Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
watak (kata nama)
1. Bersinonim dengan sifat: perangai, kelakuan, tingkah laku, budi pekerti, moral, akhlak, tabiat, khalikah, pembawaan, tanjak,

2. Bersinonim dengan tokoh: pelaku

Kata Terbitan : perwatakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualikum dan salam sejahtera. Soalan saya, adakah penggunaan frasa "jalan cerita" dalam ayat ini sesuai untuk kajian sastera? Ayatnya adalah 'Kepentingan watak sampingan dalam perkembangan jalan cerita'. Terima kasih.Frasa "Jalan Cerita" boleh digunakan.Tatabahasa17.10.2013
khidmat nasihat sastera kanak-kanak dan remaja : 1)peringkat umur yang sebenar buku bacaan sastera kanak-kanak dan remaja di malaysia 2) maksud plot dan sudut pandangan sastera kanak-kanak dan remajaSoalan 1: Peringkat umur sebenar buku bacaan kanak-kanak bergantung pada bentuk atau genre buku. Buku bergambar/buku konsep (0-3 tahun); buku cerita bergambar (5-9 tahun). Buku berilustrasi: novel(10-12 tahun);kumpulan cerpen (7-9;10-12 tahun);kumpulan puisi (7-9;10-12 tahun). Peringkat umur remaja awal (13-15 tahun); remaja pertengahan (16-18 tahun); remaja akhir (19-21 tahun)- untul pelbagai bentuk penerbitan buku seperti novel, puisi, cerpen dan genre lain.
Soalan 2: Plot ialah rentetan peristiwa atau jalinan cerita yang direka oleh pengarang berdasarkan sebab dan akibat sesuatu peristiwa dalam cerita itu berlaku. Peristiwa dijalin dengan melibatkan pertikaian atau konflik yang di akhir cerita menemukan peleraiannya. Plot untuk cerita kanak-kanak sesuai disusun pengarang secara kronologi;berurutan peristiwanya dari awal hingga ke akhir cerita. Pengarang tidak perlu mencampuradukkan plot dengan imbas kembali, imbas muka sehingga menyukarkan pemahaman kanak-kanak. Plot cerita kanak-kanak terbina daripada urutan peristiwa yang bermula dengan pengenalan cerita, dikembangkan dalam pertengahan cerita dan diakhiri dengan peleraian cerita.
Sudut Pandangan-pencerita sebagai sudut pandangan orang pertama ditandai dengan cerita yang menggunakan kata ganti nama pertama, watak aku atau saya, dan mungkin juga cerita menggunakan ganti nama kami. Teknik ini lebih mudah dan sesuai untuk penulis baru. Teknik ini membenarkan pengarang bertindak sebagai pencerita utama watak atau watak sampingan yang bercerita tentang watak utama. Sudut pandangan orang ketiga ditandai dengan penggunaan kata ganti nama orang ketiga, iaitu dia, atau memakai nama watak dalam cerita. Sudut pandangan orang ketiga beerti anda sebagai pengarang yang mempamerkan apa-apa yang dilihat dan dilakukan oleh watak-watak, malah berusaha menyelami setiap sudut perasaan watak. Hingga pembaca boleh mengetahui setiap yang difikirkan dan dirasakan oleh watak-watak dalam cerita.
Lain-lain02.05.2014
Apakah perbezaan maksud perkataan kesan dengan pengaruh?Menurut Kamus Dewan Edisi Kempat, kesan mempunyai pelbagai maksud, yang salah satu daripadanya bermaksud pengaruh (pada pemikiran, sikap, watak, dsb) yang timbul akibat daripada menyaksikan (mendengar atau membaca) sesuatu, efek: ~nya terlalu buruk, manusia tidak mempunyai kepercayaan lagi terhadap diri sendiri; puisi dapat memberikan ~ yang mendalam kepada pembaca; ~ balas kegiatan (perbuatan dll) yang timbul kerana didorong oleh sesuatu perbuatan (peristiwa) lain, reaksi, tindak balas; ~ gelombang bekas (jejak) gelombang; ~-~ kilat kesan-kesan sepintas lalu; ~ sampingan kesan yang turut timbul selain daripada kesan utama yang dikehendaki atau yang telah dijangkakan.

Pengaruh pula bermaksud kuasa yang terbit daripada orang (benda dll) atas orang (benda dll) lain, kekuatan batin (ghaib dll) yang meninggalkan kesan kepada orang (lain) dll:
ia masih memikirkan tentang ~ wang kepada seluruh manusia dan seluruh dunia.

 

Makna03.04.2017

Kembali ke atas