Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ta.nya.ta.nya] | ترتاڽا-تاڽ

Definisi : 1. kehairan-hairanan, dlm kebimbangan: ia juga ~ apakah takbir mimpinya itu; 2. asyik bertanya, selalu bertanya: anaknya yg dua orang itu sentiasa ~ tentang baju baru; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ta.nya.ta.nya] | ترتاڽا-تاڽ

Definisi : 1 dlm keadaan bimbang (hairan dsb) dan seolah-olah bertanya-tanya dlm hati: Ia ~ apakah maksud mimpinya itu. 2 selalu bertanya; asyik bertanya: Anak kecil itu sentiasa ~ akan ibunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanya (kata kerja)
1. Bersinonim dengan soal: siasat, selidik, kaji,
Berantonim dengan jawab

2. Bersinonim dengan tanya jawab: soal jawab, temu ramah, wawancara, temu bual,

Kata Terbitan : bertanya, menanya, menanyakan, tertanya-tanya, pertanyaan, penanya,

Puisi
 

Keris kecil menikam ular,
     Keris besar menikam singa;
Dari kecil tak hendak belajar,
     Sudah besar tertanya-tanya.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam min, mana satu betul: 1.Sengaja dia tidak menghabisi ayat supaya Naufal makin tertanya-tanya. 2.Sengaja dia tidak menghabiskan ayat supaya Naufal makin tertanya-tanya. 1.Dia mengemas rumahnya dengan gembira. 2.Dia mengemasi rumahnya.

Ayat yang betul ialah “Sengaja dia tidak menghabiskan ayat supaya Naufal makin tertanya-tanya.” dan “Dia mengemas rumahnya dengan gembira.”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 190 dan 202.

Tatabahasa18.01.2024
Yang mana paling tepat? Yang diletak tanda soal di hujungnya ataupun tidak. a) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja? b) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja.a) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja?Tatabahasa01.12.2011
saya sering tertanya-tanya kenapa bahasa kita,Bahasa Malaysia selalu berubah-ubah dari masa ke semasa,seolah-olah tiada satu pendirian sebagaimana Bahasa Inggeris.sebagai contoh ejaan, kalau dulu dari ejaan lama ke ejaan baru,kemudian kembali ke ejaasn baeu semula.satu lagi contoh yang paling senang ialah penggunaan 'Bahasa Malaysia' dan 'Bahasa Melayu'.dulu pernah digunakan Bahasa Malaysia,ditukar kepada Bahasa Melayu, kemudian diguna kembali Bahsa Malaysia.? ini memberi kesan terutamanya para pelajar yang mungkin akan ketinggalan dengan perubahan terkini bahasa kita.mungkin pihak DBP boleh jelaskan dan mungkin juga dapatkan satu jalan penyelesaian.terima kasih

Bahasa Melayu sebagai bahasa moden sentiasa berkembang dan menerima tempias dengan persekitaran luar terutamanya kemajuan sains dan teknologi yang memungkinkan bermacam-macam. Selagi bahasa Melayu itu hidup dan berkembang sedikit sebanyak akan mengalami perubahan sama juga seperti bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa moden yang lain. Perubahan itu datangnya daripada pelbagai faktor termasuklah faktor politik. Kerajaan mengumumkan penggunaan iatilah bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia atas alasan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia, tetapi pada dasarnya bahasa Melayu tetap digunakan untuk tujuan ilmu dan peradaban.

Lain-lain28.10.2009
salam sejahtera. saya tertanya-tanya bilakah agaknya DBP mahu anjurkan sato seminar atau kursus menulis novel untuk muda-mudi kita. hal ini kerana, hari ini, begitu ramai remaja mahu mendekatkan diri kepada bahan bacaan seperti novel.DBP menganjurkan bengkel Minggu Penulis Remaja(MPR) pada setiap tahun. Bengkel ini membimbing peserta remaja  berumur 18-21 tahun dalam penulisan novel, puisi dan cerpen. Syarat untuk peserta ialah karya mereka pernah tersiar dalam mana-mana media massa. Sila layari laman web DBP untuk tawaran mengikuti bengkel ini atau hubungi Puan Zeti Aktar binti Jaffar untuk keterangan lanjut. Untuk bengkel, kursus atau seminar lain untuk remaja yang diadakan di DBP dari semasa ke semasa, sila rujuk laman web DBP atau pejabat DBP di Johor(07-236 5588), Kelantan(09-741 4902), Pulau Pinang(04-537 7242),Sabah(088-439 260) dan Sarawak(082-444711).      Lain-lain21.05.2010
Assalamualaikum, Saya masih tercari-cari dan tertanya-tanya tentang penggunaan imbuhan akhiran/apitan melibatkan "-...i" dan "di-...i". Contohnya, dirujuki, dirujuk, garisi(apa beza dengan gariskan?),dimaafi(maafkan?). Kebanyakan sumber rujukan tidak menyatakan secara terperinci tentang imbuhan jenis ini. Semoga dapat penjelasan. Terima kasih.

Saudara,

Apitan di...i ialah bentuk pasif bagi meN...i. Untuk ketrangan dan maklumat lanjut tentang perkara ini sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 202.

Tatabahasa23.10.2010
Salam, kita selalu terjumpa kata "kemudiannya" dalam penulisan. Saya tertanya-tanya, apakah fungsi "nya" dalam kata itu? TKFungsi -nya bagi kemudiannya adalah sebagai kata penekan, iaitu kata yang memberikan penegasan kepada perkataan yang tergabung dengannya.Tatabahasa13.07.2021
Ramzi Ahmad SEL 5.12 PTG Assalamualaikum Saya agak keliru & tertanya-tanya akan iklan ini kerana menggunakan bahasa rojak Setahu saya DPB pernah melarang penggunaan bahasa rojak pada satu ketika dalam apa-apa medium. Apakah larangan itu sudah tidak di guna pakai lagi?Mohon penjelasan. Iklan sebegini telah mencemarkan bahasa rasmi & boleh mengelirukan warga tempatan & warga asing. Bagi mereka yang memahami bahasa enggeris sudah pasti hanya perkataan "COVER" sahaja yg mereka akan faham. Tapi bagi warga Malaysia mereka akan terfikir apakah perkataan " Cover" dalam Bahasa Melayu. @ Apakah perkataan ini telah diiktiraf sebagai perkataan sah dalam Bahasa Melayu? Mohon penjelasan......Untuk makluman tuan, DBP hanya mengesahkan iklan yang mempunyai penggunaan bahasa Melayu yang betul. Penggunaan bahasa Inggeris dalam iklan hendaklah mempunyai padanannya dalam bahasa Melayu, kecuali perkataan atau ayat yang didaftar sebagai Cap Dagang bagi syarikat tersebut. DBP tidak akan mengesahkan penggunaan bahasa rojak dalam iklan dan paparan di tempat awam. Keprihatinan tuan dalam hal ini amatlah kami hargai dan diucapkan terima kasih.Lain-lain17.05.2017
Salam, Kebelakangan ini saya perhatikan pihak media tidak lagi menggunakan imbuhan 'kan' dalam laporan mereka. Saya tertanya-tanya adakah penggunaan 'kan' sudah tidak diamalkan lagi. Contoh laporan: 1) Sebuah badan khas ditubuh. (Utusan Malaysia: 10/11/10) (Bukankah sepatutnya: sebuah badan khas ditubuhkan) 2) Penganggur dipenjara. (TV3) (Bukankan sepatutnya penganggur dipenjarakan) Harap pihak DBP dapat perjelaskan. Sekian, terima kasih.

Saudara,

Mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu yang baku dan rasmi, imbuhan meN...kan masih terpakai seperti dalam perkataan menubuhkan/ditubuhkan, memenjarakan/dipenjarakan. Walau bagaimanapun, adakalanya pihak pengguna bahasa tidak begitu teliti atau terlepas perhatian tentang perkara ini kerana terlalu biasa dengan apa yang diamalkan terutamanya dalam bahasa percakapan.

Lain-lain10.11.2010
Salam sejahtera. Tuan/Puan, Saya mendapati bahawa terdapat frasa "pembunuh massal" dalam bahasa Indonesia, sebab itu saya tertanya-tanya sekiranya terdapat frasa yang hampir sama dalam bahasa Melayu, iaitu "pembunuh massa". Contoh konteks ialah: "Pihak polis akan menangkap pembunuh massa itu." Adakah frasa "pembunuh massa" sesuai dalam ayat tersebut? Saya pernah melihat "pembunuh beramai-ramai" digunakan, tetapi saya juga tidak pasti sekiranya ia adalah betul. Diharapkan Tuan/Puan boleh membantu. Terima kasih.Salam Sejahtera. Istilah "pembunuhan massal" dalam bahasa Melayu ialah "pembunuhan beramai-ramai". Umumnya, pembunuhan cara ini dilakukan bukan oleh seorang tetapi secara berkumpulan. Ayat contoh, "Pihak polis akan menangkap mereka yang terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai itu".Istilah13.07.2015
Apakah perkataan yang paling tepat dan pendek bagi perkataan Bahasa Inggeris ini: "survivor". Ya, saya sudah semak pada kamus dan memberikan penterjemahan iaitu "orang yang selamat". Saya tertanya-tanya, adakah perkataan lain yang PENDEK dan sesuai bagi "survivor". Atau sekiranya perkataan sedemikian belum wujud, izinkan saya mencadang kepada PRPM supaya mencipta sebuah perkataan bagi "survivor". Ribuan terima kasih. (diharapkan admin membalas kepada Post saya ini)Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi istilah survivor ialah pemandiri (orang yang berikhtiar untuk hidup).Istilah28.10.2013
12

Kembali ke atas