Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.lam] | اولم

Definisi : 1. daun-daunan atau buah-buahan mentah (spt daun pegaga, petai, dll) yg dimakan dgn nasi, lalap: kami di rumah makan ~ pucuk janggus dgn sambal belacan; 2. = ulam-ulam, ulaman ki perempuan simpanan, gundik; ~ mencari sambal prb perempuan mencari (mendatangi) lelaki; hendak ~ pucuk menjulai = pucuk dicita ~ tiba prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki; ulam-ulaman berbagai-bagai jenis ulam: ~ spt pucuk paku, pucuk gajus, pucuk ubi kayu, dan pegaga sering terdapat di restoran itu; berulam makan nasi dgn ulam: saya suka makan ~; makan ~ ki sudah beristeri; berulamkan memakan sesuatu sbg ulam: kamu makan tengah hari tadi ~ apa? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.lam] | اولم

Definisi : ; ~ raja sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat ulam), Cosmos caudatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.lam] | اولم

Definisi : buah-buahan atau daun-daunan mentah (spt jering, pegaga) yg dimakan dgn nasi: ~ raja nama sj herba yg daunnya dibuat ulam, Cosmos caudatus. ulam-ulaman pelbagai jenis ulam: ~ spt pucuk paku, pucuk gajus dan pucuk ubi memang digemarinya. berulam makan nasi dgn ulam. berulamkan memakan sesuatu sbg ulam: Ketika makan tadi, kami ~ pegaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulam (kata nama)
1. Bersinonim dengan lalap: rumbah, salad, sayur,

2. Dalam konteks jenis
bersinonim dengan pucuk gajus, ulam raja, pucuk pegaga, daun selom petai, jering, kerdas, kacang botor,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan ulam-ulam, ulaman, gundik, perempuan simpanan.,


Puisi
 

Ulam temu di kebun Pak Akob,
     Halia tumbuh dalam dulang;
Mula bertemu macam tak cukup,
     Bila dah jemu tendang terajang.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Ada ulam hendaklah ada sambalnya.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada jarum hendaklah ada benangnya, b. Ada laut, ada perampok).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan "ulam" dalam ayat berikut sudah sesuai atau ada perkataan lain yang lebih tepat? "Kambing makan ulam"Lazimnya kambing makan daun bukannya ulam.Lain-lain17.06.2010
orang sunda suka makan ulam tolok. Tuan, tolok salah digunakan. apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk menggantikan tolok tqUntuk makluman, tidak ada perkataan ulam tolok dalam pangkalan data kami. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan tolok dan mempunyai beberapa maksud. Salah satu maksud tolok adalah seperti yang berikut: sejenis tumbuhan (pokok kecil yang buahnya boleh dimakan), gayam (Sunda).Makna19.09.2011
Saya ingin tahu asal usul & makna kalimah "tuan tanah kedaung". Apa sebenarnya "kedaung" itu? Pohon petai?Makna "kedaung" dalam Kamus Dewan ialah sejenis tumbuhan (pokok) yang boleh dibuat ulam dan ubat, atau disebut jua beka, bereksa, boli, gedayang, gedayung, tulur. Untuk mengetahui asal usul perkataan sila rujuk buku atau hasil kajian yang dibuat tentang tumbuhan tersebut.Makna21.06.2009
1) Adakah penggunaan perkataan jarang di bawah betul? -Ali risau kerana rambutnya sudah jarang. -Abu jarang pulang ke kampungnya semenjak dia muflis.(Mana satu penggunaan yang betul?jarang atau jarang-jarang?) 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan tatabahasa? Jika ada mengapa? - Ali makan nasi itu bersama ulam. - Josep memakai kasut itu ketat-ketat. - Kita mestilah sentiasa hormat akan orang tua-tua. - Kejadian banjir itu menyebabkan banyak harta bendanya musnah dan mengalami kerugian ribuan ringgit.Penggunaan perkataan "jarang" dalam ayat tersebut betul kerana jarang juga boleh membawa maksud jarang-jarang. Ayat tersebut diperbetulkan menjadi Ali makan nasi itu dengan ulam dan Kita mestilah sentiasa menghormati orang-orang tua.Tatabahasa25.07.2012

Kembali ke atas