Dalam permainan dalam talian, terdapat 5 jenis watak yang mempunyai tugasan2 berbeza. Attacker(Watak menyerang), Tank(Watak pertahanan,selalunya berperisai dan bernyawa tinggi, selalu dijadikan korban untuk membantu pasukan), Support(watak membantu dari pelbagai segi), Healer(watak memberi pemulihan nyawa), Magic(watak yang menggunakan sihir2). Apakah terjemahan sesuai bagi setiap tugasan itu? Buat masa sekarang saya menggunakan 1) Attacker (penyerang) 2) Tank (Pertahanan), 3) Support (Penyokong), 4) Healer (Pemulih), 5) Magic (Penyihir/ahli sihir) Mohon cadangan. | Cadangan terjemahan yang dikemukakan boleh digunakan kecuali perkataan pertahanan. Perkataan yang lebih sesuai ialah perisai. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.11.2018 |
APAKAH DEFINISI BAGI DIALOG DALAM TULISAN, DIALOG RASMI, DIALOG TIDAK RASMI, DIALOG BAKU DAN DIALOG KOLOKIAL | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dialog bermaksud: 1. kata-kata yg dituturkan oleh watak-watak dlm drama atau fiksyen: pengucapan ~ sesetengah pelakonnya masih lemah; 2. karya sastera dlm bentuk perbualan; 3. perbincangan atau perundingan antara dua pihak yg bertelingkah kepentingannya: satu majlis ~ diadakan antara penduduk kampung dgn wakil rakyat mereka; kami mengadakan ~ dgn pengusaha hotel, pemandu-pemandu teksi, malah tuan-tuan punya kedai emas juga; berdialog mengadakan dialog, bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu isu secara terbuka: mereka ~ dgn wakil-wakil dr Kementerian Perdagangan mengenai masalah harga minyak petrol. Dalam konteks soalan yang dikemukakan, dialog dalam tulisan bermaksud tulisan yang berkaitan dengan perbualan atau percakapan yang ditulis dalam skrip, novel dan cerpen. Dialog rasmi ialah perbincangan atau perundingan rasmi antara dua pihak yang berkisar hal-hal rasmi. Dialog tidak rasmi: perbincangan atau perundingan tidak rasmi yang berkisar pada perkara-perkara tidak rasmi seperti perbualan di warung, kedai kopi dll. Dialog baku: perbualan atau percakapan yang menggunakan sebutan yang betul mengikut sistem tatabahasa yang betul. Dialog kolokial: perbualan/percakapan yang menggunakan laras bahasa basahan/bahasa pasar/slanga/bahasa daerah. | Tatabahasa | 28.09.2010 |
1.perwatakan watak dalam novel dapat kita gambarkan melalui perbuatan dan penuturan watak tersebut. (munsyi, adakah penuturan atau pertuturan sesuai digunakan? TK) | Perkataan yang sesuai ialah pertuturan. | Tatabahasa | 24.06.2013 |
khidmat nasihat sastera kanak-kanak dan remaja : 1)peringkat umur yang sebenar buku bacaan sastera kanak-kanak dan remaja di malaysia 2) maksud plot dan sudut pandangan sastera kanak-kanak dan remaja | Soalan 1: Peringkat umur sebenar buku bacaan kanak-kanak bergantung pada bentuk atau genre buku. Buku bergambar/buku konsep (0-3 tahun); buku cerita bergambar (5-9 tahun). Buku berilustrasi: novel(10-12 tahun);kumpulan cerpen (7-9;10-12 tahun);kumpulan puisi (7-9;10-12 tahun). Peringkat umur remaja awal (13-15 tahun); remaja pertengahan (16-18 tahun); remaja akhir (19-21 tahun)- untul pelbagai bentuk penerbitan buku seperti novel, puisi, cerpen dan genre lain. Soalan 2: Plot ialah rentetan peristiwa atau jalinan cerita yang direka oleh pengarang berdasarkan sebab dan akibat sesuatu peristiwa dalam cerita itu berlaku. Peristiwa dijalin dengan melibatkan pertikaian atau konflik yang di akhir cerita menemukan peleraiannya. Plot untuk cerita kanak-kanak sesuai disusun pengarang secara kronologi;berurutan peristiwanya dari awal hingga ke akhir cerita. Pengarang tidak perlu mencampuradukkan plot dengan imbas kembali, imbas muka sehingga menyukarkan pemahaman kanak-kanak. Plot cerita kanak-kanak terbina daripada urutan peristiwa yang bermula dengan pengenalan cerita, dikembangkan dalam pertengahan cerita dan diakhiri dengan peleraian cerita. Sudut Pandangan-pencerita sebagai sudut pandangan orang pertama ditandai dengan cerita yang menggunakan kata ganti nama pertama, watak aku atau saya, dan mungkin juga cerita menggunakan ganti nama kami. Teknik ini lebih mudah dan sesuai untuk penulis baru. Teknik ini membenarkan pengarang bertindak sebagai pencerita utama watak atau watak sampingan yang bercerita tentang watak utama. Sudut pandangan orang ketiga ditandai dengan penggunaan kata ganti nama orang ketiga, iaitu dia, atau memakai nama watak dalam cerita. Sudut pandangan orang ketiga beerti anda sebagai pengarang yang mempamerkan apa-apa yang dilihat dan dilakukan oleh watak-watak, malah berusaha menyelami setiap sudut perasaan watak. Hingga pembaca boleh mengetahui setiap yang difikirkan dan dirasakan oleh watak-watak dalam cerita. | Lain-lain | 02.05.2014 |
Salam, bagaimanakah kita membezakan penggunaan "mengatakan" dan "mengatakan bahawa" ? Adakah kedua-dua boleh digunakan, ialah perkataan "bahawa" telah digugurkan? contoh: (ayat bukan bersifat dialog) 1. Bab satu mengatakan bahawa latar belakang watak utama. / Bab satu mengatakan latar belakang watak utama. 2. Selepas mendengar hal ini, saya dapat mengatakan / mengatakan bahawa kamu sudah naik berang. 3. Jika kamu mengatakan / mengatakan bahawa kamu memerlukan keluarga, itu hanya bermaksud kamu ingin sekali untuk berkahwin. | Perkataan mengatakan membawa maksud memberitahukan atau menceritakan yang lazimnya digabungkan dengan kata bahawa dalam ayat pancangan komplemen, seperti ayat Dia mengatakan bahawa dia akan berangkat besok. Perkataan mengatakan juga boleh membawa maksud menyifatkan atau memisalkan, seperti dalam ayat Ali mengatakan Ahmad sebagai kambing kerana dia takut mandi. Ayat yang betul: 1. Bab satu mengatakan latar belakang watak utama; Selepas mendengar hal ini, saya dapat mengatakan bahawa kamu sudah naik berang; dan 3. Jika kamu mengatakan bahawa kamu memerlukan keluarga, itu hanya bermaksud kamu ingin sekali untuk berkahwin. | Tatabahasa | 10.11.2014 |
bagaimana kaedah penulisan sesuatu skrip dilaksanakan?sama ada dalam bentuk dialog, karangan atau selain itu? | Ada beberapa kaedah dalam penulisan skrip drama pentas. Lazimnya ada dua cara, iaitu 1. Nama watak : dialog Contoh: Amin: Kita harus berjuang hingga titisan darah yang terakhir. 2. Nama watak: dialog Contoh: Amin: Kita harus berjuang hingga titisan darah yang terakhir. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 24.08.2009 |
tuan 1. para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas.(kesalahan diketengahkan, tetapi saya merujuk kamus dewan, diketengahkan bermaksud membawa ke tengah: ~ perahu, mengapa salah pula?) 2.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. (tuan, apakah perbezaan antara soalan 2 dengan 3, bagaimanakah saya terangkan kepada pelajar soalan 2 adalah salah dan soaaln 3 adalah betul.) terima kasih tuan | 1. Para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas. - ayat ini betul, diketengahkan dalam ayat ini bermaksud ditampilkan ke hadapan atau ditonjolkan (bukan dibawa ke tengah). 2. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. Kedua-dua ayat ini betul kerana menyerikan bermaksud menyemarakkan majlis, manakala berserilah bermaksud bersemaraklah majlis. | Tatabahasa | 31.03.2011 |
Ulasan tentang sinopsis novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnom Ahmad. Ulasan Tentang watak Jeha dan Lahuma dalam novel tersebut | Sdr. yang bertanya, 1. Sinopsis ringkas novel tersebut ialah novel Ranjau Sepanjang Jalan mengisahkan kemiskinan keluarga petani di Banggul Derdap, Sik, Kedah yang diwakili oleh Lahuma bersama isterinya, Jeha dan anak-anaknya. bagi Lahuma dan keluarganya "mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah SWT. Itulah pegangan hidup Lahuma dan keluarganya. Lahuma sekeluarga terpaksa berhempas pulas bekerja di tengah bendang dengan melawan segala bencara yang merosakkan tanaman padi mereka. kematian Lahuma menambahkan lagi penderitaan Jeha dan anak-kanaknya untuk menyelamatkan padi mereka daripada bencana alam, sehingga Jeha menjadi gila. Tugas tersebut terpaksa ditanggung pula oleh anak mereka, Senah dan adik-adiknya. 2. Secara umumnya watak lahuma dan Jeha digambarkan mempunyai semangat waja sebagai mewakili masyarakat kaum tani yang bergitu gigih berusaha dengan jerih payah. Apa saja dugaan yang melanda mereka tetap mengharungi dengan segala usaha yang ada. bagi petani seperti mereka, hidup mati mereka semuanya bergantung kepada hasil padi. Pengangan hidup mekera apa saja kurniaan Allah, "Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah SW" mereka tetap terima dengan tabah dan rasa syukur. sekian sahaja jawapan ringkas dari saya. saudara boleh mendapatkan kefahaman yang lebih lanjut dengan membaca esei-esei dan kritikan berkaitan novel tersebut daripada buku-buku terbitan DBP.
| Sastera | 14.03.2012 |
salam..saya pelajar dari Kolej Mara Banting..saya perlu menyiapkan tugasan World Literature..saya telah memilih novel Lagak Wasangka dan Okonkwo bagi tugasan tersebut..tajuk yang saya ketengahkan ialah tindakan watak utama lelaki dalam menimbulkan unsur dramatik terhadap pembaca..sebagai pendahuluan..saya memerlukan definisi unsur dramatik yang digunakan dalam novel dan juga definisi tindakan berdasarkan pandangan para sarjana..saya harap pihak tuan dapat memberi bantuan kepada saya..sekian terima kasih.. | Dramatik adalah suatu unsur dalam PLOT. Dalam Kamus Dewan edisi ke-4, dramatik bermaksud 1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menimbulkan kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb). Berdasarkan definisi tersebut, maksud kedua adalah berkaitan untuk menghuraikan tentang unsur dramtik yang terdapat dalam dua buah novel yang ingin saudari kaji. Saudari bolehlah melihat perkara-kara yang mengugah jiwa atau dengan kata lain tindakan-tindakan watak utama sama ada dalam dialognya atau pun tindakannya kepada watak lain. Berkaitan dengan definisi tindakan watak oleh para sarjana sastera pula, tidak terdapat suatu pun pandangan konkrit tentang tindakan watak dalam sesebuah karya. Jika ada pun pandangan para sarjana adalah apabila mereka menyentuh sesebuah karya berdasarkan pendekatan Psikoanalisis. Dalam pendekatan tersebut, Sigmund Freud telah menghuraikan tingkah laku manusia (tindakan) berdasarkan id, ego dan superego. Berkaitan dengan pendekatan Psikoanalisi ini mungkin saudari boleh merujuk maklumat-maklumat yang terdapat di laman internet di bawah entri Sigmund Freud. | Lain-lain | 14.06.2010 |
1. PENGERTIAN/MAKNA ALEGORI. 2. LIMA ATAU LEBIH CONTOH ALEGORI DALAM SEJARAH MELAYU VERSI SHELLABEAR SERTA MAKSUD ALEGORI TERSEBUT. 3. SENARAI NAMA BUKU YANG ADA MENGHURAIKAN TENTANG ALEGORI. | Alegori ialah sesuatu karya (cerita, puisi,dll) yang menggunakan watak, peristiwa dan lain-lain sebagai lambang untuk menerangkan (menyampaikan) sesuatu dengan lebih mendalam. Contoh, cerita dalam kitab Mantiq al- Tair. | Makna | 21.02.2008 |