Kata nama am yang memerihalkan wadah memasak mi goreng, kuetiau goreng dan nasi goreng secara pukal yang selalu dijajakan di pasar malam, pasar pagi/tani, bazar ramadan dan seangkatan dengannya. Wadah memasak itu selalunya mempunyai buntut leper dan permukaan luas serta diperbuat sejenis logam berwarna hitam. | Dalam data kami terdapat istilah kuali leper yang merujuk maksud kuali bertangkai untuk menggoreng; kuali datar lekat yang bermaksud kuali yang datar berbentuk segi empat atau bulat untuk memasak burger, telur dan penkek; dan kawah yang bermaksud kuali besar tempat memasak nasi dan lain-lain. Yang manakalah tuan maksudkan? | Penyemakan dan penterjemahan | 08.10.2018 |
1.Penukaran ayat aktif kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud ini betul? Contohnya, Emak memasak ikan di dapur. Ayat Pasif:Ikan dimasak oleh ibu di dapur ATAU Ikan di dapur dimasak oleh ibu.(Yang manakah betul dan sesuai). 2. Adakah 'pada' diperlukan untuk menyatakan hari atau masa? Contohnya, Hari Isnin, saya pergi ke sekolah. ATAU Pada hari Isnin, saya pergi ke sekolah. Terdapat sesetengah buku rujukan yang memaklumkan kata 'pada' diperlukan dalam ayat yang menyatakan hari atau masa. Jika tidak, ayat ini dikatakan salah dari segi penggunaan tatabahasa, adakah benar? | 1. Ayat Aktif - Emak memasak ikan di dapur. Ayat Pasif - Ikan dimasak oleh ibu di dapur. 2. Pada ialah kata sendi nama yang menunjukkan keterangan tempat atau masa, seperti Pada hari Isnin, saya pergi ke sekolah atau Saya bermain bola pada waktu petang.
| Tatabahasa | 07.03.2016 |
Salaam, saya ingin tahu terjemahan untuk worktop iaitu bahagian atas yang ditambah untuk memotong atau persediaan memasak di dapur. Boleh ke gunakan bahagian atas kerja sebab meja kerja bermakna work bench. Sila bantu | Puan Zuraida terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Jika berpandukan soalan Puan rasanya lebih sesuai untuk kita gunakan tempat kerja sahaja. Terima kasih | Istilah | 16.10.2009 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai penggunaan tanda baca (;). Adakah ianya sesuai digunakan pada contoh ayat berikut. Objektif kualiti hendaklah: 1. tekal dengan dasar kualiti; 2. boleh diukur; 3. dipantau. Soalan kedua, sepatutnya pada permulaan ayat bernombor wajib menggunkan huruf besar atau boleh sahaja huruf kecil dalam urusan rasmi. Contoh seperti di atas. Terima kasih. | Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Buku Gaya Dewan, terbitan DBP, tanda koma bertitik (;) digunakan untuk (1) memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Contohnya: Malam makin larut; kamu belum selesai juga. ";"Juga digunakan (2) memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majmuk sebagai pengganti kata penghubung. Contohnya: Ayah menyiapkan kertas kerjanya, ibu sibuk memasak di dapur; adik menghafal nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar. Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya.
| Tatabahasa | 27.01.2023 |