1. Apabila sudah dewasa, kita tidak sepatutnya masih bergantung ( pada , kepada )orang lain lagi ? Jawapan manakah lebih sesuai ? TQ 2(A) Kakak membuat kerja sekolah dengan teliti di bilik bacaan. @ (B)Kakak membuat kerja sekolah di bilik bacaan dengan teliti. Ayat A @ Ayat B lebih tepat? 3. kuih-muih tradisional @ kuih-muih lama ? 4. mencuci kasut hingga bersih @ mencuci kasut sehingga bersih ? Terima kasih.................. | 1. Apabila sudah dewasa, kita tidak sepatutnya masih bergantung pada orang lain lagi. 2. Kakak membuat kerja sekolah dengan teliti di bilik bacaan. Kakak membuat kerja sekolah di bilik bacaan dengan teliti. - kedua-duanya betul. 3. Kuih-muih tradisional. 4. Mencuci kasut hingga/sehingga bersih. - hingga/sehingga kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 10.05.2010 |
Selamat sejahtera diucapkan. Saya mempunyai satu kemusykilan tentang ayat majmuk. Diharap pihak tuan/puan dapat membantu saya. i) Kain sari itu berkualiti. ii) Kain sari itu dhasilkan dengan teliti. Ayat majmuk untuk kedua-dua ayat tunggal di atas ialah: a) Kain sari yang berkualiti itu dihasilkan dengan teliti. b) Kain sari itu berkualiti dan diahasilkan dengan teliti. a atau b merupakan jawapan yang tepat? Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu. | Encik Teoh, Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa ayat tersebut merupakan ayat majmuk kerana mempunyai dua ayat tunggal. Akan tetapi, kedua-dua ayat ini boleh dijadikan satu ayat dengan menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Proses gabungan ini dipanggil ayat majmuk gabungan. Oleh itu, ayat sdr akan dibina seperti berikut: Kain sari itu berkualiti dan dihasilkan dengan teliti. Untuk makluman sdr, ayat (i) dan (ii) mempunyai unsur yang sama dan diulang, iaitu kain sari. Oleh itu, bahagian yang sama itu boleh digugurkan dan ditambah dengan kata hubung "dan". | Tatabahasa | 27.03.2009 |
terangkan makna sebenar perkataan ini, TAHU, SELIDIK, JANGKAAN, TANGGAP, MAKLUM. | Makna tahu ialah maklum akan keadaan sebenarnya, faham, mengerti. Selidik pula bermakna teliti dan cermat. Manakala makna bagi perkataan jangkaan pula ialah apa-apa yg dijangka, dugaan, sangkaan. Makna bagi perkataan tanggap ialah memerhatikan (melihat, mendengar) dgn teliti, memerhatikan sungguh-sungguh, mengecamkan. Makna perkataan maklum ialah sudah tahu, sudah mengerti, faham, mengerti, mengetahui. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. Harap maklum. | Makna | 29.10.2007 |
Salam. Bolehkah saya tahu perbezaan antara selidik dan selidiki, berserta dengan contoh yang sesuai. Terima kasih. | Selidik bermaksud cermat serta teliti ketika melakukan sesuatu: Dia telah menyiasat hal itu dgn selidiknya. Berdasarkan maksud tersebut, selidik merupakan sifat cermat dan teliti. Manakala selidiki ialah perbuatan selidik yakni kata kerja. Contoh; Tolong selidiki dulu permasalahan itu sebelum melaporkan perkara tersebut kepada polis," kata ayah kepada abang dengan tegas. | Tatabahasa | 10.07.2013 |
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan satu** situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini. 1. Kempen kebersihan itu tidak berjaya kerana sikap penduduk yang (a) 2. Semua barang di pasar raya Seng Soon dijual pada harga tetap. (a) 3. Jangalah mengikut (a) sebaliknya ikutlah fikiran. | Sdr. terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Saya kurang pasti apakah sebenarnya bentuk soalan yang ditanyakan? Harap dapat diberikan soalan sepenuhnya supaya mudah saya menangani jawapannya. | Makna | 28.04.2009 |
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini. 1. Penghulu Kampung Talang selalu berjanji akan memberi bantuan kepada penduduk miskin namun dia tidak pernah mengotakan janjinya. Segala kata-katanya kini tidak lagi dipercayai. Maruahnya sebagai penghulu sudah tidak ada lagi. (a) (b) (c) 2. Penyakitnya masih belum sembuh walaupun telah berubat di merata-rata tempat. Namun dia tetap tidak berputus asa. Dia percaya bahawa selagi ada usaha akhirnya dia akan berjaya. (a) (b) (c) | Peribahasa yang menggambarkan seseorang yang mudah berjanji tetapi tidak ditepati ialah lidah tak bertulang. Manakala kata-kata yang tidak boleh dipercayai ialah lidah bercabang atau lidah biawak. Untuk menjawab soalan (3), peribahasa yang menggambarkan orang yang tidak mudah berputus asa ialah cari ikhtiar. Untuk memberikan kfahaman yang mendalam tentang peribahasa Melayu , sdr dinasihatkan membaca buku Peribahasa terbitan DBP. | Tatabahasa | 28.04.2009 |
Walaupun saya sudah rujuk banyak buku rujukan tetapi tiada buku yang dapat menjelaskan imbuhan meN...i dan meN...kan dengan teliti. Bilakah kita guna imbuhan meN...i dan meN...kan ? Bagaimanakah kita dapat bezakan? Adakah imbuhan -kan mesti diikuti dengan kata nama konkrit? Contoh: "rumah itu berlatarbelakangkan pemandangan sawah padi" -Pemandangan ialah kata nama abstrak tetapi perkataan depan juga menerima -kan. Adakah cara yang paling bagus untuk menentukan imbuhan -kan dan -i? | 1. Dalam buku Tatabahasa Dewan, hal 207 (d) seakan membenarkan kenyataan saudara, "Pada dasarnya sukar ditentukan makna khusus apitan meN-...-i, selain membentuk kata kerja transitif dan mendukung makna asas yang terkandung dalam kata dasar.Apabila dibandingkan penggunaan apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, fungsinya dapata dibahagikan kepada tiga"... untuk maklumat lanjut sila rujuk buku yang berkenaan pada halaman yang dinyatakan, sebelum dan selepasnya juga. 2. Dalam contoh ayat Kamus Dewan kata terbitan dengan imbuhan ...-kan tidak semestinya diikutidengan kata nama konkrit, ... berlatarbelakangkan desa ..., walau bagaimanapun perbincangan lanjut tentang imbuhan ...-kan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan hal 185 - 191. 3.Panduanuntuk penggunaan kata terbitan imbuhan ...-kan dan ...-i.sila rujuk Tatabahasa Dewan, hal 183 - 190. | Tatabahasa | 04.08.2008 |
Saya ingin bertanya dari sudut sintaksis dan semantik bagi perkataan 'penghawa dingin'. Adakah kita patut mengujarkannya sebagai 'penghawa dingin' atau sebagai 'pendingin hawa'? Cuba teliti bentuk dibawah. peN- bermaksud alat atau orang yang melakukan sesuatu yg terkandung dlm kata akar hawa bermaksud udara dingin bermaksud sejuk Jadi adakah 'penghawa dingin' bermaksud 'alat yang mengudarakan sejuk'? ataupun kita mengujarkan 'pendingin hawa' yang bermaksud 'alat yang menyejukkan udara'? | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak pernah menggunakan istilah 'Penghawa Dingin' bahkan istilah 'Pendingin Udara" yang selalu digunakan. (sila rujuk KD4 di bawah entri dingin) | Lain-lain | 03.02.2009 |
Ayah membelek-belek komputer itu sebelum membelinya. ( Betulkah penggunaan perkataan membelek-belek dalam konteks ayat ini?) | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, membelek-belek bermaksud memerhati dgn teliti, mengincar, memeriksa: ia menghunus goloknya dan membelek-beleknya sebentar. Berdasarkan huraian tersebut, ayat tersebut betul penggunaan bahasanya. | Tatabahasa | 18.08.2010 |
Adakah imbuhan ter- yang membawa makna keupayaan tidak boleh dipasifkan? contoh: Saya terangkat beg yang berat itu. Beg yang berat itu terangkat oleh saya. Sekian, terima kasih. | Ada dua rumus yang perlu kita teliti dalam kes ini. Pertama Awalan teR- yang membawa pengertian keupayaan (Tatabahasa Dewan, halaman 175), namun dalam ayat contoh yang diberi tidak ada awalan teR- dengan kata ganti nama diri pertama. Rujuk pula halaman 490: Ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-, kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan, walau bagaimanapun dalam ayat contoh yang diberi tidak ada kata kerja pasif ter- dengan kata ganti nama diri pertama; dan pada halaman 491 diterangkan Ayat Pasid Kata Ganti Nama Diri Pertama, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Hal ini berlaku demikian kerana kata ganti nama diri orang pertama tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Berdasarkan ketiga-tiga rumus tersebut penggunaan ayat pasif diri orang pertama yang gramatis (berdasarkan konteks yang diperlukan) ialah Beg yang berat itu telah saya angkat. Untuk maklumat lanjut, rujuk tajuk-tajuk yang berkaitan seperti pada halaman yang diberi dalam buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 30.09.2011 |