| Salam, saya ada satu persoalan tentang perkataan "senyum". Mohon PRPM beri tunjuk ajar. 1. Dalam bahasa Melayu (BM), wujud atau tidak perkataan ‘bersenyum’? 2. Dalam Kamus Dewan, yang ada cuma ‘tersenyum’. Akan tetapi, dalam korpus PRPM, ‘bersenyum’ didapati ada dalam BM. Jika kedua-dua bentuk ini wujud, apakah perbezaan makna antara ‘ber-‘ dan ‘ter-‘ yang digabungkan dengan ‘senyum’? 3. Adakah ‘senyum’ kata kerja tak transitif tanpa pelengkap? Sekian, terima kasih. | Dalam bahasa Melayu, tidak terdapat perkataan bersenyum. Perkataan yang ada ialah tersenyum yang bermaksud melahirkan senyum. Perkataan 'bersenyum' cuma terdapat dalam pantun Melayu lama. Tidak semua perkataan mempunyai imbuhan 'ter' dan 'ber'. Contoh perkataan lain yang tidak mempunyai imbuhan "ber" tetapi mempunyai imbuhan "ter" ialah tergelak (tidak ada bergelak), tertawa (tidak ada bertawa) dan tergendala (tidak ada bergendala). Tersenyum ialah kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya. Contoh kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek ialah terjatuh dan terduduk. | Ejaan | 16.04.2012 |
| 1. Syor agar istilah PESAKIT TERLANTAR lebih sesuai untuk BEDRIDDEN PATIENT kerana a). bedridden adj terlantar sakit di katil. Kamus Inggeris-Melayu Dewan b). Kamus Sains. bedsore (kudis tekanan) Inflamasi dan ulser yang terjadi pada bahagian anggota yang tertekan pada tilam bagi pesakit yang lama terlantar di atas katil seperti yang berlaku pada pesakit lumpuh atau koma. Keadaan ini boleh dielakkan dengan mengubah kedudukan pesakit. Sinonim decubitus ulcer. (UBAT) Makanya istilah PESAKIT TERDAMPAR lebih sesuai untuk STRANDED PATIENT 2. Apakah bezanya "telantar" dengan "terlantar" 3. Apakah sesuai istilah Pesakit Terlantar juga dikatakan Pesakit Terkapar? 5. Apakah sesuai istilah Pesakit Terlantar juga dikatakan Pesakit Tersadai? | 1 (a). Pesakit terlantar boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk bedridden patient. 1. (b) Menurut The Emergency Care Improvement Programme (ECIP) di England, stranded patients ditakrifkan sebagai “patients with a length of stay of seven days or more.” Huraian lanjut pula; “A stranded patient review is a snapshot audit of a health setting (for example, an acute trust or whole health system) on a single day, to find out what patients are waiting for and how many could be treated in a different setting. It identifies what the clinical plan is for each stranded patient, and what the next steps will be on the day of review. A stranded patient review, even if done only once, will provide useful information about your ward, trust or system. Reviews highlight opportunities to care for patients in a different, potentially safer, way by overcoming key delays and identifying patient groups currently stuck in your system who could be cared for at home. Patient stories can convince everyone in the system that it’s important to overcome delays in discharge, and act as a catalyst for bigger improvements. These reviews are likely to dispel myths in your system about why patients are waiting.” Berdasarkan huraian di atas, kami mencadangkan perkataan “pesakit terkandas” sebagai padanan bahasa Melayu untuk stranded patient berpandukan maksud kiasan perkataan “terkandas”, iaitu tersekat atau terbantut di tengah jalan. (Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat). 2. Ada kesilapan penaipan pada perkataan “telantar”. Ejaan yang betul ialah “terlantar” kerana dalam bahasa Melayu hanya ada imbuhan “ter”. 3. Pesakit tersadai lebih sesuai digunakan jika pesakit dalam situasi terbaring belunjur seperti dalam contoh yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat seperti yang berikut: “tersadai 1. terbaring belunjur (orang sakit dll): sudah seminggu ia ~ di atas katil itu, belum ada sesiapa yg datang; 4. Pesakit terkapar tidak sesuai kerana terkapar bermaksud terbaring atau terserak di sana sini dgn tidak menentu. | Istilah | 18.11.2018 |
| Shafini Latif Jun 13th, 7:16pm Assalamualaikum, mohon pencerahan daripada pihak tuan, baru2 ini saya telah ditegur kerana menggunakan perkataan 'Jakun' dianggap tidak menjaga sensitiviti, kononnya jakun hanya khusus untuk orang asli tidak lagi boleh dipakai untuk membawa maksud lain. saya tidak tahu ada perubahan begitu. kerana padakali terakhir saya menyemak kamus Jakun membawa 3 maksud termasuk 'sangat mudah kehairanan apabila ternampak sesuatu yang baru kerana belum pernah melihatnya dahulu'. adakah benar salah jika menggunakan perkataan jakun bagi membawa maksud lain? ada akta ke? | Ini data korpus berkaitan kosa kata jakun. Jakun penduduk asli Semenanjung Malaysia (yg diam di hutan-hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan) - Kamus Pelajar Edisi Kedua Jakun II penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal di selatan Semenanjung (hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan) - Kamus Dewan Edisi Keempat jakun I perkataan Minangkabau yang bermaksud halkum - Kamus Dewan Edisi Keempat Jakun penduduk asli Semenanjung Malaysia (yg diam di hutan-hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan) - Kamus Pelajar Selain itu, berdasarkan sumber rujukan kami hanya dua maksud yang tersebut membawa maksud jakun, berkemungkinan terdapat dialek di daerah tertentu memberikan peluasan makna kepada kata jakun untuk maksud yang lain lagi. Perkataan yang sesuai ialah kolot. Kolot (adjektif) yang bersinonim dengan kuno: mundur, terkebelakang, primitif, konservatif, ortodoks, tidak maju, cara lama, cara purbakala, dan juga bersinonim dengan jumud: kaku, beku, Antara perkataan lain yang sesuai ialah hairan, iaitu 1. berasa pelik atau ganjil ketika melihat atau mendengar sesuatu, takjub, kagum: ~ saya melihat orang-orang buta di situ menganyam bakul dgn berbagai-bagai bentuk dan corak; 2. aneh, ajaib, pelik, ganjil: ~ sungguh, mesin itu dapat memberi jawaban kpd masalah itu dgn begitu pantas; ~ bin ajaib aneh sekali, sungguh aneh; menghairani berasa hairan terhadap, mengagumi: sekali lagi ia ~ segala apa yg hendak diajar oleh ayahanda saudaranya itu seolah-olah telah diketahuinya terlebih dahulu; menghairankan menimbulkan rasa hairan (pelik, aneh, ganjil): kepintaran perompak itu melepaskan diri di tengah-tengah orang ramai sangatlah ~; keganjilan kelakuan laki-laki itu sungguh-sungguh ~; terhairan-hairan berasa sungguh hairan, tercengang-cengang (kerana hairan): berdirilah dia di situ ~; kehairanan 1. = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan, sangat hairan: dia tercengang-cengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu; dia berdiri dlm ~ di hadapan mereka; 2. keanehan, kepelikan, keganjilan: ~ kelakuannya itu tidak dihiraukan orang lagi apabila diketahui bahawa dia gila. Untuk maklumat lanjut boleh menggunakan perkhidmatan percuma yang disediakan oleh DBP, iaitu http://prpm.dbp.gov.my | Istilah | 13.06.2015 |