Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.dia] | ترسديا

Definisi : telah disediakan (dilengkapkan), ada: teman hidupmu yg ibu idam-idamkan sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sedia (adjektif)
1. Bersinonim dengan memang ada: telah ada, terdapat, wujud,
Berantonim dengan tiada

2. Bersinonim dengan memang begitu: begitulah, sebenarnya, sesungguhnya, demikianlah, naam, itulah,
Berantonim dengan lain

3. Bersinonim dengan siap: mustaid, lengkap, jadi, boleh,
Berantonim dengan batal

4. Bersinonim dengan sanggup: rela, sudi, dapat, bisa, tidak keberatan, ambuh, embuh, mahu, suka, kasadu, ingin,
Berantonim dengan enggan

Kata Terbitan : sedianya, bersedia, menyediakan, tersedia, kesediaan, persediaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya apakah terjermahan sesuai untuk "There is " cthnya there is available instruments for the use of clents. Adakah ianya Terdapat instrument tersedia atau wujud instrumen tersedia atau adanya instrumen tersedia. Terima kaasih

Untuk makluman tuan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan ayat, kecuali istilah dan perkataan yang ada dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanpun kami boleh membantu tuan, menyemak penggunaan ayat yang telah diterjemahkan. Cadangan padanan yang sesuai untuk ayat "there is available instruments for the use of clents" tersebut ialah Instrumen ini ada disediakan untuk kegunaan pelanggan.

Penyemakan dan penterjemahan09.05.2019
Salam, Saya ada beberapa soalan. Yang pertama, bagaimana cara yang betul untuk menggunakan perkataan 'tersedia'? Saya lihat banyak penggunaannya terutama dalam terjemahan dari perkataan bahasa inggeris, 'available'. Contoh, Wifi is available = Wifi telah tersedia. Adakah penggunaan ini betul dan tepat? Yang kedua, bagaimana untuk menulis e-mel yang boleh menggantikan istilah "Dear {Nama Penuh}" dan "Sincerely" dalam bahasa melayu supaya tidak berbunyi terlallu formal atau kaku? Terima Kasih1. Contoh istilah yang menggunakan perkataan tersedia adalah seperti yang berikut:

available nutrient - nutrient tersedia
standing cost - kos tersedia
available energy - tenaga tersedia
built-in control - kawalan tersedia

Sehubungan dengan itu, "tersedia" tidak semestinya padanan bahasa Melayu untuk ""available" sahaja, tetapi juga perkataan lain seperti "standing" dan "built-in" bergantung pada konsep. Dalam konteks yang diberikan, kami berpendapat "Wifi telah tersedia" tidak sesuai digunakan. Sekiranya perkataan ini digunakan dalam premis tertentu, biasanya lambang Wifi, tulisan Wifi atau Wifi Percuma sahaja dipaparkan,

2. Dalam e-mel urusan rasmi, biasanya kami menggunakan tuan atau puan di bahagian atas. Di bahagian bawah selepas "Sekian, terima kasih." terus diletakkan nama pegawai. Kami tidak menggunakan "Yang benar" atau "Saya yang menurut perintah" dalam e-mel.
Istilah02.02.2017
Mohon berikan penjelasan tentang kesesuaian penggunaan 'ialah' atau 'adalah' untuk contoh berikut: Perkhidmatan Google tersebut adalah/ialah tersedia hanya untuk kawasan tertentu sahaja. Mengikut tatabahasa, penggunaan 'ialah' lebih tepat kerana tersedia ialah kata kerja. Namun, adakah pengecualian tertentu untuk mewajarkan penggunaan 'adalah'? Terima kasihPenggunaan kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama seperti dalam ayat Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia. Kata pemeri adalah pula hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, seperti Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan. Perlu diingat penggunaan kata pemeri amat terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan bahasa Melayu. Dalam konteks ayat yang tuan berikan, lebih baik digugurkan sahaja kata pemeri menjadi Perkhidmatan Google tersebut tersedia untuk kawasan tertentu sahaja.Tatabahasa28.03.2017
Salam sejahtera; Tuan; Apakah perbezaan antara "berhidang" dengan "terhidang" dari segi penggunaannya? Terima kasih.Penggunaan imbuhan teR- dalam terhidang adalah yang memberi pengertian dalam keadaan tersedia. Manakala imbuhan beR- dalam berhidang memberi makna melakukan perbuatan dengan maksud seperti yang terkandung dalam kata dasar.  Lazimnya, terhidang biasa digunakan kerana lebih merujuk kepada sesuatu yang tersedia.
Tatabahasa16.01.2013
Apakah kata kerjaSila manfaatkan kemudahan yang tersedia di laman web kami www.dbp.gov.my untuk mendapatkan makna/maklumat yang berkaitan. Contoh: tulis kata kunci seperti "sendi nama" dan tekan butang "CARI". Anda akan memperoleh data daripada pelbagai sumber seperti Kamus, Istilah, Peribahasa dan Khidmat Nasihat. Makna22.09.2016
Apakah sendi namaSila manfaatkan kemudahan yang tersedia di laman web kami www.dbp.gov.my untuk mendapatkan makna/maklumat yang berkaitan. Contoh: tulis kata kunci seperti "sendi nama" dan tekan butang "CARI". Anda akan memperoleh data daripada pelbagai sumber seperti Kamus, Istilah, Peribahasa dan Khidmat Nasihat. Maksud sendi nama ini disalin daripada data "Khidmat Nasihat". Kata sendi nama hadir di hadapan kata nama dan fungsi kata sendi nama ditentukan oleh peraturan khusus yang dijelaskan dalam setiap kata tersebut. Untuk maklumat lanjut, layari  http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sendi+nama&d=10.Lain-lain22.09.2016
Apakah kata ganti namaSila manfaatkan kemudahan yang tersedia di laman web kami www.dbp.gov.my untuk mendapatkan makna/maklumat yang berkaitan. Contoh: tulis kata kunci seperti "sendi nama" dan tekan butang "CARI". Anda akan memperoleh data daripada pelbagai sumber seperti Kamus, Istilah, Peribahasa dan Khidmat Nasihat. Makna22.09.2016
perbezaan diragui dengan meragukanSila rujuk manfaatkan kemudahan yang tersedia dalam laman web kami untuk mencari makna dan perbezaan makna kata.Makna09.05.2017
1) Rewards Currency = Ganjaran Mata Wang 2) Opening Balance = Baki Pembukaan 3) Earned This Period = Memperoleh Tempoh Ini 4) Redeemed this Period = Menebus Tempoh ini 5) Available Balance=Baki Tersedia Mohon khidmat nasihat DBP untuk terjemahan berikut. Ini adalah untuk sektor perbankan. Terima Kasih1) Rewards Currency = Ganjaran Mata Wang
2) Opening Balance = Baki Pembukaan
3) Earned This Period = Perolehan dalam tempoh ini.
4) Redeemed this Period = Penebusan dalam tempoh ini. 
5) Available Balance = Baki Tersedia
Cadangan terjemahan ini boleh digunakan jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya.
Penyemakan dan penterjemahan01.09.2015
Oleh sebab imbuhan ber- mengandungi maksud keadaan yang sudah berlaku, manakala imbuhan ter- bermaksud keadaan tersedia, bolehkah imbuhan ber- diganti dengan ter- atau di-? Makanan sudah berhidang. Makanan sudah terhidang. Makanan sudah dihidang.Untuk makluman tuan/puan, penggunaan imbuhan hendaklah disesuaikan dengan maksud yang hendak disampaikan dan konteks penggunaannya dalam ayat. Tatabahasa03.04.2020
1234

Kembali ke atas