Status saya sprti gambar masih dalam permohonan belum bayar sedangkan dah ditolak duit dr akaun sy | Mohon kemukakan sebarang pertanyaan berkaitan permohonan iklan kepada tanya@dbpsahbahasa.my atau bayaran@dbpsahbahasa.my . | Lain-lain | 19.03.2018 |
STATUS BAHASA MELAYU ATAU BAHASA MALAYSIA | Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu. | Istilah | 04.08.2010 |
Assalamualaikum Tetuan DBP Sukacitalah kiranya saya mengetahui status judul yang disertakan : No Rujukan 452 Tahun Terima 2015 Tarikh Daftar 03/07/2015 Judul KLIK E-DAGANG UNTUK SEMUA Status PRACETAK Tarikh Status Terkini 21/12/2018 Penulis NUR ALIYAH BINTI AZIZI /Azizi Ahmad Maklumat Editor NOOR ZULAIKHA BINTI ALAN ZAMIRZA zulaikha@dbp.gov.my 03-21479448 Adakah ianya masih distatuskan sebagai 'pra-cetak' ? Harap maklum, wasalam. | Salam saudara budiman, Berhubung soalan saudara, Editor Bahagian Buku Umum, Puan Zulaikha binti Alan Zamirza, telah menjawab e-mel tersebut kepada pihak tuan. sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi Puan Zulikha selanjutnya. Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama.
| Lain-lain | 16.02.2020 |
1. Apakah perbezaan antara status bahasa dan korpus bahasa. 2. Mengapa status bahasa dan korpus bahasa perlu dirancang serentak | Status bahasa ialah taraf atau kedudukan bahasa (B.Melayu), manakala korpus pula ialah himpunan makalah (tulisan dsb) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan utk kajian (spt kumpulan contoh penggunaan kata dll). Ini disebabkan kedua-duanya saling berkaitan. Tanpa korpus bahasa, kemungkinan tidak wujud bahan untuk dijadikan kajian atau analisis sesuatu perkara.Oleh sebab iti status bahasa dan korpus bahasa perlu dirancang serentak. T.kasih. | Lain-lain | 21.07.2008 |
Status pencapaian adalah seperti di Jadual 1 atau Status pencapaian ialah seperti di jadual 1. | Ayat yang betul ialah "Status pencapaian adalah seperti dalam Jadual 1." | Tatabahasa | 15.08.2013 |
Assalamualaikum Tuan Uzair Sukacitalah kiranya jika saya dapat mengetahui status Panduan Asas E-Dagang seperti yang telah diserahkan kepada pihak tuan. Sehingga hari ini kami masih belum mendapat sebarang khabar mengenai perkara diatas. Perhatian dan kerjasama tuan amatlah kami hargai. Wasalam. Bil No Rujukan Tahun Terima Tarikh Daftar Judul Status Tarikh Status Terkini Penulis Maklumat Editor 1 452 2015 03/07/2015 PANDUAN ASAS E-DAGANG PEMBINAAN 03/07/2015 NUR ALIYAH BINTI AZIZI MOHD 'UDZAIR BIN DEPANAIK udzair@dbp.gov.my 03-21479741 Untuk makluman, saya adalah penulis bersama dengan Puan Nur Aliyah Azizi. Harpa maklum. Terima kasih | W'salam. Dengan hormatnya pertanyaan tuan dirujuk. Saya berikan nombor telefon En Uzair 03-2147 9741 bagi tuan berhubung terus dengannya bagi bertanyaakan tentang perkembangan mansukrip tuan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 17.10.2016 |
Yang mana paling tepat: 1. Beliau mengemaskinikan status laman sosialnya dengan pesanan ... 2. Beliau mengemaskinikan status laman sosial beliau dengan pesanan... | Frasa yang gramatis ialah "Beliau mengemaskinikan status laman sosialnya dengan pesanan ...".
| Tatabahasa | 01.04.2013 |
Apakah status terkini mengenai ejaan `baru' dengan `baharu' kerana saya difahamkan situasi sebelum ini `baru' merujuk kepada masa sedangkan `baharu' merujuk sifat sesuatu. Contoh: Dia baru sampai dengan kereta baharunya. Atau apakah `baru' dan `baharu' saling boleh ditukar seperti yang berlaku dulu. | Bagi menjawab pertanyaan saudara, baru kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata just digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah new, contohnya, buku baharu dan kereta baharu. | Tatabahasa | 01.06.2013 |
1) Status penggunaan perkataan Online dalam laman web kerajaan untuk versi Bahasa Malaysia. Dibenarkan atau tidak? Cth: Current online - diterjemahkan ke Sekarang Online. | Online ialah perkataan Inggeris. Sepatutnya perkataan it tidak digunakan dalam ayat atau teks bahasa Melay. Seharusnya diterjemahkan terlebih dahulu. Cadangan terjemahan ialah dalam talian. | Lain-lain | 02.12.2008 |
Apakah status "cuba" dan "terus" dalam contoh ayat dibawah? 1. Ibu cuba menolak pintu itu dengan sekuat hati. 2. Adik terus berlari mendapatkan ayah yang pulang dari Bali. Adakah ia adalah kata adverba?Sekiranya adverba, adakah ia tergolong Kata Adverba Jati? Terima kasih. | Kata cuba dan terus dalam kedua-dua ayat tersebut merupakan kata adverba jati yang menerangkan kata kerja dan frasa kerja. | Tatabahasa | 07.04.2008 |