Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tepat (adjektif)
Bersinonim dengan betul, benar, sah, sahih, jitu, positif, tidak salah;,
Kata Terbitan : bertepatan, menepati, ketepatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana lebih tepat? 1) ... hingga kini ATAU 2) ... sehingga kini
Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan.
Lain-lain15.11.2018
Yang manakah tepat? 1) tiga negeri, iaitu Selangor, Kedah dan Sarawak; atau 2) tiga negeri iaitu Selangor, Kedah dan Sarawak. Penggunaan koma sebelum iaitu. Terima kasihTanda koma boleg digunakan sebelum keterangan tambahan di akhir ayat yang bermula dengan "iaitu", "yakni", "misalnya" . Contoh ayat " Banjir besar berlaku di tiga negeri, iaitu Selangor, Kedah dan Sarawak."Tatabahasa13.04.2018
Yang manakah tepat? 1. Menanam pokok bunga ke dalam pasu. 2. Menanam pokok bunga di dalam pasu. Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah"Menanam pokok bunga di dalam pasu."Tatabahasa26.09.2013
yang mana tepat-1. Zulkifli kaget/takjub apabila melihat Zaleha yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya 2.Tepatkah ayat ini-Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan adik tengah hari tadi.

YM Tengku,

Ayat yang betul ialah : i. Zulkifli takjub apabila melihat Zaleha yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya. ii. Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan (oleh) adik tengah hari tadi. 

Tatabahasa14.10.2010
Yang manakah lebih tepat ? 1. Selepas pulang dari bercuti.... 2. Selepas pulang daripada bercuti...Ayat yang betul ialah "Selepas pulang daripada bercuti..."Tatabahasa14.05.2019
Yg mana satu tepat? 1. Kata-kata Aluan 2. Kata Alu-aluan Terima kasih.Jawapan yang betul ialah 2. Kata Alu-aluanTatabahasa22.11.2016
Jawapan yang manakah tepat? 1) Cikgu Halim terperanjat apabila melihat keadaan makmal komputer yang ______________ (a)haru-biru (b)remuk-redam (c)tunggang-langgangJawapan yang sesuai ialah tunggang-langgangTatabahasa07.12.2015
Jawapan yang manakah tepat? 1) Ali ____________ kumbang dengan ranting pokok kering. (a) menguis-nguis (b) menjentik-jentikJawapan yang sesuai ialah menguis-nguis.Tatabahasa07.12.2015
Manakah ejaan yang tepat; 1. antiaedes 2. antiAedes 3. anti-Aedes 4. AntiaedesEjaan yang betul ialah anti-Aedes.Ejaan23.03.2015
Ayat yang mana tepat ? 1. Masyarakat mula celik akan kepentingannya. ( nya merujuk kepada ayat sebelum ayat ini. 2. Masyarakat mula celik tentang kepentingannya.lAyat kedua  yang gramatis, masyarakat  mula menyedari tentang kepentingannya.Tatabahasa13.01.2014
12345678910...

Kembali ke atas