = setempat-setempat hanya mengenai sesuatu tempat sahaja, tidak menyeluruh; 3. di tempat itu sendiri: hikayat ini tersiar di daerah yg sangat luas biarpun dlm bentuk yg berlainan dan disesuaikan dgn keadaan ~; tempatanyg berkaitan dgn tempat tertentu, di tempat itu sendiri: kasut hitam, buatan ~ yg dipakainya itu berkilat; buah-buahan ~ buah-buahan dr negera sendiri (bukan buah-buahan yg diimport); ~ hati ki buah hati, kekasih; | Makna | 04.08.2009 |
Apakah terjemahan sesuai dalam bahasa Malaysia bagi perkataan "Breakaway TV News" atau "Breakaway News"? Perkataan dalam Bahasa Malaysia diperlukan bagi kesesuaian perkataan tersebut dalam siaran media elektronik dan media cetak. | Berdasarkan konsep dan konteks penggunaan yang diberikan dicadangkan padanana bahasa Melayunya ialah berita tempatan/setempat atau warta tempatan/setempat. | Istilah | 29.01.2009 |
Kendatipun kereta ini buatan setempat, namun setanding dengan kereta buatan luar negara. munsyi, setanding=sama tanding, adakah wajar dengan digunakan? setanding dengan kereta ata setanding kereta lebih sesuai digunakan? TQ | Setanding ialah sebanding dengan seperti setanding dengan kereta. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
definisi rukun tetangga dan integrasi nasional | Rukun tetangga merujuk kepada jawatankuasa penduduk setempat bagi memastikan keselamatan di kawasan kejiranan terkawal. Integrasi nasional merujuk kepada penggabungan pelbagai kaum di dalam negara. | Makna | 12.10.2011 |
Rasanya sudah lama saya tidak mengunjungi laman ini. Salam Ramadan tuan. Pertanyaan saya - jika pusat beli-belah (bukan pusat membeli-belah), bagaimana pula dengan 'aktiviti merentas desa', 'gas memasak', 'aktiviti berlari setempat', aktiviti 'menulis karangan', (sekadar beberapa contoh). Tidakkah apa yang saya catatkan itu membawa maksud sama dengan 'pusat membeli-belah'? Mohon penjelasan tuan. Sekian, terima kasih. | Lazimnya dalam penamaan kita menggunakan bentuk kata nama seperti Pusat Beli-belah. Berdasarkan contoh yang tuan berikan frasa yang betul ialah aktiviti rentas desa dan aktiviti lari setempat. Walau bagaimanapun terdapat beberapa frasa penamaan yang tidak mengikut rumus tersebut kerana telah mantap penggunaannya dalam masyarakat seperti termasuklah pertandingan melukis dan pertandingan mengarang esei. Hal ini dianggap sebagai kekecualian dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 03.08.2012 |
Assalamualaikum. Apakah maksud "cikai / chikai"? Dialek negeri manakah itu? Terima kasih. | Cikai atau chikai tidak ada dalam pangkalan data kami. Berkemungkinan kata tersebut merupakan bahasa basahan yang dituturkan dalam komuniti setempat. | Makna | 07.05.2013 |
Apakah maksud bagi istilah penuaan dan kerja sosial pribumi | Penuaan bermaksud (1) Proses menjadi tua atau matang. (FARM). Istilah lama:menua, pemeraman, penentuan usia, keumuran. Kerja sosial pribumi mungkin bermaksud kerja kebajikan kepada masyarakat setempat. | Lain-lain | 09.09.2007 |
APakah definis glokal yang digunakan dalam PIPP | Glokal merupakan satu istilah yang dihasilkan dari kata global yang bermaksud meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia, sejagat dan digabungkan dengan kata lokal yang bermaksud setempat. Gabungan dua kata itu telah menghasilkan glokal dengan maksud mengambil sesuatu nilai yang baik, inovatif, kreatif, profesional, dan disesuaikan dengan nilai-nilai lokal atau tempatan. Terima kasih. | Makna | 30.10.2008 |
Salam, saya ingin bertanya. Apa perbezaan antara istilah Persatuan Penduduk dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung?Antara dua istilah itu, yang mana lebih baik untuk digunakan pada masa kini?Ataupun kedua-duanya boleh dan relevan untuk digunakan? Sekian, terima kasih. | Kedua-dua perkataan tersebut mewakili pertubuhan komuniti setempat, ada yang menggunakan istilah Persatuan Penduduk dan ada yang menggunakan istilah Jawatankuasa Kemajuan Kampung. Terpulang kepada masyarakat untuk menggunakan istilah manakah yang digemari oleh mereka. | Tatabahasa | 14.08.2012 |