Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hal
1. Bersinonim dengan perkara
( hal ehwal, perihal, urusan, fasal, kes, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan kejadian
( peristiwa, keadaan, situasi, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan sebab
( alasan)
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan tentang
( mengenai, perihal, darihal, soal, fasal, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berhal, mengehalkan,

Juga ditemukan dalam:


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya Eddy Nazarullah, penulis dari sebuah syarikat pengiklanan. saya ingin dapatkan sedikit penjelasan tentang penggunaan 'pada' dan 'kepada'. Berdasarkan kefahaman saya, ayat 'Tertakluk kepada terma dan syarat' menggunakan 'kepada' tetapi terdapat arahan untuk menukarkannya kepada 'pada' , walhal 'pada' adalah untuk waktu dan bukannya menunjukkan maksud sasaran.Untuk makluman tuan, frasayang betul ialah "tertakluk pada" kerana kata sendi nama "pada" digunakan bagi menunjukkan sandaran bagi tertakluk. Dalam hal ini terma dan syarat menjadi sandaran bagi tertakluk, justeru frasa yang betul ialah "tertakluk pada terma dan syarat".Tatabahasa16.10.2014
Tuan/Puan, Saya amat berminat dalam penulisan terutamanya penulisan saintifik. Dalam hal yang demikian, bagaimanakah cara dan; terma dan syarat-syarat untuk menyumbang artikel dalam majalah KOSMIK.Kerjasama tuan/puan dalam memberi penjelasan mengenai perkara tersebut, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Editor Dewan Kosmik, Puan Norizan Muslim, melalui e-mel: norizan2@dbp.gov.my

atau  Timbalan Editor, Encik Mohd Syukri Anwar, melalui e-mel: syukri@dbp.gov.my

 

Lain-lain20.01.2011
Bolehkah menggunakan terma "Bangsa Malaysia"? Bukankan bangsa merujuk kepada bangsa Melayu, cina, India dllMerujuk Kamus Dewan bangsa bermaksud jenis manusia daripada satu asal keturunan seperti Melayu, Cina dan India. Hal ini mungkin berbeza apabila kita berada pada peringkat global. Maka wajarlah kita menyebut kita adalah rakyat/bangsa Malaysia bagi melambangkan identiti kita sebagai satu bangsa yang bersatu di bawah nama Malaysia. Borang kami menggunakan bangsa untuk melengkapkan data bagi tujuan kajian kepenggunaan sistem perkhidmatan kami.Istilah30.08.2018
apakah terjemahan yang paling tepat dan sesuai untuk terma perbankan 1. "revolving trade facility" . Saya pernah cuba menterjemahkan ia kepada "fasiliti dagangan pusingan" tetapi khuatir ia susah difahami. Apakah alternatif terjemahan lain yang boleh saya cuba supaya ianya mudah difahami awam. 2. "Joint and Several Guarantee" Sebelum ini saya telah menterjemahkan ia kepada "Jaminan Bersama dan Berasingan" tetapi ada pihak yang berpendapat ianya terjemahan yang tidak tepat untuk terma berikut. 3. "Recourse" - contoh ayat "You are required to bear all GST charges incurred on any expenses, fees or recourse in respect of this product" di dalam hal ini, adakah tepat untuk saya menterjemahkan ia kepada fi dan rekursa?Yang berikut padanan bahasa Melayu:

1. Revolving trade faciliti = Kemudahan Pusingan Perdagangan
2. Joint and several Guarantee = Jaminan Bersama dan Berasingan
3. recourse = Rekursa
Penyemakan dan penterjemahan15.06.2016
Mohon terjemahan terma di bawah ke Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris: Contingencies - luar jangka Cost to income ratio - Nisbah kos kepada pendapatan - ? loan loss coverage - ? perlindungan kerugian pijaman - loan loss coverage Modal kumpulan 1 - Tier 1 capital Risk weighted capital ratio - Nisbah modal berwajaran Terima kasih SyameenContingencies - kontigensi, hal luar jangka
Cost to income ratio - Nisbah kos kepada pendapatan 
loan loss coverage - perlindungan kerugian pijaman
Modal kumpulan 1 - Tier 1 capital (tier lazimnya terjemahan peringkat atau tingkat, terjemahan kumpulan group)
Risk weighted capital ratio - Nisbah modal Wajaran Risiko
Penyemakan dan penterjemahan26.05.2015
Tuan/Puan, Saya ingin menterjemahkan "Comprehensive Medical Coverage" kpd "Perlindungan Medikal Komprehensif", iaitu menggunakan "medikal" sbg perkataan alternatif utk "Perubatan". Bolehkah penggunaan terma "medikal" diterima di dlm frasa tersebut? Terima kasih.Puan digalakkan menggunakan perkataan perubatan yang merupakan padanan istilah bagi medical. Hal ini kerana istilah medikal tidak diterima dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Untuk makluman puan, penggubalan/peminjaman sesuatu istilah perlu melalui peraturan yang khusus yang digubal oleh suatu jawatankuasa yang dianggotai oleh pakar bidang masing-masing.Istilah08.06.2009
Pembekal memohon lanjutan masa pembangunan sistem disebabkan oleh beberapa kekangan. Soalan: Apakah terma yang tepat, lanjutan atau pelanjutan? Konteks: Pembekal memohon lanjutan masa pembangunan sistem disebabkan oleh beberapa kekangan. Tarikh akhir sepatutnya adalah 31 Januari 2026. Tarikh akhir baharu berdasarkan cadangan lanjutan adalah 31 Julai 2026.Takrifan berdasarkan Kamus Dewan: Lanjutan bermaksud tambahan (kepada sesuatu sebelumnya), manakala pelanjutan bermaksud perbuatan atau hal melanjutkan. Berdasarkan maksud yang berkenaan, perkataan yang tepat dalam konteks ayat tersebut ialah lanjutan masa kerana merujuk tambahan masa yang diperlukan, bukan perihal melanjutkan masa.Tatabahasa10.02.2026
Salam, saya adalah salah seorang penulis novel terbitan DBP, pertanyaan saya, adakah menyalahi hak cipta DBP jika saya 'sebagai penulis' mengulang siar hasil karya saya di mana-mana medium seperti media sosial untuk pelbagai tujuan (promosi/dll). Novel saya diterbitkan pada tahun 2018 isbn 978-983-49-0189-9Assalamualaikum wbt. 

Tuan,

Pengarang perlu mendapatkan kebenaran daripada DBP sebelum mengeluarkan semula sepenuhnya atau sebahagian daripada karya dalam sebarang bentuk (walau untuk tujuan apa sekalipun). Hal ini selaras dengan terma Perjanjian Lesen Penerbitan yang telah ditandatangani.

Untuk keterangan lanjut, tuan boleh menghubungi kami melalui e-mel, hakcipta@dbp.gov.my

Sekian, terima kasih.
Lain-lain11.11.2021
Salam. Saya sedang berbengkel untuk buku teks Sains. Dalam perbincangan berkaitan "Faktor yang Mempengaruhi Bentuk Bayang-bayang". Selama ini, kita hanya diberitahu faktor yang mempengaruhi bentuk bayang-bayang ialah kedudukan objek dan saiz objek. Malangnya, dalam perbincangan ini, timbul satu isu berhubung faktor lain yang mempengaruhi bentuk bayang-bayang iaitu ORIENTASI objek. ORIENTASI yang dimaksudkan di sini ialah keadaan/kedudukan objek (botol) yang disengetkan, terbalik, terbaring dll. Adakah terma yang digunakan ini tepat?Dalam Kamus Dewan, kedudukan bermaksud keadaan yang sebenar, dan keadaan ialah hal atau kedudukan pada sesuatu ketika. Pada pandangan kami senget atau terbalik masih boleh diklasifikasikan dalam kedudukan sesuatu objek, melainkan ada dapatan lain/baharu yang menyatakan sebaliknya. Dalam hal ini, ada baiknya dapatan yang ditemukan (jika persis) dibincangkan dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi.Tatabahasa19.01.2014

Kembali ke atas