Yang mana betul? (1) Isi tempat kosong. (2) Isikan tempat kosong. | Penggunaan yang betul ialah "Isi tempat kosong", isikan bermaksud arahan supaya mengisi sesuatu seperti "isikan air ke dalam botol". | Tatabahasa | 15.11.2011 |
Antara berikut, ayat manakah betul? 1) Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. 2) Isikan tempat kosong dengan jwapan yang betul. Sekiranya ayat berikut betul atau salah, bolehkah saya tahu mengapa? Terima kasih:) | Ayat yang betul ialah "Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul kerana ayat tersebut merupakan sebuah arahan supaya mengisi sesuatu. | Tatabahasa | 03.04.2018 |
1) Apakah perkataan yang sesuai untuk tempat kosong di bawah? Menggarisi atau menggariskan?Mengapa? Cikgu Zafarul meminta murid-muridnya _________isi-isi penting daam petikan itu. 2) Apakah perkataan yang sesuai untuk tempat kosong di bawah? Mengajar atau mengajarkan?Mengapa? Cikgu Hanisah ________ Bahasa Meayu tahun 6 sejak lima tahun yang lalu. 3) Adakah perkataan jenis perlu diletakkan selepas perkataan pelbagai atau berbagai-bagai bagi ayat di bawah? -Pelbagai-bagai jenis makanan tradisional Melayu dijual di Restoran Sutera Permai. | 1) Cikgu Zafarul meminta murid-muridnya menggarisi isi-isi penting daam petikan itu. Menggaris bermaksud memberi bergaris pada sesuatu, manakala menggariskan bermaksud membuat garis dengan sesuatu. 2) Cikgu Hanisah mengajarkan Bahasa Meayu tahun 6 sejak lima tahun yang lalu. Mengajarkan bermaksud mengajar sesuatu kepada seseorang dan mengajar bermaksud menyampaikan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain. 3) Pelbagai makanan tradisional Melayu dijual di Restoran Sutera Permai. Pelbagai bermaksud bagai dan jenis. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Pelajar, terbitan DBP. | Tatabahasa | 11.06.2013 |
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah?Petua/Teknik?Saya kurang faham maksud kedua dalam Kamus Dewan berkaitan dengan perkataan teknik. - Penggunaan buku koleksi model UPSR ialah______ulang kaji yang pantas untuk memperoeh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. 2)Apakah jawapan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah?Membentuk/Mewujudkan?Mengapa?Saya kurang jelas tentang perbezaan kedua-dua perkataan tersebut. -Penyemaian budaya hemah tinggi perlu ditingkatkan bagi __________ rakyat yang berbudi bahasa. 3) Apakah perkataan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah?Menemukan/Menemui?Saya masih keliru dengan maksud kedua-dua perkataan tersebut. -Mayat bayi itu _______ di celahan timbunan sampah. | 1) Penggunaan buku koleksi model UPSR ialah petua ulang kaji yang pantas untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. 2)Penyemaian budaya berhemah tinggi perlu ditingkatkan bagi mewujudkan/membentuk rakyat yang berbudi bahasa. (kedua-dua boleh digunakan) 3) Mayat bayi itu ditemui di celahan timbunan sampah. | Tatabahasa | 25.06.2013 |
Pertayaan tentang Tatabahasa Melayu Soalan 1 1___ nama kamu ? ( Siapakan / Apakah ) * isikan jawapan tempat kosong dengan ( Siapakan / Apakah ) 2. _______ cara ...... (Apakah / Bagaimanakah ) * isikan jawapan tempat kosong dengan ( Apakah / Bagaimankah) Soalan yang diatas, apakah jawapan yang paling sesuai untuk diisikan ? Sekian,terima kasih . | 1. Siapakah 2. Apakah dan bagaimanakah boleh digunakan. | Tatabahasa | 12.05.2009 |
Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang betul. (manis, lazat) 1. Kuih yang dijual di gerai Pak Cik Ali ___________. 2. Isi buah tembikai yang merah itu _____________ rasanya. Adakah kedua-dua pilihan jawapan diterima untuk setiap soalan di atas? Apakah perbezaan antara lazat, sedap, enak? Terima kasih. | (manis, lazat) 1. Kuih yang dijual di gerai Pak Cik Ali _____lazat______. 2. Isi buah tembikai yang merah itu ____manis_________ rasanya. Adakah kedua-dua pilihan jawapan diterima untuk setiap soalan di atas? Apakah perbezaan antara lazat, sedap, enak? Jawapan: Biasanya, jika merujuk pada "rasa" sesuatu benda/bahan, perkataan yang sesuai digunakan ialah "manis" | Tatabahasa | 16.10.2014 |
Mohon penjelasan penggunaan kata sendi nama -di - dalam ayat di bawah.. 1. Seperti yang tersenarai di dalam atau dalam kertas kerja yang dilampirkan bersama ini. 2.Isi tempat kosong di dalam ruangan yang disediakan. | Ayat yang betul ialah: 1. Seperti yang tersenarai dalam kertas kerja yang dilampirkan bersama ini. 2. Isi tempat kosong dalam ruangan yang disediakan. Penggunaan kata sendi nama yang betul ialah "dalam" kerana surat dan borang bukanlah objek yang mempunyai ruang fizikal yang jelas seperti kotak yang menggunakan frasa "di dalam". | Tatabahasa | 26.09.2014 |
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah? -Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ______ apabila ditiup angin. A. terpontang-panting B. melambai-lambai 2) Apakah jawapan yang paling TEPAT bagi soalan berdasarkan gambar di bawah? | 1) Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ______ apabila ditiup angin. B. melambai-lambai 2) Apakah jawapan yang paling TEPAT bagi soalan berdasarkan gambar di bawah? Jawapan yang tepat ialah melayur. | Tatabahasa | 09.09.2013 |
Apakah perkataan yang paling sesuai untuk tempat kosong di bawah ? Deretan pasu bunga dan _______ rumput yang terdapat di perkarangan rumah Kak Hasnah sangat menarik [erhatian kami. | Cadangan kami ialah jenis atau kategori rumput. | Istilah | 07.03.2010 |
1) Apakah jawapan yang paling sesuai bagi tempat kosong di bawah?Mohon penjelasan yang lebih lanjut terhadap jawapan yang diberi oleh pihak tuan. Pengurus kilang itu sentiasa curiga _________ kejujuran anak buahnya. A. tentang B. terhadap | Terhadap - kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua. Tentang - kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: Mereka berbincang tentang masalah negara. Perkataan yang tepat ialah tentang. | Tatabahasa | 02.09.2013 |