Adakah 'adik-beradik' termasuk pengarang sendiri ? Seperti contoh: Saya Ai Ling. Keluarga saya terdiri daripada 6 orang, iaitu ayah, ibu, kakak, abang, adik dan saya. Soalan : Berapa orangkah adik-beradik Ai Ling ? Apakah jawapannya? 3 orang atau 4 orang ( termasuk Ai Ling) ? Sekian, terima kasih. | Adik-beradik termasuk diri orang yang bercakap. | Tatabahasa | 25.06.2012 |
Assalamualaikum, 1. Adakah kata ganda semu termasuk dalam kategori kata ganda dalam Tatabahasa Dewan | Kata ganda semu termasuk dalam kategori penggandaan penuh dalam Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 25.04.2010 |
Salam, Saya ingin tenya tentang nama golongan haiwan. Adakah "ternakan darat" termasuk ayam dan itik? Adakah "haiwan peliharaan" termasuk haiwan untuk kegemaran dan juga ternakan di ladang sekali? Adakah "binatang jinakan" merangkumi haiwan untuk kegemaran dan haiwan untuk ekonomi sekali? Terima kasih | Dalam Kamus Dewan ternakan sama maksudnya dengan binatang ternakan seperti kuda, lembu, kerbau, kambing dan lain-lain. Walau bagaimanapun tidak ada pengelompokan haiwan tersebut sama ada untuk peliharaan di rumah, ladang dan sebagainya. Tambahan maklumat dalam pengiklanan, lazimnya dalam keterangan aktiviti syarikat/kedai haiwan peliharaan di rumah ditulis sebagai "Kedai Haiwan Kesayangan". | Makna | 03.05.2012 |
Tuan, Ejaan TULEN tertera dalam Kamus Dewan. Cuma saya ingin tahu adakah ejaan tersebut termasuk dalam pola ejaan huruf vokal yang termasuk dalam 18 pola. Kenapa tidak dieja TULIN yang mengikut pola u-i. Terima kasih | Kata 'tulen' berasal daripada bahasa Indonesia. Sama seperti 'perabot', 'tulen' juga terkecuali daripada pola keselarasan vokal dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 07.04.2011 |
Konflik dalam cerita dikatakan termasuk di dalam teknik plot namun sesetengah pendapat mengatakan konflik hanya hadir dalam perkembangan plot. Sila perjelas tentang konsep plot dan teknik plot. | Konflik dalam cerita dikatakan termasuk di dalam teknik plot namun sesetengah pendapat mengatakan konflik Konflik hanya hadir dalam perkembangan plot. Sila perjelas tentang konsep plot dan teknik plot. Secara umum, konflik ialah perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dll. Dalam cereka, konflik adalah salah satu unsur penting dalam menggerakkan plot, kerana harus dingat bahawa plot ialah jalinan cerita yang berasaskan sebab dan akibat. Justeru, untuk menjalinkan sebuah cerita yang baik, pengarang mesti menciptakan konflik untuk mengembangkan plot ceritanya. Tanpa konflik tidak akan ada cerita dan tanpa konflik yang rencam, tidak mungkin sesebuah cerita itu dapat berkembang dan menarik. Sebagai contoh mudah, lihat sahaja dalam setiap drama (baca: drama juga ialah salah satu genre dalam sastera) bersiri di televisyen yang mengaplikasikan konflik untuk meneruskan cerita agar penonton terus mengikuti siri-siri cerita tersebut. Manakala teknik plot pula ialah atau lebih tepat teknik penceritaan ialah elemen-elemen yang membantu pengarang dalam membina ceritanya. Teknik penceritaan ini ialah yang dapat menunjukkan kreativiti pengarang dalam mempelbagaikan gaya dalam menyamapaikan ceritanya. Antara teknik penceritaan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas muka dan sebagainya. Elemen-elemen ini teknk penceritaan ini juga menyebabkan konflik sessuatu cerita itu akan lebih menarik dan rencam. Oleh itu, konflik adalah asas penting yang menggerakkan sesebuah cerita yang akan diikuti dengan suspens dan kejutan. Ketiga-tiga unsur itu (konflik, suspens dan kejutan) akan digunakan oleh pengarang (cerpen, novel dan drama) untuk menggerakkan plot ceritanya dengan dibantu oleh teknik penceritaaan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 08.02.2010 |
Adakah RTM dan KBSR termasuk dalam kumpulan akronim? Jika tidak apakah istilah yang sesuai? Terima kasih. | Akronim ialah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama dan kedua-dua ccontoh yang diberikan termasuk dalam kumpulan akronim. | Tatabahasa | 11.06.2013 |
Asingkan ayat ini kepada subjek dan predikat. Kebanyakan pekerja perkhidmatan ialah kakitangan kerajaan. Adakah kebanyakan termasuk kategori subjek atau predikat ? | Subjek - kebanyakan pekerja perkhidmatan, predikat - ialah kakitangan kerajaan. Kebanyakan termasuk dalam binaan subjek. | Tatabahasa | 28.02.2012 |
Jika kecil menjadi kawan, sudah besar menjadi lawan di kaitkan dengan api. Tetapi saya ingin nak tahu adakah rangkai kata ini termasuk dalam bidalan atau lain-lain. Tolong tuan terangkan. | Rangkai kata ini termasuk dalam kelompok peribahasa. Susunan peribahasa yang betul ialah "api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan". | Lain-lain | 28.07.2009 |
apakah perbezaan perkataan KAMI dan KITA? bila melibatkan semua org termasuk individu yg bercakap dan individu yg mendengar org yg bercakap itu td..perkataan mana yg patut digunakan..?boleh berikan saya contoh ayat untuk membezakan penggunaan dua perkataan tersebut..? | “Kami“ dan “kita“ ialah kata ganti nama diri pertama. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan makna antara kedua-duanya. “Kami” merujuk penutur jamak tetapi tidak termasuk pendengar manakala “kita” merujuk penutur (tunggal atau jamak) dan termasuk juga pendengar. Contoh ayat: 1. Kita harus membantu orang yang susah. (mengajak pendengar itu ikut serta) 2. Kami tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. (hanya melibatkan kumpulan/kelompok itu sahaja, bukan pendengar yang lain) | Istilah | 12.03.2009 |
Apakah beza antara "kita" dan "kami" | “Kami“ dan “kita“ ialah kata ganti nama diri pertama. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan makna antara kedua-duanya. “Kami” merujuk penutur jamak tetapi tidak termasuk pendengar manakala “kita” merujuk penutur (tunggal atau jamak) dan termasuk juga pendengar. Contoh ayat: 1. Kita harus membantu orang yang susah. (mengajak pendengar itu ikut serta) 2. Kami tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. (hanya melibatkan kumpulan/kelompok itu sahaja, bukan pendengar yang lain) | Tatabahasa | 11.09.2013 |