Apakah perbezaan antara "tengkolok" dan "tanjak"? | Salam sejahtera, TENGKOLOK 1. kain penutup kepala, bulang hulu, destar, setangan kepala, tanjak 2. kain penutup kepala atau selubung (drpd sutera dll) yg dipakai oleh wanita TANJAK kain yg diikatkan pd kepala; tengkolok; destar. Untuk keterangan lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian, terima kasih. | Makna | 12.08.2017 |
Salam sejahtera ! Tengkolok yang dipakai oleh DYM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong pada hari pertabalan/penabalan berwarna hitam bersulam dengan benang emas. Soalan: "pertabalan @ penabalan" yang tepat Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan, pertabalan bermaksud perihal menaiki takhta kerajaan, manakala penabalan bermaksud perihal merasmikan (mengumumkan) menjadi raja. Berdasarkan konteks ayat tersebut, pertabalan lebih sesuai digunakan. | Tatabahasa | 15.05.2017 |
Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan tatabahasa? Jika ya, mohon pihak tuan membantu saya membetulkannya. 1)Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dia hadapi. 2)Telah berulang-ulang kali murid itu dinasihatinya. 3) Mereka berbincang tentang barangan yang perlu mereka bawa ke kem itu. 4)Pemahaman penduduk desa itu tentang pengangkutan kereta api masih di takuk lama. 5) Tanjak, tengkolok dan destar ialah busana yang dipakai di kepala lelaki Melayu. Adakah perkataan menyungai dalam ayat di bawah sesuai digunakan? 1) Buaya itu menyungai selepas bertelur di darat. Apakah jawapan yang paling tepat bagi tempat kosong di bawah kerana jawapan yang diberikan hampir sama. 1) Suasana perlawanan akhir di Stadium Shah Alam itu ______________ oleh sorakan penyokong kedua-dua buah pasukan yang berentap. A) hiruk-pikuk B) riuh-rendahr C) hingar-bingar D) gegak-gempita | 1. Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dia hadapi. 2. Telah berulang-ulang kali murid itu dinasihatinya. 3. Mereka berbincang tentang barangan yang perlu mereka bawa ke kem itu. 4. Pemahaman penduduk desa itu tentang pengangkutan kereta api masih di takuk lama. 5. Tanjak, tengkolok dan destar ialah busana yang dipakai di kepala lelaki Melayu. Ayat-ayat di atas betul. 6. Buaya itu menyungai selepas bertelur di darat. 7. Suasana perlawanan akhir di Stadium Shah Alam itu ______________ oleh sorakan penyokong kedua-dua buah pasukan yang berentap. Hingar bingar sama maksudnya dengan hiruk-pikuk, riuh-rendah dan gegak-gempita. | Tatabahasa | 14.04.2015 |