apakah maksud "sukan lasak"? | Sdr. Mohamad Shukri terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Sukan lasak ialah sukan yang melibatkan aktiviti yang kasar dan kadang kala melibatkan aksi ganas. Antara jenis sukan ini ialah lumba motorcross, memanjat gunung, berakit atau bersampan dijeram sungai dan sebagainya. | Makna | 11.07.2009 |
Mengapakah frasa sukan lasak diterima pakai, manakala kerja lasak penggunaannya tidak tepat? | Frasa sukan lasak telah diterima sebagai satu istilah seperti lumba motor lasak. Walau bagaimanapun tidak ada contoh penggunaan frasa 'kerja lasak' dalam sumber rujukan kami. Jika 'kerja lasak' yang dimaksudkan sesuai dengan konsep/makna lasak maka frasa tersebut boleh diterima. | Tatabahasa | 30.09.2011 |