Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sem.bur] | ترسمبور

Definisi : 1. terpercik (terpancar) keluar: seorang berdua berdekah gelak hingga ~ biji nasi yg masih belum terkunyah; 2. kena sembur, disembur; 3. terkeluar atau terbit dgn tiba-tiba (kata-kata dll): belum sempat Asrul melangkah keluar, tengking Puan Hayati ~ keluar; ~ gelak Mn tiba-tiba ketawa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sembur (kata nama)
1. Bersinonim dengan jampi: tiup, hembus, bura,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan makian, hamun, cacian, penghinaan, carut, nista, cercaan, celaan, kejian, semprotan,
Berantonim dengan pujian

Kata Terbitan : bersembur-sembur, bersemburan-semburan, menyembur, menyemburi, menyemburkan, tersembur, semburan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kami selalu keliru penggunaan dari/daripada kerana ia boleh jadi tempat dan sumber. Contohnya: 1) keluar dari kereta / daripada kereta? 2)tersembur dari/daripada mulutnya.

Ayat yang betul ialah 'keluar daripada kereta' dan 'tersembur daripada mulutnya'. Untuk makluman, kata sendi nama 'daripada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda, dan unsur mujarad. Sendi nama 'daripada' juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan sumber atau asal kejadian sesuatu benda.

Tatabahasa20.10.2011

Kembali ke atas