Saya sedang membuat terjemahan buku cerita Bahasa Inggeris bertajuk Peter Pan. Watak-watak utama dalam cerita ini bernama Wendy, John dan Michael. Perkataan dalam buku cerita terjemahan ini dibatangkan mengikut suku kata. Soalan saya, bolehkah saya batangkan suku kata bagi nama-nama Inggeris. Misalnya, Wendy menjadi Wen.dy, Michael pula menjadi Mi.chael). Atau saya tidak perlu batangkan suku kata bagi kata nama khas berbahasa Inggeris. | Tidak perlu diasingkankan suku kata bagi kata nama khas berbahasa Inggeris. | Lain-lain | 20.12.2018 |
Hilmi merupakan watak utama dalam novel Konserto Terakhir. Judul novel dalam ayat di atas perlu ditulis dengan pengikat kata atau tulisan dimiringkan? | Hilmi merupakan watak utama dalam novel Konserto Terakhir. Tajuk buku ditulis condong. | Ejaan | 13.06.2012 |
Contoh bagaimana untuk menulis tentang watak protagonis dalam novel Lamunan Puitis? | Watak protagonis ialah watak utama dalam sesuatu cerita, drama; penyokong terkemuka sesuatu perjuangan, pergerakan dan sebagainya. Novel Lamunan Puitis mempunyai trilogi yakni mengandungi tiga novel dalam satu buku. Kisah pertama bertajuk "Sebuah Mimpi Hari Tua" mengisahkan sebuah keluarga yang teringat akan orang tua di kampung. Mengenang kembali akan sawah yang sudah tidak diusahakan lagi. Novel kedua bertajuk "Titipan" mengisahkan tentang kenangan watak utama dengan ibunya. Novel yang terakhir bertajuk "Embun". Mengisahkan tentang watak dan sifat embun dan kaitannya dengan sifat hujan. Kisah embun yang mencari jati diri dan cuba memisahkan diri dari 'jemaah hujan'. Saudara boleh menceritakan watak utama dalam ketiga-tiga novel tersebut berdasarkan perwatakan yang dibawa oleh watak utama. Watak atau sifat (seseorang) yang zahir dan batin (merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dsb): yang ditunjukkan oleh watak protagonis. Saudara juga boleh menghubungi Bahagian Penyelidikan Sastera DBP untuk lebih lanjut melalui e-mel iaitu hanafi@dbp.gov.my selain membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, buku rujukan dan lain-lain. | Sastera | 26.02.2013 |
Salam, bagaimanakah kita membezakan penggunaan "mengatakan" dan "mengatakan bahawa" ? Adakah kedua-dua boleh digunakan, ialah perkataan "bahawa" telah digugurkan? contoh: (ayat bukan bersifat dialog) 1. Bab satu mengatakan bahawa latar belakang watak utama. / Bab satu mengatakan latar belakang watak utama. 2. Selepas mendengar hal ini, saya dapat mengatakan / mengatakan bahawa kamu sudah naik berang. 3. Jika kamu mengatakan / mengatakan bahawa kamu memerlukan keluarga, itu hanya bermaksud kamu ingin sekali untuk berkahwin. | Perkataan mengatakan membawa maksud memberitahukan atau menceritakan yang lazimnya digabungkan dengan kata bahawa dalam ayat pancangan komplemen, seperti ayat Dia mengatakan bahawa dia akan berangkat besok. Perkataan mengatakan juga boleh membawa maksud menyifatkan atau memisalkan, seperti dalam ayat Ali mengatakan Ahmad sebagai kambing kerana dia takut mandi. Ayat yang betul: 1. Bab satu mengatakan latar belakang watak utama; Selepas mendengar hal ini, saya dapat mengatakan bahawa kamu sudah naik berang; dan 3. Jika kamu mengatakan bahawa kamu memerlukan keluarga, itu hanya bermaksud kamu ingin sekali untuk berkahwin. | Tatabahasa | 10.11.2014 |
Selamat petang. Mohon pencerahan tentang watak utama novel komsas tingkatan 2. Bertajuk Darah Titik Di Semantan hasil karya Arman Sani. Terima kasih. | Untuk makluman, DBP hanya menyediakan bahan bacaan. Sehubungan dengan itu, mohon rujuk kepada guru atau panitia di sekolah yang terlibat. | Karya | 01.02.2017 |
Salam hormat, Bolehkah saya tahu tentang peranan Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik? Terima kasih. | Saudara, Watak Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik adalah watak pembantu yang taat setia kepada wira dan wirawati. Biasanya watak-watak ini terdiri dari kalangan rakyat biasa yang menjadi pembantu, pengasuh atau pengiring kepada watak utama sama ada pada watak wira atau watak wirawati yang menjadi pembantu dalam tindak-takduk watak utama. watak-watak ini boleh ditemukan dalam cerita-cerita hikayat, contohnya Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Hikayat Malim Deman. Dalam Hikayat Malim Deman Bujang Selamat adalah pembantu kepada wira iaitu Malim Deman. Peranan Bujang Selamat sebagai pengasuh, pengiring Malim Deman ke mana saja Malim Deman pergi, serta menumpukan taat setia kepada tuannya. Manakala Si kembang Cina pula merupakan pengasuh perempuan kepada Malim Deman dan orang suruhan yang biasanya memiliki rupa paras yang memikat, pandai memujuk dan taat kepada tuannya. Sekian, terima kasih. | Sastera | 15.09.2011 |
salam..saya pelajar dari Kolej Mara Banting..saya perlu menyiapkan tugasan World Literature..saya telah memilih novel Lagak Wasangka dan Okonkwo bagi tugasan tersebut..tajuk yang saya ketengahkan ialah tindakan watak utama lelaki dalam menimbulkan unsur dramatik terhadap pembaca..sebagai pendahuluan..saya memerlukan definisi unsur dramatik yang digunakan dalam novel dan juga definisi tindakan berdasarkan pandangan para sarjana..saya harap pihak tuan dapat memberi bantuan kepada saya..sekian terima kasih.. | Dramatik adalah suatu unsur dalam PLOT. Dalam Kamus Dewan edisi ke-4, dramatik bermaksud 1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menimbulkan kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb). Berdasarkan definisi tersebut, maksud kedua adalah berkaitan untuk menghuraikan tentang unsur dramtik yang terdapat dalam dua buah novel yang ingin saudari kaji. Saudari bolehlah melihat perkara-kara yang mengugah jiwa atau dengan kata lain tindakan-tindakan watak utama sama ada dalam dialognya atau pun tindakannya kepada watak lain. Berkaitan dengan definisi tindakan watak oleh para sarjana sastera pula, tidak terdapat suatu pun pandangan konkrit tentang tindakan watak dalam sesebuah karya. Jika ada pun pandangan para sarjana adalah apabila mereka menyentuh sesebuah karya berdasarkan pendekatan Psikoanalisis. Dalam pendekatan tersebut, Sigmund Freud telah menghuraikan tingkah laku manusia (tindakan) berdasarkan id, ego dan superego. Berkaitan dengan pendekatan Psikoanalisi ini mungkin saudari boleh merujuk maklumat-maklumat yang terdapat di laman internet di bawah entri Sigmund Freud. | Lain-lain | 14.06.2010 |
Adzlina Ibrahim Oct 9th, 11:06am Selamat Pagi, Saya Adzlina Ibrahim Penerbit Rancangan "DI MANASILAPNYA" terbitan NASIONALfm (salah satu station radio RTM). Dengan hormatnya memaklumkan pihak tuan berkaitan penerbitan rancangan Sketsa bahasa. Rancangan tersebut memberi fokus kepada pembetulan kesalahan dalam penggunaan perkataan. Program ini melibatkan hanya melibatkan 2 watak utama. Masa dan tarikh siaran adalah dari hari isnin hingga jumaat pukul 10.30pagi dan ulangan 2.30petang. untuk melaksanakan hasrat ini, saya memerlukan pakar bahasa bagi menghasilkan skrip rancangan ini. Untuk makluman pihak tuan juga, pada waktu ini saya menggunakan hikmat Proff. Teong Kok Seong dan Datuk Rahman Shaari. Dalam usaha untuk mendapatkan kelainan hasil karya, kami berbesar hati mengundang penulis lain dari Dewan Dahasa dan Pustaka untuk menghasilkan karya skrip bagi Sketsa Bahasa "DI MANA SILAPNYA". Kerjasama pihak tuan dalam merialisasikan Penerbitan Program ini amat saya hargai dan sanjung tinggi. | Terima kasih atas pelawaan yang diberikan dan kami amat mengalu-alukannya. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi saya melalui e-mel ghanig@dbp.gov.my atau talian telefon 03-21479109. Terima kasih. | Lain-lain | 09.10.2014 |
salam, saya ingin bertanya.apakah dimaksudkan sastera panji?,apakah ciri-ciri sastera panji? dan apakah funsi sesebuah sastera panji? kedua apakah buku yang sesuai untuk saya membuat rujukan bagi menkaji sastera panji. terima kasih | Panji adalah kata dalam bahasa Jawa Kuno yang digunakan sebagai gelaran bagi golongan bangsawan. Kemudian kata ini diberikan kepada anak raja yang menjadi watak utama dalam cerita-cerita panji. Ciri-ciri umum cerita panji ialah 1. plot yang yang sama dalam setiap cerita panji. 2. Tema pengembaraan panji untuk mencari kekasihnya 3. Unsur penyamaran dan lain-lain. Antara cerita panji yang terkenal ialah Hikayat Panji Semirang, Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma, Hikayat Chekil Waneng Pati, Hikayat Misa Perabu Jaya, Cerita Damar Wulan dan lain-lain. Untuk merujuk lebih maklumat tentang Sastera Panji, saudara boleh dapatkan buku Kesusasteraan Melayu Tradisional yang diterbitkan oleh DBP. Sekian, terima kasih. Bahasa Jiwa Bangsa. | Lain-lain | 12.08.2009 |
khidmat nasihat sastera kanak-kanak dan remaja : 1)peringkat umur yang sebenar buku bacaan sastera kanak-kanak dan remaja di malaysia 2) maksud plot dan sudut pandangan sastera kanak-kanak dan remaja | Soalan 1: Peringkat umur sebenar buku bacaan kanak-kanak bergantung pada bentuk atau genre buku. Buku bergambar/buku konsep (0-3 tahun); buku cerita bergambar (5-9 tahun). Buku berilustrasi: novel(10-12 tahun);kumpulan cerpen (7-9;10-12 tahun);kumpulan puisi (7-9;10-12 tahun). Peringkat umur remaja awal (13-15 tahun); remaja pertengahan (16-18 tahun); remaja akhir (19-21 tahun)- untul pelbagai bentuk penerbitan buku seperti novel, puisi, cerpen dan genre lain. Soalan 2: Plot ialah rentetan peristiwa atau jalinan cerita yang direka oleh pengarang berdasarkan sebab dan akibat sesuatu peristiwa dalam cerita itu berlaku. Peristiwa dijalin dengan melibatkan pertikaian atau konflik yang di akhir cerita menemukan peleraiannya. Plot untuk cerita kanak-kanak sesuai disusun pengarang secara kronologi;berurutan peristiwanya dari awal hingga ke akhir cerita. Pengarang tidak perlu mencampuradukkan plot dengan imbas kembali, imbas muka sehingga menyukarkan pemahaman kanak-kanak. Plot cerita kanak-kanak terbina daripada urutan peristiwa yang bermula dengan pengenalan cerita, dikembangkan dalam pertengahan cerita dan diakhiri dengan peleraian cerita. Sudut Pandangan-pencerita sebagai sudut pandangan orang pertama ditandai dengan cerita yang menggunakan kata ganti nama pertama, watak aku atau saya, dan mungkin juga cerita menggunakan ganti nama kami. Teknik ini lebih mudah dan sesuai untuk penulis baru. Teknik ini membenarkan pengarang bertindak sebagai pencerita utama watak atau watak sampingan yang bercerita tentang watak utama. Sudut pandangan orang ketiga ditandai dengan penggunaan kata ganti nama orang ketiga, iaitu dia, atau memakai nama watak dalam cerita. Sudut pandangan orang ketiga beerti anda sebagai pengarang yang mempamerkan apa-apa yang dilihat dan dilakukan oleh watak-watak, malah berusaha menyelami setiap sudut perasaan watak. Hingga pembaca boleh mengetahui setiap yang difikirkan dan dirasakan oleh watak-watak dalam cerita. | Lain-lain | 02.05.2014 |