Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tanya (kata kerja)
1. Bersinonim dengan soal: siasat, selidik, kaji,
Berantonim dengan jawab

2. Bersinonim dengan tanya jawab: soal jawab, temu ramah, wawancara, temu bual,

Kata Terbitan : bertanya, menanya, menanyakan, tertanya-tanya, pertanyaan, penanya,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nak tanya 1. "Pemandu bas itu menghantar murid pergi ke sekolah atau Pemandu bas itu menghantar murid ke sekolah." 2. "Pemandu bas itu menghantar murid-murid ke sekolah atau Pemandu bas itu menghantar murid ke sekolah?" Sekian...Ayat yang gramatis dan betul ialah 2. "Pemandu bas itu menghantar murid-murid ke sekolah.Tatabahasa25.02.2015
Saya nak tanya, 1.adakah perkataan 'Artisan' boleh digunakan dalam karangan atau penulisan formal dalam bahasa melayu? 2. Adakah perkataan "Artisan" telah termaktub sebagai bahasa melayu?Perkataan artisan boleh digunakan dalam penulisan yang bermaksud pekerja yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan atau pertukangan.Lain-lain20.09.2021
izinkan sy tanya 1 soaan lagiSila kemukakan soalannya tuan.Lain-lain28.01.2021
Saya nak tanya, 1. Mari main bersama 2. Mari bermain bersama-sama mana satu betul? Terima kasih.Frasa yang betul ialah "Mari main bersama-sama".Tatabahasa02.03.2015
Assalamualaikum, saya nak tanya... 1. penggunaan penjodoh bilangan setiap boleh tak digabungkan dengan kata ganda. contohnya, setiap pepohon.

‘Setiap’ ialah kata bilangan bukannya penjodoh bilangan. Gabungan ‘setiap pepohon’salah kerana kata bilangan tidak boleh digabungkan dengan kata ganda (pepohon).

Tatabahasa26.11.2014
Saya ada 2 soalan nak tanya: 1)Adik kecil saya tertidur di dalam buaian. 2)Bolehkah kamu terangkan mengapa kamu asyik bermuram sahaja sejak belakangan ini dan apakah yang dapat saya lakukan untuk membantu kamu? Adakah 2 soalan tersebut salah?Jika salah,tolong beri jawapan yang betul.Terima KASIH.Kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa28.01.2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya nak tanya: 1) Adakah DBP menyediakan perkhidmatan atau pendaftaran sebagai pembekal (vendor) kepada syarikat luar terutama syarikat yang juga menerbitkan buku? 2) Bagaimanakah syarikat kami ingin menerbitkan buku dibawah penerbitan DBP dan apakah prosedur? Terima kasihSalam sejahtera,

Perkhidmatan atau pendaftaran sebagai pembekal.

Untuk makluman, Syarikat mestilah berdaftar dgn Dewan Bahasa dan Pustaka  terlebih dahulu. Borang pendaftaran syarikat mestilah dilengkapkan dengan mengemukakan beberapa salinan dokumen yang diperlukan. Borang pendaftaran hanya boleh diambil oleh wakil syarikat yang sah sahaja di Unit Perolehan, Bahagian Kewangan dan Bekalan, Aras 27, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka 50460 Kuala Lumpur. 

Sekian.
Lain-lain16.02.2021
Minta tanya 1) ... kesan-kesan merokok (kepada/terhadap) pelajar... 2) ... membeli (dengan/pada) harga yang rendah... 3) ... dia bertindak demikian oleh sebab tidak mempunyai wang yang cukup...1) ... kesan-kesan merokok terhadap pelajar...
2) ... membeli dengan harga yang rendah...
3) ... dia bertindak demikian kerana tidak mempunyai wang yang cukup...
Tatabahasa25.09.2013
Hi nak tanya, 1:Saya minta maaf, cikgu atau Saya minta maaf, Cikgu? 2:Adakah perkataan "sedekat" boleh digunakan? Contoh: Aku ingin melihatmu sedekat mungkin? Terima kasih.1. Dalam konteks ayat tersebut, cikgu ialah kata nama am. Oleh itu, ejaan/ayat yang betula ialah Saya mohon maaf, cikgu.
2. Aku ingin melihatmu sedekat mungkin. - Perkataan "sedekat" betul dan boleh digunakan. Ayat ini lazimnya digunakan dalam karya kreatif. 
Tatabahasa17.04.2024
Nak tanya 1. ............lah masuk ke dalam rumah saya. 2. ........... datang ke majlis hari jadi saya, esok. Pilihan jawapannya jemput dan silaJemput dan sila boleh bertukar ganti penggunaannya kerana mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat: Jemput bermaksud 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yang pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: Sila = silalah, silakan, silakanlah minta dengan hormat supaya ..., jemputlah, sudilah:Makna29.10.2015
12345678910...

Kembali ke atas