Salam min, mana satu betul: 1.Sengaja dia tidak menghabisi ayat supaya Naufal makin tertanya-tanya. 2.Sengaja dia tidak menghabiskan ayat supaya Naufal makin tertanya-tanya. 1.Dia mengemas rumahnya dengan gembira. 2.Dia mengemasi rumahnya. | Ayat yang betul ialah “Sengaja dia tidak menghabiskan ayat supaya Naufal makin tertanya-tanya.” dan “Dia mengemas rumahnya dengan gembira.”. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 190 dan 202. | Tatabahasa | 18.01.2024 |
Salam, Kebelakangan ini saya perhatikan pihak media tidak lagi menggunakan imbuhan 'kan' dalam laporan mereka. Saya tertanya-tanya adakah penggunaan 'kan' sudah tidak diamalkan lagi. Contoh laporan: 1) Sebuah badan khas ditubuh. (Utusan Malaysia: 10/11/10) (Bukankah sepatutnya: sebuah badan khas ditubuhkan) 2) Penganggur dipenjara. (TV3) (Bukankan sepatutnya penganggur dipenjarakan) Harap pihak DBP dapat perjelaskan. Sekian, terima kasih. | Saudara, Mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu yang baku dan rasmi, imbuhan meN...kan masih terpakai seperti dalam perkataan menubuhkan/ditubuhkan, memenjarakan/dipenjarakan. Walau bagaimanapun, adakalanya pihak pengguna bahasa tidak begitu teliti atau terlepas perhatian tentang perkara ini kerana terlalu biasa dengan apa yang diamalkan terutamanya dalam bahasa percakapan. | Lain-lain | 10.11.2010 |
Saya pernah tanya soalan ini: Adakah kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang diterima sebagai menepati tatabahasa Melayu untuk memaknai sesuatu yang digunakan untuk memperkukuh, mempercantik dan memperpanjang? Contohnya: Potret-potret catan tangan itu pemercantik kamar yang sudah sedia cantik. Jawapan DBP seperti ini: Kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang tidak diterima sebagai kata dalam bahasa Melayu kerana tidak menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan. Saya tertanya mengapa ia 'tidak menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan' walhal kata 'pemer-' sebagai padanan 'pelaku' untuk 'memper-' iaitu perbuatannya sudah diterima dalam bahasa Melayu khususnya dalam entri Kamus Dewan. Kata seperti 'pemeroleh' yang bermakna orang/pihak yang 'memperoleh' dan 'pemerkosa' yang bermakna orang/pihak yang 'memperkosa' sebahagian perbendaharaan kata Melayu dan ini tidak dapat dibahaskan sebagai 'kekecualian' dalam bahasa kerana tiada bentuk yang dapat diwujudkan untuk 'menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan' dan kata-kata seperti 'pemeroleh' dan 'pemerkosa' mendukung makna sendiri. Mungkin 'sistem pembentukan kata untuk imbuhan' DBP perlu dikemas kini dengan data terkini. | Untuk perkataan memperkukuh, mempercantik dan memperpanjang, awalan memper- bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan lebih atau bertambah bagi sifat yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:1"> Cantik – mempercatik (menjadikan lebih cantik)1"> (TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA, m.s.: 179)1"> Untuk perkataan pemerkosa, kata dasarnya adalah perkosa. Perkataan ini menerima imbuhan awalan peN- untuk membentuk kata nama terbitan. PeN- menjadi pe- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m, n, ny, ng , r, l, dan w. Contohnya:1"> Masak – pemasak1"> Termasuk dalam jenis ini ialah kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf p, t, k, dan s. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s. Contohnya:1"> Perkosa – pemerkosa1"> Tahan – penahan1"> Karang – pengarang1"> Selam – penyelam1"> Untuk lebih memahami pembentukan kata nama dengan lebih lanjut, tuan boleh merujuk buku TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (m.s.: 104 – 132)1"> | Tatabahasa | 11.07.2019 |