Apakah strategi-strategi komunikasi terkini yang digunakan pihak dbp dalam usaha organisasi ini membentuk imej, identiti dan reputasi | Identiti, imej dan reputasi korporat merupakan agenda utama aktiviti korporat bagi setiap organisasi termasuk DBP. Strategi-strategi komunikasi DBP bagi mengekalkan imej, identiti dan reputasi korporat yang positif dibuat secara terancang, berterusan dan sistematik merangkumi aspek berikut : Hubungan Media, Komunikasi Dalaman, Periklanan, Identiti Korporat, Direct Mail, Penajaan, Pameran (Hari Bertemu Pelanggan), Persidangan, Hubungan Komuniti, Pengurusan Krisis, Acara Khas dan Penghubung. | Lain-lain | 29.07.2007 |
salam sejahtera tuan, kemusykilan saya; 1. adakah 'differentiation strategy' boleh diterjemahkan kpd strategi pembezaan atau strategi perbezaan? 'differentiation strategy' merupakan strategi yg dgunakan oleh syarikat bagi menampilkan imej dan kualiti produk/servis yg berbeza. 2. adakah 'low cost strategy' boleh diterjemahkan kepada strategi kos rendah. 'low cost strategy' merupakan strategi syarikat untuk menawarkan harga rendah kepada pelanggan. terima kasih. | 1. Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "differentiation strategy". Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk "differentiation" ialah pembezaan. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah strategi pembezaan. 2. Istilah bahasa Melayu untuk "low cost strategy" ialah strategi kos rendah. | Istilah | 21.02.2013 |
Cikgu, frasa “strategi penggalian parit" atau "strategi menggali parit" barulah betul? Saya tak dapat membezakan perbezaan kedua-dua bentuk ini. Tolong berikan penjelasan tentang kedua-dua bentuk frasa ini. | Kedua-dua frasa ini betul. Yang membezakannya ialah bagaimana ia digunakan dalam konteks ayat. Penggalian menunjukkan satu proses menggali menggali ialah perbuatan menggali sesuatu. "Strategi Penggalian parit" boleh digunakan sebagai tajuk rencana atau akhbar atau sebuah kata nama khas. Contoh: Kerajaan telah melancarkan strategi penggalian parit yang paling baik di dunia. "Strategi menggali parit" digunakan dalam ayat yang menunjukkan perbuatan. Contoh: Ketua kampung itu sedang menerangkan strategi menggali parit yang paling berkesan kepada anak-anak buahnya. | Tatabahasa | 11.05.2014 |
maksud perkataan strategi | Antara maksud strategi ialah rancangan yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk mencapai matlamat atau kejayaan. | Makna | 12.08.2009 |
(a) ...membuat perancangan "berkaitan" strategi syarikat. (b) ...membuat perancangan "yang berkaitan dengan" strategi syarikat. Ayat (a) atau (b) yang betul? | Frasa yang betul ialah "membuat perancangan berkaitan strategi syarikat". | Tatabahasa | 21.07.2016 |
1. Apakah strategi/gaya/kaedah terjemahan yang disarahkan kepada penterjemah DBP untuk menterjemah teks sains dan teknikal? 2. Apakah piawai penilaian kualiti penerbitan hasil terjemahan teks sains dan teknikal oleh penerbit DBP? | Prinsip terjemahan buku sains dan teknologi sesuai dibuat secara terjemahan langsung. Sila rujuk Institut Terjemahan Negara Malaysia untuk maklumat lanjut. Tel.: 03-41497210, faks : 03-41432939. | Lain-lain | 17.01.2008 |
Lazimnya, Strategi dalam dokumen ditulis menggunakan kata kerja. Contohnya, Memperkukuh Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa. Sekiranya Strategi tersebut dijadikan tajuk/subtajuk, adakah ia ditulis menggunakan kata kerja atau ditukar kepada kata nama, iaitu Pengukuhan Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa. Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih. | Ya, akan menjadi kata nama Pengukuhan Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa. | Tatabahasa | 13.01.2015 |
APAKAH MAKSUD STRATEGI?ADAKAH SAMA MAKSUD DENGAN CARA,KAEDAH DAN PENDEKATAN? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, disertakan maksud keempat-empat istilah tersebut untuk makluman saudara, iaitu: strategi ditakrifkan sebagai 1. ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, ilmu siasat perang; 2. siasat perang, taktik perang; 3. bp siasat (muslihat) utk mencapai sesuatu maksud; 4. rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan; ~ dua (tiga) serampang strategi yg terdiri drpd dua (tiga) rancangan atau pendekatan yg utama yg dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu. Cara bermaksud 1. aturan (sistem, jalan) membuat sesuatu: kalau sudah tahu ~ menyimpan wang di bank senanglah; 2. gaya (spt bentuk, fesyen, rupa, dll): cerita itu banyak mengikut ~ drama Shakespeare; 3. laku, macam, ragam, seperti: elok kita selesaikan perkara ini ~ adik-beradik sahaja; 4. adat resam, keadaan (aturan) yg lazim dilakukan, kebiasaan: tiap-tiap satunya menimbulkan suatu ~ hidup yg tertentu dan berhubung dgn ini pula terdapat larangan-larangan; 5. dlm bahasa atau loghat: bertanya ~ Cina. Kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu). Pendekatan bermaksud 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka. | Istilah | 15.01.2010 |
apakah makna dasar dan strategi? | Salam Sejahtera Yusof Bin Mohamed Razali, Soalan : Apakah makna dasar dan strategi? Jawapan : Saudara, DBP telah menyediakan Perkhidmatan Carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) DBP untuk memudahkan saudara mencari maklumat yang diperlukan. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Yang menjalankan tugas, Abdul Razak Mohammad | Lain-lain | 04.03.2009 |
perkataan post mortem menepati maknanya untuk "POST-MORTEM 2014 dan strategi 2015"?? | Dalam konteks umum, post-mortem diterjemahkan kepada pascanilai, pasca nilai 2014 dan strategi 2015. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.12.2014 |