apakah perkataan seerti degan perkataan ziarah? 'mata besi yang tajam untuk melukai atau meusuk diri',perkataan yang dimaksudka sebegitu adakah 'jarum'? 'perbahasa dengan rencana atautulisan dalam akhbar',apakah perkataan yang sesuai dengan maksud sebegitu? | Ziarah sama erti dengan lawatan, kunjungan. Jarum bermaksud 1. keluli halus yang tajam hujungnya dan pangkalnya berlubang(tempat memasukkan benang) untuk menjahit. 2. benda tajam dan panjang yang menyerupai jarum jahit (untuk mencucuk, menyuntik, menunjuk waktu pada jam). Makalah bermaksud rencana atau artikel tentang sesuatu perkara, biasanya yang disiarkan dalam majalah, surat khabar, dll. | Lain-lain | 20.03.2008 |
Semua rakyat Malaysia diseru supaya ziarah-menziarahi pada musim perayaan. Adakah soalan ini betul? | Ayat tersebut kurang jelas. Perkataan "supaya" dalam ayat hendaklah menerangkan maksud ayat sebelumnya. Ayat tersebut sepatutnya, "Semua rakyat Malaysia digalakkan ziarah-menziarahi untuk memupuk tali persaudaraan yang berpanjangan". | Tatabahasa | 01.03.2010 |
salam sejahtera, adakah pihak DBP mempunyai aktiviti atau program yang memerlukan penglibatan seperti guru. contohnya ziarah bahasa atau sebagainya. adakah pihak DBP memerlukan sukarelawan? jika ada bagaimana untuk mendaftar kerana saya berminat | salam puan budiman, Sukarelawan DBP Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak puan kerana berminat untuk menjadi sukarelawan DBP. Untuk makluman puan, pada masa ini, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka belum memerlukan perkhidmatan sukarelawan. Walau bagaimanapun, pihak kami mungkin memerlukan bantuan tersebut untuk penganjuran aktiviti/program pada masa akan datang. Oleh itu, mohon kerjasama pihak puan untuk memberikan maklumat seperti di bawah, bagi tujuan dokumentasi: Nama: Alamat: pekerjaan: No. telefon: Alamat E-mel: Atas keprihatinan dan kerjasama daripada pihak puan amat dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. | Lain-lain | 19.02.2020 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Bapa tertarik pada kereta yang canggih itu. 2. Kehidupannya sangat tertib. 3. Adunan ini saya uli untuk membuat piza. 4. Beliau memperoleh undi majoriti. 5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka. 6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja. 7. Negara kita terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. 8. Dia minum air dengan banyak kerana kehausan. Terima kasih. | Ayat contoh yang diberikan betul, kecuali: 5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka. 6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja. Ayat yang gramatis ialah Warga syarikat itu tekun belaka dan Kami sempat melawat ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja.
| Tatabahasa | 01.10.2012 |