kata penguat "termasyhur sekali" "terkenal sekali" betul atau salah? Jawapan yang DBP bagi pada tahun 2015: Penanda darjah penghabisan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan. Namun, saya terjumpa soalan ini yang ditanya pada tahun 2008: Dalam Bahasa Melayu, imbuhan ter- dan kata penguat sekali sudah menunjukkan darjah penghabisan. Justeru hanya salah satu sahaja boleh digunakan. Namun begitu, adakah istilah "terkenal" boleh diikuti dengan perkataan sekali sedangkan istilah terkenal tidak bermaksud paling? Jawapan yang DBP bagi pada tahun 2008: Imbuhan ter- dan kata penguat sekali boleh digunakan. Oleh itu terkenal sekali boleh digunakan. Nak tanya sebenarnya mana yang betul?TQ | Penanda darjah penghabisan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan. | Tatabahasa | 16.02.2016 |
merujuk soalan 73 yang telah saya tanya. Ayat' kereta itu tercantik sekali' sememangnya salah kerana kata adjektif'cantik' menggunakan kata penguat 'ter' dan 'sekali'. Walau bagaimanapun , ada pendapat yang mengatakan bahawa kata dasar bagi kata' terkenal' ialah 'kenal' iaitu bukan adjektif sebaliknya kata kerja. Oleh itu , ayat ' Pahlawan itu terkenal sekali' dianggap betul. Minta pendapat tuan. Terima kasih. | Imbuhan "ter" bagi terkenal bukan menunjukkan darjah penghabisan tetapi bermaksud "sedia kenal", oleh itu boleh digunakan perkataan sekali menjadi terkenal sekali. | Tatabahasa | 08.03.2010 |
W.M. Hanif Hassan 23/12/2016 17:04 W.M. Hanif Hassan W.M. Salam saya nak tanya berkenaan perkataan "terbijak" boleh atau salah penggunaannya dan penerangannya..terima kasih..boleh atau tidak ter digabungkan dengan bijak... | Waalaikumussalam. Kata adjektif "bijak" boleh digabungkan dengan imbuhan "ter". Kata adjektif terbitan yang sedemikian ini berfungsi sebagai penjelasan keadaan perbandingan atau keadaan paling. Perkataan "terbijak" membawa maksud paling bijak. | Tatabahasa | 23.12.2016 |
Saya mohon tanya, betul atau tidak penggunaan perkataan `sangat tersohor' atau hanya memadai menggunakan kata tersohor (sebab kata penguat `ter' merupakan darjah paling tinggi) | Frasa 'sangat tersohor' adalah betul kerana tersohor ialah kata adjektif (sohor - kata kerja, tersohor - kata adjektif) yang didahului oleh kata penguat sebelumnya sama seperti frasa sangat cantik. | Tatabahasa | 19.05.2011 |
Adakah ayat-ayat (a) dan (b)berikut betul dan gramtis? Adakah ayat-ayat berikut ialah ayat pasif? Bukankah ayat pasif yang melibatkan kata ganti nama pertama tidak boleh diikuti oleh rumus "oleh + pelaku" (a) Tidak terangkat olehku bagasi itu. (b) Tidak terangkat oleh saya bagasi itu. Selain itu, adakah ayat (c) ialah ayat aktif? Adakah ayat (c) betul dan gramtis? (c) Saya tidak terangkat bagasi itu. Untuk ayat (a), ayat aktif berikut yang manakah sepadan dan betul (ayat (d) atau ayat (e))? (d) Aku tidak terangkat bagasi itu. (e) Aku tidak dapat mengangkat bagasi itu. Untuk ayat (f), adakah ayat tersebut ialah ayat pasif yang betul dan gramtis? (f) Bagasi itu tidak terangkat oleh saya. [Minta maaf, sebenarnya soalan ini saya sudah tanya minggu lepas. Tetapi oleh kerana kesilapan saya dalam menaip, jadi khidmat nasihat yang menjawab soalan kurang jelas dengan soalan saya.Sorry] | Ayat pasif yang gramatis ialah Bagasi itu tidak terangkat oleh saya. Ayat pasif pola (pasif ter- + oleh + KGND pertama) Tidak ada bentuk aktif bagi ayat ini.
| Tatabahasa | 03.11.2015 |