Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.hu.tang] | ترهوتڠ

Definisi : 1. sudah berhutang; 2. ~ budi sudah menerima kebaikan orang (tetapi belum berbalas); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.hu.tang] | ترهوتڠ

Definisi : 1 sudah berhutang. 2 = berhutang sudah menerima kebaikan orang tetapi belum dpt membalasnya: Sampai sekarang saya masih ~ budi kpd­nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hutang (kata nama)
Bersinonim dengan pinjaman, piutang, kredit, bareh, tunggakan;,
Kata Terbitan : berhutang, menghutangkan, memperhutangkan, terhutang, penghutang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan, saya berhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya. Adakah ayat ini betul, tuan?Ayat yang betul ialah Saya terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya. Lihat terhutang">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=terhutang untuk maklumat lanjut.Tatabahasa18.01.2012
Tuan yang arif, Mohon khidmat nasihat daripada Tuan, kata ganti diri yang manakah paling sesuai: 1. Perbualan antara Tengku Alam dengan Tengku Mat dan Tengku Nong: a) "Hamba benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. b) "Patik benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. c) "Beta benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. 2. Perbualan antara Panglima Besar Sancu dan Tengku Nong: a) "Apa yang hamba dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" b) "Apa yang beta dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" c) "Apa yang patik dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" 3. Perbualan antara Tengku Alam dan Panglima Besar Sance a) "Tengku jangan bimbang kerana patik sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu penuh yakin. b) "Tengku jangan bimbang kerana hamba sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu penuh yakin. 4. Perbualan antara Tengku Nong dan Tengku Alam a) "Tuan hamba rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong waswas dengan rancangan Tengku Alam. B) "Tengku rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong waswas dengan rancangan Tengku Alam.1.  "Beta benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti beta hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam.

2. "Apa yang patik dapat sekiranya patik membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?"

3. "Tengku jangan bimbang kerana patik sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu dengan yakin.

4. "Tengku rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong was-was dengan rancangan Tengku Alam.
Tatabahasa23.04.2013

Kembali ke atas