Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tempat meletak kereta / tempat letak kereta?Tempat meletak kereta atau tempat letak kereta, kedua-duanya betul tetapi lazimnya untuk penamaan 'Tempat Letak Kereta' yang digunakan.Tatabahasa15.12.2010
Assalam & Selamat Pagi, Pihak kami ingin meminta jasa baik pihak Tuan untuk menyemak perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu seperti di bawah: 1. Tempat Letak Kereta Pengawai - untuk tempat letak kereta imam, bilal dan nazir (yang mana yang sesuai) 2. Tandas VIP 3. Bilik Kuliah 1 dan Bilik Kuliah 2. Sekian, Terima Kasih.
Cadangan kami, puan boleh menyusun tempat letak kereta seperti berikut:

   I. TEMPAT LETAK KERETA KHAS  
                IMAM      BILAL     NAZIR

Lain-lain25.10.2016
Assalamualaikum. Saya ada pertanyaan dengan penggunaan istilah "parkir". Mengapakah mudahnya kita menerima penggunaan istilah "parkir" sebagai pengganti kepada "tempat letak kereta". Sepatutnya DBP perlu teguh dan tegas dalam mengekalkan penggunaan istilah "tempat letak kereta" bagi memelihara keaslian bahasa Melayu. Peminjaman istilah hanyalah perlu apabila tiada istilah yang sesuai atau paling hampir dengan perkataan bahasa asing yang dirujuk. Adakah semudah itu untuk kita menerima perkataan asing untuk dimasukkan dalam bahasa Melayu apabila istilah itu lazim digunakan? Sekian.Istilah "parkir" kata padanan "parking" (istilah sumber bahasa Inggeris) telah diterima dalam bidang Pertanian yang disepakati Majlis Antarabangsa Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia (MABBIM). Istilah "parkir" tidak digunakan/dipilih  dalam istilah bidang lain, seperti Ekonomi, Kesenian dan Kejuruteraan. "Parkir" merupakan kata serumpun (bahasa Indonesia/Belanda) yang membawa maksud yang sama dengan "tempat letak kereta/kenderaan". Memandangkan kata "parkir" lebih ringkas dan sudah difahami masyarakat di negara ini, maka penggunaan kata ini lebih gemar digunakan berbanding "tempat letak kereta/kenderaan". Perkembangan bahasa telah menyebabkan masyarakat di negara ini memiliki lebih daripada 120 ribu kata bahasa Melayu (kata umum, istilah, kata pinjaman, dialek, bahasa sukuan dan bahasa serumpun) dan setiap warganegara berhak memilik kata yang sesuai untuk digunakan mengikut konteks penggunaannya.Istilah20.06.2024
Cikgu, mengapakah perkataan yang membawa maksud tempat untuk meletakkan kereta dipanggil "Tempat Letak Kereta" dan bukan dipanggil "Tempat Peletakan Kereta"?Dalam data rujukan kami, penggunaan yang tepat ialah tempat letak kereta yang digunakan untuk padanan istilah parking dalam bahasa Inggeris. Dalam Kamus Pelajar peletakan membawa maksud perbuatan atau hal meletakkan.Tatabahasa10.06.2014
Adakah perlu memohon lesen papan tanda untuk tempat letak kereta? Gambar seperti lampiran. Jika ya, apakah langkah seterusnya untuk mendapatkan lesen tersebut? Terima kasih

Salam sejahtera, untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa untuk iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my.  Sila masukkan keterangan aktiviti perniagaan dalam bahasa Melayu di bahagian atas sebelah kiri iklan. Contohnya PEJABAT URUSAN atau TEMPAT LETAK KERETA  atau lain-lain yang berkaitan.

Lain-lain14.02.2023
Pusat membeli-belah atau pusat beli-belah? Tempat letak kereta atau tempat meletak kereta? Jadual tugasan harian atau jadual bertugas harian? Tempat membasuh tangan atau tempat basuh tangan?Frasa yang betul ialah pusat beli-belah, tempat letak kereta, jadual tugasan harian dan tempat basuh tangan.Lain-lain02.11.2015
tempat letak kereta awam atau tempat meletak kereta awam atau tempat meletakkan kereta awam ? terima kasih dan selamat berpuasa.Tuan boleh menggunakan Tempat Letak Kereta Awam atau Medan Kereta Awam untuk papan tanda, namun sekiranya dalam ayat lengkap sila gunakan tempat meletakkan kereta awam. Contoh ayat: Tempat meletakkan kereta awam di pasar raya sentiasa penuh.Tatabahasa04.07.2014
Apakah 'parkir' sudah diterima untuk penggunaan rasmi bahasa Melayu yang bermaksud tempat letak kereta? Terima kasih.Kata “parkir” sudah diterima penggunaannya. Maksud parkir - tempat atau kawasan khas yang disediakan untuk meletakkan kereta, motosikal dan sebagainya untuk beberapa  waktu, yang kadangkala dikenakan bayaran; tempat letak kereta. (Kamus Dewan PerdanaLain-lain03.08.2022
SALAM TUAN, Saya nak tanya iaitu ada satu papan tanda tertulis : PARKIR PERCUMA FREE PARKING Soalan saya : Ejaan yang digunakan "PARKIR" betul ke?Parkir ialah perkataan Indonesia. Dalam bahasa Melayu kita menggunakan istilah "Tempat Letak Kereta" dan jika Free Parking ialah Tempat Letak Kereta Percuma.Tatabahasa17.10.2011
Frasa yang manakah betul? (a) tempat letak kereta (b) tempat meletak kereta (c) tempat meletakkan kereta (d) tempat peletakan kereta.Dalam bentuk ayat yang lengkap ialah "tempat meletakkan kereta", tetapi untuk penamaan tempat/kawasan lazimnya dibuat dalam bentuk kata nama, iaitu "tempat letak kereta".Tatabahasa26.04.2010
1234

Kembali ke atas