Bolehkah saya tahu kenapa ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya mudah kerap digunakan di sesebuah novel? | Untuk makluman, ayat tanya atau kata tanya yang digunakan dalam sesebuah novel atau karya sastera kreatif itu bergantung kepada kekreatifan seseorang penulis. Tidak ada sekatan atau kesalahan seandainya diguna sekerap atau sekurang mana pun, asalkan sesuai pada cerita dan jalan ceritanya. | Lain-lain | 08.09.2015 |
saya ingin bertanya tentang tatabahasa. berapakah jenis-jenis ayat tanya yang terdapat dalam penggunaan tatabahasa? dan apakah jenis-jenis ayat tanya tersebut? berharap agar pihak anda dapat memberi penerangan dengan lebih lanjut. kerjasama anda sangat saya hargai.Terima kasih. | Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat tanya digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?). Contohnya: Encik Zulkifli pengurus syarikat itu? Ayat tanya dengan unsur tanya ialah ayat yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila. Ayat jenis ini terdiri daripada tiga golongan, iaitu ayat tanya dengan kata tanya (Contohnya: Hari perkahwinannya bila?) , ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya (Contohnya: Gurunya siapa?) dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya (Contohnya: Ali hendak ke mana?). Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 30.01.2011 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar atau kecil selepas tanda soal dan penutup kata. Contoh : "Kenapa awak menunggu saya di sini?" Tanya Siti. Perkataan 'Tanya' tersebut sepatutnya 'Tanya' atau 'tanya'? Sekian, terima kasih. | Waalaikumussalam. Sebelum ini puan ada bertanyakan soalan tanda seru dalam kata petik. Sama juga kesnya, untuk contoh cakap ajuk ini: "Kenapa awak menunggu saya di sini?" Tanya Siti. Huruf "T" untuk perkataan "Tanya" sepatutnya huruf kecil. Yang betul ialah: "Kenapa awak mengunggu saya di sini?" tanya Siti. | Lain-lain | 13.12.2014 |
Tukarkan ayat tanya biasa kepada ayat tanya songsang. 1. Ayah kamu masuk ke Pusat Rawatan Islam semalam? 2. Mesyuarat agung PIBG itu akan diadakan bila? 3. Cawangan bank tersebut ada di Kuala Terengganu? ~(a)Adakah partikel-'kah' diperlukan? (b)Adakah kita boleh menukarkan ayat tanya tanpa ~'kah'? ~(c)sila berikan jawapan yang lengkap untuk kami (guru-guru bahasa Malaysia dari Sekolah Menengah Pay Fong, Melaka) membuat rujukan dan perbincangan selanjutnya, terima kasih | Ayat Tanya tanpa kata tanya, boleh disertai partikel tanya -kah, atau sebaliknya; dan partikel -kah diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat. Contohnya: Ayah kamu masuk ke Pusat Rawatan Islam semalam? Ayah kamu masuk ke Pusat Rawatan Islam semalamkah? Ayat tanya dengan kata tanya hadir dalam predikat ayat, seperti Mesyuarat agung PIBG itu akan diadakan bila? Ayat ini perlu menerima partikel -kah pada unsur yang dikedepankan, seperti Bilakah Mesyuarat agung PIBG itu akan diadakan? Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 441 - 448. | Tatabahasa | 19.02.2016 |
kenapa kata tanya hanya boleh digunakan dalam ayat tanya?kenapa kita perlu guna APA-APA tapi bukan APA dalam pembentukan ayat? | Kata tanya digunakan dalam ayat tanya seperti Siapakah nama dia? dan Di mana dia tinggal? Kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata kerana dalam ayat penyata banyak perkataan lain yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat. Apa digunakan dalam ayat tanya dan apa-apa digunakan dalam ayat penyata yang bermaksud segala apa. | Tatabahasa | 01.04.2013 |
Awak hendak memulangkan buku saya itu, bila?" Tanya Arif kepada kawannya. munsyi, soalan saya ialah tanya atau Tanya lebih sesuai digunakan? TQ | Ejaan yang betul ialah Awak hendak memulangkan buku saya itu, bila?" tanya Arif kepada kawannya. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
"Awak hendak memulangkan buku saya itu, bila?" Tanya Arif kepada kawannya. tuan saya keliru, adakah selepas cakap ajuk, Tanya atau tanya digunakan? TQ | Bagi sebarang bentuk kata tanya sama ada menggunakan "kah" seperti bilakah atau tidak, seperti bila, hendaklah menggunakan tanda soal "?" | Lain-lain | 05.02.2012 |
1. Jawapan yang mana satu betul ? a) "Mainon, mengapakah kelihatan sedih ?" tanya Katini. b) "Mainon, mengapakah kelihatan sedih ?" tanya Katini. Ayat ( a ) atau (b) yang betul ? 2. (a) "Mainon, mengapakah kelihatan bersedih ?" tanya neneknya. (b) "Mainon, mengapakah kelihatan bersedih ?" tanya neneknya. Ayat (a) atau (b) yang betul ? 3. (a) " hendak ke mana ?" tanya Puan Ros kepada anaknya. (b) " hendak ke mana ?" tanya Puan Ros kepada anaknya. Ayat (a) atau (b) yang betul 4. (a) "Lily, apa yang sedang lukis ?" tanya Rosie. (b) "Lily, apa yang sedang lukis ?" tanya Rosie. Ayat (a) atau (b) yang betul ? 5. (a) " Hadiah ini saya belikan untuk ," kata Encik Rahman kepada isterinya. (b) " Hadiah ini saya belikan untuk ," kata Encik Rahman kepada isterinya. Ayat (a) atau (b) yang betul ? 6.(a) "Mengapakah tidak datang ke sekolah semalam ?" tanya Cikgu Zainon kepada Ramesh. (b) "Mengapakah tidak datang ke sekolah semalam ?" tanya Cikgu Zainon kepada Ramesh. Ayat (a) atau (b) yang betul ? 7. Bagaimana menggunakan kata ganti nama diri awak dan kamu ? Dalam situasi apa (awak dan kamu ) digunakan ? Sekian,terima kasih. | 1. "Mainon, mengapakah kelihatan sedih ?" Tanya Katini. 2. "Mainon, mengapakah kelihatan bersedih ?" Tanya neneknya. 3. "Hendak ke mana?" Tanya Puan Ros kepada anaknya. 4. "Lily, apakah yang sedang anda lukis?" Tanya Rosie. 5. "Hadiah ini saya belikan untuk ...," kata Encik Rahman kepada isterinya. 6. "Mengapakah kamu tidak datang ke sekolah semalam?" Tanya Cikgu Zainon kepada Ramesh. 7. Awak dan kamu ialah kata ganti nama diri kedua yang sama maksudnya, namun dalam konteks rasmi perkataan anda dan kamu lebih sesuai digunakan. | Tatabahasa | 10.04.2014 |
Salam sejahtera, Tuan/puan, Biasanya kata tanya yang digunakan adalah seperti bagaimanakah atau mengapakah untuk membina ayat tanya. Bolehkah kata tanya digunakan tanpa -kah seperti dalam ayat berikut? Terangkan bagaimana/mengapa penebangan hutan menyebabkan perubahan iklim global. Minta penjelasan. Terima kasih. | Ayat tanya ditandai dengan penggunaan partikel kah dan tanda tanya. Perkataan terangkan lazimnya digunakan bagi meminta sesuatu penjelasan bukannya pertanyaan, seperti terangkan bagaimana penebangan hutan menyebabkan perubahan iklim global. | Tatabahasa | 02.07.2012 |
Salam, apakah beza antara kata tanya dengan kata ganti nama tanya? terima kasih. | Kata Tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu, seperti mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Kata ganti nama diri tanya ialah kata ganti nama Tanya yang merujuk perkara, benda dan manusia, seperti apa siapa dan mana. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 255 dan 446. | Tatabahasa | 01.04.2014 |