Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.kai] | تڠکاي

Definisi : 1. gagang pd buah (bunga dll): buah itu mempunyai ~ yg pendek; ~ daun; 2. batang pokok tumbuhan yg kecil-kecil: ~ kecambah; 3. penjodoh bilangan utk bunga: se~ bunga; 4. tempat memegang sesuatu alat, batang (cangkul, tombak, dll), gagang, hulu (pisau dll): ~ cangkul; ~ bedil gagang bedil; ~ cerek tampuk cerek; ~ dayung batang dayung; ~ embun ki sesuatu yg tidak kukuh; ~ hati ki kekasih; ~ jering = ~ kering ki orang yg kedekut; ~ pena gagang pena; ~ timba pemegang timba; ~ tombak batang tombak; bertangkai mempunyai atau memakai tang­kai: dia hanya sempat mengutip buah rambutan yg ~ sahaja; senduk kayu yg ~ panjang digunakan utk mengacau jem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.kai] | تڠکاي

Definisi : tangkaian ark tempat menyim­pan padi, lumbung, rengkiang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.kai] | تڠکاي

Definisi : 1 bahagian tempat melekatnya buah, bunga dll; gagang buah, bunga dll: Buah manggis ~nya pendek. 2 bahagian drpd sesuatu utk dipegang; gagang. 3 penjodoh bilangan utk bunga: se~ bunga mawar. ~ bedil gagang bedil. ~ cerek tampuk cerek. ~ dayung batang dayung. ~ embun ki sesuatu yg tidak kukuh. ~ hati ki orang yg dikasihi. ~ jering ki orang yg kedekut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangkai (kata nama)
1. Bersinonim dengan gagang: batang, hulu, pemegang, gandar, taran, tampuk, tangan, baur, garan, pangkal,

2. Bersinonim dengan tandan: tundun, sisir, sikat, untai, jambak, gugus.,


Puisi
 

Si tangkai padi si tangkai lada,
     Selasih di dalam puan;
Sampai mati sampai kurasa,
     Setengah kasih ditinggalnya tuan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Menjual tangkai pangkur dedap.

Bermaksud :

Cerita bohong.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Dalam Kamus Dewan, tampuk ditakrifkan sebagai 1. bahagian hujung tangkai tempat buah melekat: ~ manggis;. Selalunya dalam percakapan harian, tampuk manggis bukan merujuk kepada tangkai buah tersebut tetapi pada bahagian dasar buah mangga yang berupa kelopak bunga (dikira kelopak untuk kenal pasti jumlaj ulas di dalam buah). Soalan saya, jika tampuk manggis ditakrifkan sebagai tangkai manggis, apakah nama bagi struktur bak kelopak bunga di bawah buah manggis dipanggil dalam bahasa melayu baku?Tiada maklumat nama untuk struktur seperti kelopak bunga di bawah manggis dalam pangkalan data DBP. Daripada carian kami dalam bidang pertanian terdapat dua istilah yang sering digunakan untuk merujuk bahagian tersebut.  Istilah yang dimaksudkan ialah kelopak stigma dan kelopak putik. Contoh penggunaan dalam ayat ialah, jumlah kelopak stigma menunjukkan jumlah bahagian buah.Istilah21.12.2017
"tangkai jering" bermaksud "orang yang kedekut" mengapakah ia membawa maksud kiasan demikian?Tidak ada maklumat dalam sumber rujukan kami yang menyatakan etimologi dan latar cerita 'tangkai jering' dikiaskan kepada orang yang kedekutTatabahasa06.04.2011
Apakah perbezaan nuansa pada kata dahan, ranting dan tangkai mengikut penggunaan lazim penutur?Dahan bermaksud bahagian yang tumbuh dari batang pokok. Ranting pula merujuk bahagian cabang yang kecil-kecil di hujung dahan manakala tangkai ialah bahagian tempat melekatnya buah, bunga dan lain-lain.Makna12.12.2018
Dari manakah asal usul Simpulan bahasa dibawah berikut beserta tarikh mula digunakan di dalam bahasa melayu. Otak udang Tangkai Jering Durian runtuh Anak Emas Ajak-ajak ayam Malu-malu kucing Mati katak Pisau cukur Ringan tangan Serkap jarang

Makna tangkai jering - orang yang kedekut, durian runtuh - mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah, anak emas - sangat dikasihi ibu bapanya atau majikan. Ajak-ajak ayam - pelawaan yg tidak sungguh-sungguh. Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan di pusat bahasa IPTA ata perpustakaan yang berdekatan. Kami di DBP sangat mengalu-alukan kedatangan saudara/ saudari ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk membaut rujukan.

Lain-lain21.02.2010
9) Van yang membawa pekerja kilang itu tersengguk-sengguk kerana hampir kehabisan minyak. 10) Ayah telah membeli beberapa tangkai tasbih semasa mengerjakan umrah di Mekah.1. Perkataan tersengguk-senguk tidak sesuai kerana perkataan tersebut bermaksud terangguk-angguk(orang mengantuk).2. Perkataan tangkai tidak sesuai kerana perkataan ini bermaksud i.gagang pada buah ii. penjodoh bilangan untuk bunga.Tatabahasa22.07.2008
Apakah perbezaan cara menggunakan penjodoh bilangan kuntum dan tangkai.


Saudara,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat  kuntum merujuk kepada bunga yang hampir kembang penjodoh bilangan untuk bunga, berkuntum tumbuh (berada) dalam bentuk kuntum: Bunga mawarnya baru menguntum menjadi kuntum atau sebagai kuntum (mula berkembang).

Manakala tangkai membawa maksud bahagian tempat melekatnya buah, bunga.Batang pokok dan tumbuhan yang kecil-kecil. Bahagian daripada sesuatu untuk dipegang; gagang. Penjodoh bilangan untuk bunga, tempat memegang sesuatu alat misalnya cangkul, tombak.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Nahu Melayu Terakhir (hlmn.310)

Istilah03.08.2012
Apakah penjodoh bilangan bagi petai belalang? papan atau tangkai?papanTatabahasa21.05.2018
apakah penjodoh bilangan bagi mayang kelapa?Berdasarkan bentuk mayang kelapa tersebut, penjodoh bilangan yang sesuai ialah tangkaiTatabahasa02.08.2011
Saya ingin bertanya. Adakah penjodoh bilangan "mayang" wujud dalam bahasa Melayu? Terima kasih.
Contoh penjodoh bilangan bagi mayang kelapa, penjodoh bilangan ialah tangkai
Lain-lain30.08.2016
Apa beza antara sesisir pisang, sesikat pisan dan setandan pisang?Sesisir bermaksud setangkai atau segugus pisang (sebahagian drpd tandan) atau sesikat. Setandan bermaksud tangkai pd buah-buahan yg bergugus (pisang, kelapa, pinang, dll).Tatabahasa01.09.2007
12

Kembali ke atas