Salam, Soalan: Mohon untuk semak adakah perkataan berikut merupakan singkatan: 1. AWAS = "Anda Waspada Anda Selamat" 2. TUMIS = "Tuang Minyak Sedikit" 3. SPENDER/SPENDA/SEPENDA = "Seluar Pendek Dalam" Info Tambahan: Baru-baru ini saya ada melihat beberapa video dari socmed (instagram ig:nadeemode & ig:addinsan) tentang perkataan gabungan .. dan dinyatakan AWAS & TUMIS ini juga merupakan singkatan. Terima kasih | Mengikut pangkalan data perkamusan DBP, kata awas, tumis dan spender/spenda/sependa bukanlah akronim atau singkatan. Namun, tidak dinafikan terdapat kata yang benar-benar dibentuk daripada gabungan kata seperti kugiran, pawagam, laser, MARA dan sebagainya. Kekreatifan masyarakat membolehkan semua kata diberikan padanan atau rangkaian kata yang membawa makna tertentu. | Makna | 18.07.2023 |
Sila merujuk kepada lampiran. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlmn. 158, salah satu makna perkataan “awas” ialah waspada dan berhati-hati semasa melakukan sesuatu. Tiada tercatat dalam kamus ini akronim bagi perkataan “awas” seperti yang dinyatakan. Oleh yang demikian, perkataan “awas” bukan merupakan akronim bagi "anda waspada anda selamat". | Tatabahasa | 27.01.2024 |
Ungkapan bahasa melayu yang sepadan dengan 'lower your guard/ let your guard down'. | Untuk makluman tuan, tiada ungkapan khusus yang boleh digunakan dalam ungkapan tersebut. Berdasarkan carian kami, ungkapan tersebut bermaksud berhenti berhati-hati/waspada dalam sesuatu hal. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.09.2018 |
Jawapan yang manakah Betul untuk soalan yang berikutnya: - 1) Lalu lintas di situ kembali ________ setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi a) tegang b) pantas c) surut d) pulih 2) Dia tidak dapat melupakan peristiwa yang lucu itu (Perkataan seerti dengan peristiwa) a) suasana b) kejadian c) cerita d) kisah 3) Puan Aida bimbang akan keselamatan anaknya yang tinggal bersendirian di rumah. a) khuatir b) yakin c) tenang d) waspada 4) Adakah struktur ayat ini betul ? Harga sekilo ikan ini berapa ? Sekian, Terima Kasih Ivy | 1) Lalu lintas di situ kembali pulih setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi 2) Dia tidak dapat melupakan peristiwa yang lucu itu - Perkataan seerti dengan peristiwa ialah kejadian 3) Puan Aida bimbang akan keselamatan anaknya yang tinggal bersendirian di rumah. a) khuatir b) yakin c) tenang d) waspada - soalan tidak jelas. 4) Harga sekilo ikan ini berapa? - struktur ayat ini betul. | Tatabahasa | 19.10.2010 |
ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT PEMBEKAL BUKU TEKS DI SEKOLAH Tuan, ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT PEMBEKAL BUKU TEKS DI SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan pada 20 Ogos 2025 Hari Rabu pada Jam 4:45 petang wakil syarikat (pekerja) pembekal buku telah menghantar buku di sekolah kami dan mendapati pekerja tersebut telah menunjukkan tingkah laku tingkah yang biadap pada masa tersebut. Pekerja tersebut telah meninggikan suara, mengeluarkan kata-kata kurang sopan, dan bersikap tidak profesional terhadap kakitangan pentdbiran di pejabat. 3. Sikap tersebut amat dikesali kerana menjejaskan suasana kerja serta menunjukkan imej syarikat pembekal yang dilantik oleh KPM. 4. Sehubungan itu, kami memohon pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja berkenaan serta memastikan syarikat pembekal dapat memberi perkhidmatan dengan penuh profesional. Sekian, terima kasih. | Salam tuan yang budiman, Semakan dan permohonan penjelasan daripada syarikat Badan Cemerlang Sdn. Bhd. telah dilaksanakan terhadap insiden yang berlaku di SK Putrajaya Presint 15 (1. Didapati bahawa syarikat tersebut merupakan syarikat pembekal bagi Kontrak Pembekalan BTSP BCS Pakej 8, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi buku Waspada Budaya Kita Tahun 1 (Buku Aktiviti). Kontrak ini adalah bagi buku penerbit luar antara Badan Cemerlang Sdn. Bhd. dengan KPM yang tiada kaitan dengan urusan buku BTSP BCS terbitan DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 21.08.2025 |
ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT PEMBEKAL BUKU TEKS DI SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan pada 20 Ogos 2025 Hari Rabu pada Jam 4:45 petang wakil syarikat (pekerja) pembekal buku telah menghantar buku di sekolah kami dan mendapati pekerja tersebut telah menunjukkan tingkah laku tingkah yang biadap pada masa tersebut. Pekerja tersebut telah meninggikan suara, mengeluarkan kata-kata kurang sopan, dan bersikap tidak profesional terhadap kakitangan pentdbiran di pejabat. 3. Sikap tersebut amat dikesali kerana menjejaskan suasana kerja serta menunjukkan imej syarikat pembekal yang dilantik oleh KPM. 4. Sehubungan itu, kami memohon pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja berkenaan serta memastikan syarikat pembekal dapat memberi perkhidmatan dengan penuh profesional. Sekian, terima kasih. | Salam tuan yang budiman, Semakan dan permohonan penjelasan daripada syarikat Badan Cemerlang Sdn. Bhd. telah dilaksanakan terhadap insiden yang berlaku di SK Putrajaya Presint 15 (1. Didapati bahawa syarikat tersebut merupakan syarikat pembekal bagi Kontrak Pembekalan BTSP BCS Pakej 8, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi buku Waspada Budaya Kita Tahun 1 (Buku Aktiviti). Kontrak ini adalah bagi buku penerbit luar antara Badan Cemerlang Sdn. Bhd. dengan KPM yang tiada kaitan dengan urusan buku BTSP BCS terbitan DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 21.08.2025 |
ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT PEMBEKAL BUKU TEKS DI SEKOLAH Tuan, ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT BADAN CEMERLANG SDN. BHD BUKU TEKS DI SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan pada 20 Ogos 2025 Hari Rabu pada Jam 4:45 petang wakil syarikat (pekerja) pembekal buku telah menghantar buku di sekolah kami dan mendapati pekerja tersebut telah menunjukkan tingkah laku tingkah yang biadap pada masa tersebut. Pekerja tersebut telah meninggikan suara, mengeluarkan kata-kata kurang sopan, dan bersikap tidak profesional terhadap kakitangan pentdbiran di pejabat. 3. Sikap tersebut amat dikesali kerana menjejaskan suasana kerja serta menunjukkan imej syarikat pembekal yang dilantik oleh KPM. 4. Sehubungan itu, kami memohon pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja berkenaan serta memastikan syarikat pembekal dapat memberi perkhidmatan dengan penuh profesional. Sekian, terima kasih. | Salam tuan yang budiman, Semakan dan permohonan penjelasan daripada syarikat Badan Cemerlang Sdn. Bhd. telah dilaksanakan terhadap insiden yang berlaku di SK Putrajaya Presint 15 (1. Didapati bahawa syarikat tersebut merupakan syarikat pembekal bagi Kontrak Pembekalan BTSP BCS Pakej 8, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi buku Waspada Budaya Kita Tahun 1 (Buku Aktiviti). Kontrak ini adalah bagi buku penerbit luar antara Badan Cemerlang Sdn. Bhd. dengan KPM yang tiada kaitan dengan urusan buku BTSP BCS terbitan DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 21.08.2025 |