Kata ganti nama tak tentu (Cth:apa-apa, mana-mana, sebarang) "Apa-apa" digunakan untuk menggantikan sesuatu BENDA atau PERKARA yang tidak tentu. “Mana-mana” digunakan untuk menggantikan sesuatu TEMPAT atau BENDA yang tidak tentu. 1. Apabila ayat menunjukan BENDA tak tentu bagaimana saya boleh pastikan untuk menggunakan "apa-apa" atau "mana-mana"? 2. Dalam KONTEKS apa yang patut dilihat bila hendak menggunakan"apa-apa" atau "mana-mana"? (Cth: dalam konteks pilihan sesuatu benda perlu gunakan "apa-apa" dan dalam konteks orang perlu menggunakan "mana-mana")[saya tidak pasti betul atau salah contoh saya ini] 3. Bagi "sebarang", bila boleh diggunakan dan dalam konteks apa dan ada tak maksudnya apabila digunakan? (Saya amat keliru bila "sebarang" harus digunakan sedangkan kata tak tentu lain boleh digunakan) Bagi semua pertanyaan di atas, harap dapat mendapat penerangan yang sangat jelas kerana saya amat keliru bila hendak menggunakan "apa-apa, mana-mana, sebarang" . Penerangan disertai contoh ayat amat dialu-alukan. Harap mendapat pembalasan dan penerangan secepat mungkin. Sekian terima kasih. | Kata ganti diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda atau orang. Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya: | Tatabahasa | 14.11.2018 |
Kata ganti nama tak tentu (Cth:apa-apa, mana-mana, sebarang) "Apa-apa" digunakan untuk menggantikan sesuatu BENDA atau PERKARA yang tidak tentu. “Mana-mana” digunakan untuk menggantikan sesuatu TEMPAT atau BENDA yang tidak tentu. 1. Apabila ayat menunjukan BENDA tak tentu bagaimana saya boleh pastikan untuk menggunakan "apa-apa" atau "mana-mana"? 2. Dalam KONTEKS apa yang patut dilihat bila hendak menggunakan"apa-apa" atau "mana-mana"? (Cth: dalam konteks pilihan sesuatu benda perlu gunakan "apa-apa" dan dalam konteks orang perlu menggunakan "mana-mana")[saya tidak pasti betul atau salah contoh saya ini] 3. Bagi "sebarang", bila boleh diggunakan dan dalam konteks apa dan ada tak maksudnya apabila digunakan? Bagi semua pertanyaan di atas, harap dapat mendapat penerangan yang sangat jelas kerana saya amat keliru bila hendak menggunakan "apa-apa, mana-mana, sebarang" . Penerangan disertai contoh ayat amat dialu-alukan. Harap mendapat pembalasan dan penerangan secepat mungkin. Sekian terima kasih. | 1. Bagi ayat yang menunjukan BENDA tak tentu, tuan/puan boleh menggunakan kedua-dua perkataan, iaitu "apa-apa" atau "mana-mana". 2. (Cth: dalam konteks pilihan sesuatu benda perlu gunakan "apa-apa" dan dalam konteks orang perlu menggunakan "mana-mana")- contoh yang tuan/puan berikan ini betul dan juga selain itu, penggunaan kata ganti nama diri tanya "mana" atau mana-mana juga boleh merujuk benda atau orang. Cth ayat: Pilihlah apa-apa/mana-mana kuih yang kamu suka. Kedua-dua kata ini boleh digunakan. 3.Merujuk Kamus Dewan, sebarang bermaksud a) bukan yang biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dan lain-lain); c) bukan apa-apa; Oleh itu, perkataan sebarang boleh menggantikan penggunaan kata apa-apa dan juga mana-mana mengikut kesesuaian konteks ayat. Cth. ayat: Ambillah sebarang buku yang kamu suka - ayat ini boleh digantikan dengan; Ambillah apa-apa/mana-mana buku yang kamu suka. | Makna | 06.11.2018 |
Ayat songsang kepada ayat biasa, 1)Belum tentu pandai anak guru tentang bidang itu. Jwpan (a): Anak guru belum tentu pandai tentang bidang itu. Jwpan (b): Anak guru tentang bidang itu belum tentu pandai. Adakah jawapan (b) betul? 2) Sungguh menakjubkan pertunjukan yang diadakan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara. Jwpan (a): Pertunjukan yang diadakan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara sungguh menakjubkan. Jwpan (b): Pertunjukan yang diadakan sungguh menakjubkan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara. Adakah jawapan (b) betul? Terma kasih. | Salam sejahtera, Soalan 1 Jawapan yang betul: (a) Anak guru belum tentu pandai tentang bidang itu. Soalan 2 Jawapan yang betul (a) Pertunjukan yang diadakan sempena dengan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara sungguh menakjubkan.
| Tatabahasa | 04.06.2017 |
1. Negara bersih akan menjadi tumpuan pelancong asing untuk kunjungan. - Salah Jadi, adakah kunjungan digantikan dengan berkunjung? 2. Oleh sebab keadaan cuaca yang tidak tentu, pertunjukan bunga api itu terpaksa ditangguhkan. - Salah Adakah tentu digantikan dengan menentu? 3. Kereta buatan negara Jepun ini sangat mahal betul. - Salah Adakah sangat mahal betul digantikan dengan mahal betul? 4. Sebelum tidur, ibu suka membacakan adik cerita di dalam buku cerita itu. - Salah Adakah di dalam digantikan dengan dalam? 5. Sejak bersara, Pak Ali menghabiskan banyak masa dengan keluarganya. - Betul Bukankah perkataan sejak tukar kepada setelah? | Ayat yang betul ialah: 1. Negara bersih akan menjadi tumpuan pelancong untuk dikunjungi. 2. Oleh sebab keadaan cuzca yang tidak menentu, pertunjukan bunga api itu terpaksa ditangguhkan. 3. Kereta buatan negara Jepun ini sangat mahal/Kereta buatan negara Jepun ini mahal betul. 4. Sebelum tidur, ibu suka membacakan adik buku cerita. 5. Sejak/Setelah bersara, Pak Ali menghabiskan banyak masa dengan keluarganya. | Tatabahasa | 15.07.2024 |
1. Tolong senaraikan jenis kata bilangan. 2. Adakah kata bilangan tingkat merupakan satu jenis kata bilangan? | Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa terebut. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu a) kata bilangan menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal. Contohnya dua, dua puluh, sejuta dan sebagainya. b) kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu. Contohnya segala, semua beberapa, sedikit dan sebagainya. c) kata bilangan yang membawa maksud himpunan. Contohnya, ketiga-tiga, berabad-abad, berguni-guni dan sebagainya. d) kata bilangan yang membawa maksud pisahan. Contohnya maisng-masing, tiap-tiap dan sebagainya. e) kata bilangan yang membawa maksud pecahan. Contohnya setengah, sepertiga, dua pertiga dan sebagainya. Tidak ada kata bilangan tingkat, termasuk dalam kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal.
| Tatabahasa | 03.04.2013 |
salam.. 1)perkataan 'sesuatu' merupakan kata apa? 2) boleh terangkan apa itu 'tentang' dan 'terhadap'...selepas kata tersebut mesti diikuti kata apa? 3)jelaskan penggunaan 'atau'...dan bagi contoh ayat. terima kasih... | 1. Suatu atau sesuatu ialah kata bilangan tak tentu. 2. Kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata sendi nama tentang hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Kata sendi nama mengenai ialah kata kerja yang membawa maksud kena pada. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 278. 3. Kata hubung yang bermaksud serupa (sama) dengan atau salah satu antara beberapa hal. | Tatabahasa | 08.06.2011 |
1. Adakah penggunaan penjodoh bilangan di dalam ayat mesti diikuti dengan kata nama? 2. Jika tidak diikuti dengan kata nama, apakah jenis penjodoh bilangan tersebut? 3. Bagi ayat di bawah adakah frasa 'sebaris' dan ' dua kumpulan' dikira sebagai penjodoh bilangan? Contoh: 1. Amir duduk sebaris dengan rakanya. 2. Murid kelas 1 Amanah dibahagikan kepada dua kumpulan. Terima kasih. | Dalam bahasa Melayu, lazimnya kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya. Namun demikian, bukan semua kata bilangan mesti diikuti oleh penjodoh bilangan. Dalam hal ini terdapat dua peraturan tentang penggunaan penjodoh bilangan. Kata bilangan tentu mestilah disertai oleh penjodoh bilangan contohnya, "Lima orang guru" (Lima (kata bilangan) + orang (penjodoh bilangan) + guru (kata nama). Kata bilangan tidak tentu tidak perlu disertai oleh penjodoh bilangan contohnya, "para pelajar" dan "semua pemuda". Perkataan "sebaris" dan "dua kumpulan" dalam ayat tersebut bukan penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 15.02.2021 |
Salam sejahtera tuan. Saya ada beberapa soalan. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1) Negara bersih akan menjadi tumpuan pelancong asing untuk kunjungan. 2) Oleh sebab keadaan cuaca yang tidak tentu, pertunjukan bunga api itu terpaksa ditangguhkan. 3) Selain menternak lembu, Pak Hamid juga menternak itik untuk pasaran tempatan. 4) Kereta buatan negara Jepun ini sangat mahal betul. 5)Sebelum tidur, ibu suka membacakan adik cerita di dalam buku cerita itu. 6) Sejak bersara, Pak Ali menghabiskan banyak masa dengan keluarganya. | 1. Negara bersih akan menjadi tumpuan pelancong asing untuk kunjungan. - Salah 2. Oleh sebab keadaan cuaca yang tidak tentu, pertunjukan bunga api itu terpaksa ditangguhkan. - Salah 3. Selain menternak lembu, Pak Hamid juga menternak itik untuk pasaran tempatan. - Betul 4. Kereta buatan negara Jepun ini sangat mahal betul. - Salah 5. Sebelum tidur, ibu suka membacakan adik cerita di dalam buku cerita itu. - Salah 6. Sejak bersara, Pak Ali menghabiskan banyak masa dengan keluarganya. - Betul | Tatabahasa | 12.07.2024 |
Tuan munsyi, 1.kucing berasa sakit kerana kakinya cedera. adakah ayat ini betul kerana nya harus rujuk manusia.minta komen 2.Ibu membimbit dua buah bakul ke pasar.adakah ayat ini betul memandangkan selepas kata kerja membimbit tidak boleh sisip sebarang kata antara KK dan KN 3.Kakak memiliki dua buah kereta atau kakak memiliki kereta dua buah.mana yang betul 4.kata bilangan tentu dan tak tentu boleh disisipkan di antara kata kerja transitif dengan kata nama?cth,cikgu lim mempunyai sebuah telefon bimbit .ayat ini betul atau salah 5. | 1. "Nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak digunakan untuk bukan manusia. Ayat ini tidak gramatis dan lihat juga frasa "kucing berasa sakit". 2. Ayat ini betul, bakul ialah objek yang dilengkapkan dengan unit (dua) dan penjodoh bilangan (buah), dan dua buah bakul ialah frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja membimbit. 3. Kakak memiliki dua buah kereta. 4. Ayat "cikgu lim mempunyai sebuah telefon bimbit" betul sama seperti ayat kedua di atas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 390 - 394. | Tatabahasa | 15.04.2014 |
maksud peribahasa.1. Dalam tangan 2. Ada bakat 3.Bahasa kesat 4.Bekas tangan. 5.Baik hati. 6. Ambil berat | 1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; 2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan 3. bahasa kesat: bahasa kotor 4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan 5. baik hati : baik peranganinya 6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing | Makna | 07.05.2009 |