Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : sesuatu yg digunakan utk menutup bahagian sebelah atas (kepala, lubang, dll), tutup, penutup: maka tuan puteri pun segera­lah menarik ~ ke atas hulunya berselubung muka; kain ~ kain penutup kepala atau muka perempuan, selendang; tali ~ bulu (rambut) di pipi, cambang, jambang; ~ belanga penutup belanga; ~ kepala a) penutup kepala (songkok, topi, dll); b) = ~ muka kain selubung (utk menutup kepala atau muka); ~ lampu penutup lampu, terendak lampu; ~ lingkup kain penutup kepala dan muka (bagi perempuan); ~ meja kain alas meja; ~ rahap kain penutup mayat sebelum ia dimandikan; ~ saji = ~ hidang = ~ sarang Sr = ~ tapak penutup makanan (drpd pandan dll) supaya jangan dihinggapi lalat; bertudung memakai tudung, bertutup dgn tudung: gadis-gadis itu ~ lingkup dgn kain berwarna pinang masak; bertudungkan memakai atau menggunakan sesuatu sbg tudung: wanita itu hanya sempat ~ sehelai tuala mandi utk menyelamatkan diri dr rumah yg sedang terbakar itu; menudung menutup dgn tudung, memberi bertudung: dia ~ mukanya dgn tangannya; keris itu dibubuh di atas ceper perak dan ditudung dgn tetampan; menudungi menjadi sbg tudung pd, menutupi; menudungkan menutupkan sesuatu sbg tudung: kain itu ditudungkan pd mukanya; tertudung tertutup dgn tudung: mukanya tidak kelihatan kerana ~ dgn kain; penudungan perihal menudung (menudung­kan); penudung sesuatu yg dipakai utk menudung (menudungi), penutup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : ; ~ periuk = ~ tempayan sj ikan laut, Platacidae. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : ; ~ roman sj tumbuhan (pokok), guriam, lampin budak, penculam, puding, seleguri (betina), selulang bukit, unting-unting, Clerodendron disparifolium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.dung] | تودوڠ

Definisi : sesuatu yg digunakan utk me­nutup: ~ kepalanya berwarna merah. kain ~ kain penutup kepala atau kain penutup muka orang perempuan; selendang. ~ belanga penutup belanga. ~ kepala a. penutup kepala (songkok, topi dll). b. = ~ muka kain selubung utk menutup kepala atau muka. ~ lampu penutup lampu; terendak lampu. ~ saji penutup makanan yg dibuat drpd mengkuang dll. bertudung memakai tudung; ber­tutup dgn tudung. menudung menutup dgn tudung; memberi bertutup. me­nudungi menjadi sbg tudung pd; menutupi: Tudung saji yg ~ hidangan itu dibuat drpd mengkuang. menudungkan menggunakan sesuatu utk menudung atau sbg tudung: Ia ~ piring pd mangkuk itu. penudungan perbuatan (hal dsb) menudung atau menudungkan. penu­dung sesuatu yg digunakan utk me­nudung; penutup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tudung (kata nama)
1. Bersinonim dengan tutup: penutup, sungkup, penyungkup, sahap,

2. Bersinonim dengan selendang: kerubung, purdah, mini telekung, kelumbung, selubung, selayah, layah, burka, berguk, merguk, cedak, undung-undung, tukup, tutup kepala, skarf,

Kata Terbitan : bertudung, menudung, menudungi, tertudung,

Puisi
 

Sayang Musalmah memakai tudung,
     Tudung dipakai sebelah kiri;
Apa dikenang kepada untung,
     Untung tak untung diri sendiri.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Bagai cembul dapat tutupnya.

Bermaksud :

Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mengikut hukum DM perkataan manakah yang betul 'anak tudung' atau 'tudung anak'Dalam konteks ini, anak tudung ialah istilah yang betul kerana kita merujuk kepada jenis tudung yang dipakai di dalam. Contoh lain seperti anak baju.Tatabahasa16.02.2012
Mohon pengesahan bagi ayat yang betul: a) Tudung empat segi b) Tudung segi empatFrasa yang betul ialah tudung segi empat.Tatabahasa23.01.2014
Tudung sutera yang dihadiahkan oleh Karina ini memang___________. A lembut B halus (tuan, jawaban ialah A..tetapi saya kekeliruan kerana halus juga membawa maksud 3. tidak kesat (kasap), lembut, licin) TQKedua-dua perkataan, iaitu halus dan lembut boleh digunakan dalam ayat tersebut. Makna22.08.2011
Apakah terjemahan bagi perkataan TUDUNG dalam Bahasa Inggeris?Perkataan "tudung" yang puan tanyakan terlalu umum.  Jika "tudung" yang dimaksudkan ialah kain yang digunakan untuk menutup kepala dan aurat wanita padanan bahasa Inggeris yang sesuai ialah "head-cloth".  Ada beberapa padanan lagi yang berbeza yang boleh digunakan. Puan boleh merujuk laman web kami prpm.dbp.gov.my (istilah bahasa Malayu) untuk maklumat lanjut.Lain-lain16.05.2017
penjodoh bilangan yang tepat untuk tudung saji apa?Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Penjodoh bilangan yang hampir bagi tudung saji ialah sebuah.Tatabahasa02.07.2013
apakah makna perkataan 'terendak'.Jika ia sejenis benda,apakah kegunaannyaMaknanya ialah sj penutup kepala atau tudung yg lebar tepinya (dibuat drpd anyaman buluh, rotan, dll). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna15.10.2008
1)Produk itu telah dipasarkan secara berluas di seluruh negara. 2)Peristiwa letupan reaktor nuklear di Chernobyl telah menyedari semua pihak agar lebih berhati-hati dalam aspek keselamatan. 3)Semua makanan di bawah tudung saji itu pagi tadi dihidangkan oleh ibu. TOLONG BETULKAN.1. Produk itu telah dipasarkan secara meluas di seluruh negara.
2. Peristiwa letupan reaktor nuklear di Chernobyl telah menyedarkan semua pihak agar lebih berhati-hati dalam aspek keselamatan.
3. Semua makanan di bawah tudung saji itu dihidangkan oleh ibu pagi tadi.
Tatabahasa21.07.2012
Tukar ayat bersusunan biasa di bawah ini kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asalnya. i. Semua pelajar berdiri apabila lagu “Negaraku” dinyanyikan. ii. Air teh itu perlulah ditapis dahulu sebelum diminum. iii. Siapa wanita yang memakai tudung biru itu? iv. Pengguna haruslah berhati-hati ketika memuat naik gambar ke laman sosial. v. Rumah keluarga Fahrimi telah dipecah masuk ketika mereka pulang ke kampung.i. Apabila lagu “Negaraku” dinyanyikan semua pelajar berdiri.
ii. Sebelum diminum air teh itu perlulah ditapis dahulu.  
iii. Wanita yang memakai tudung biru itu, siapa?  
iv. Ketika memuat naik gambar ke laman sosial pengguna haruslah berhati-hati.
v. Telah dipecah masuk rumah keluarga Fahrimi ketika mereka pulang ke kampung.
Tatabahasa18.05.2016
Adakah perkataan rekreasi boleh dimasukkan dalam golongan kata nama tunggalKata nama tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contohnya tudung, wanita, bumi dan lain-lain. Oleh itu, perkataan rekreasi adalah tergolong dalam kata nama tunggal.Tatabahasa01.04.2010
Hani Haizan Sep 22nd, 4:05pm Salam, tumpang bertanye ye..saya Hani bertanya bagi pihak Puan Rozita ia itu pengasas Sendayu Tinggi dan Product Jamu Ratu Malaya, saya ingin buat program wanita di Dewan Bahasa Dan Pustaka, program tu seperti seminar kesihatan, demo make up, demo pakai tudung..Puan Rozita Ibrahim sendiri akan turun ke sana utk memberikan ceramah, ceramah ini akan berlangsung selama 2 1/2 jam..mungkin boleh di selitkan pada hari jumaat semasa lunch hour atau bila-bila masa yg free .dengan siapa saya harus ber komunikasi? jika tidak keberatan boleh saya dapatkan no hp beliau..ni hp saya..boleh direct wat sap saya ye 016-6655435.Terima KasihBerkaitan dengan perkara ini, puan boleh menghubungi Encik Azimin bin Daud, Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my . Selain itu, puan juga boleh menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain22.09.2014
12

Kembali ke atas