potongan | 1. bahagian-bahagian kecil atau pendek yg didapati setelah memotong sesuatu yg (lebih) besar atau panjang, keratan, penggalan; 2. cara memotong baju (seluar dll), guntingan: ~ baju; 3. bentuk (muka, rumah dll): ~ badan; ~ muka; ~ rumah; 4. pengurangan gaji (harga dll): ~ gaji; 5. kependekan kata (nama dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cabang I | 1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan pengetahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; bercabang 1. mempunyai cabang, tumbuh cabangnya: pokok pinang memang tidak ~;2. berpecah kpd bahagian (kumpulan dsb) kecil: jalan itu ~ tiga; satu kumpulan ~ ke haluan lain utk memulakan kajian perbandingan; 3. berbelah bahagi (fikiran, ingatan, dsb): ~ hatinya (fikirannya, ingatannya); lidah ~ tiada boleh dipercayai apa katanya; bercabang-cabang, cabang-bercabang 1. tumbuh banyak cabang; 2. berpecah kpd banyak bahagian kecil; 3. berdolak-dalik: membuat kenyataan yg ~; mencabangkan (bkn pokok) menjadikan bercabang atau tumbuh cabangnya dgn melekapkan benih pd pohon atau mencantum; mempercabangkan menjadikan bercabang(-cabang); percabangan 1. perihal bercabang atau tumbuh cabangnya; 2. tempat yg bercabang (jalan, sungai, dsb), persimpangan: ~ jalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
butir I | 1. biji yg kecil-kecil: ~ padi; ~ beras; 2. benda yg kecil-kecil (spt intan dll); 3. penjodoh bilangan utk barang-barang kecil yg bulat: se~ telur; dua ~ peluru; 4. bahagian kecil-kecil drpd sesuatu (benda, perkara, dll): dia spt mata-mata gelap yg hendak mengetahui ~-~ keterangan tentang diri seseorang; ~ debit (Eko) perkara yg ditulis dlm ruang kiri kira-kira perniagaan; ~ kredit (Eko) perkara yg ditulis dlm ruang kanan kira-kira perniagaan; ~ tanah bongkah tanah yg kecil-kecil; berbutir berbentuk atau berupa butir (biji kecil-kecil): taburkan racun ~ itu sama rata ke atas pokok atau di sekeliling pangkal pokok; tiada ~ Kl tidak terang;berbutir-butir 1. berupa atau berbentuk banyak butir: sagu rendang yg ~; 2. beberapa banyak butir: dia memberikan ~ emas itu kpd orang lain;membutirkan 1. menyatakan dgn butir-butir, menceritakan dgn teliti: Encik Ramli ~ sebiji-sebiji pendapatnya; 2. ki menghasilkan: empat pemain wanita turut dipilih dgn harapan dapat ~ satu lagi pingat utk negara; ujian itu ~ pulangan yg agak lumayan;butiran huraian atau keterangan lengkap tentang sesuatu dgn menyatakan hal yg kecil, perincian: setiap aduan perlulah ada ~ fakta utk memudahkan kerja penyiasatan itu; mereka memberikan pelbagai ~ selain tayangan video tentangan perancangan projek berkenaan;pembutiran perihal memberi (menyebut) segala butir (tentang sesuatu keterangan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
adegan | bahagian kecil sesuatu babak (drama) yg bermula dgn tampilnya seorang pelakon baru. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
adegan | bahagian kecil sesuatu babak (drama) yg bermula dgn tampilnya seorang pelakon baru. | Kamus Pelajar |
subseksyen | (subséksyen) bahagian kecil drpd seksyen (dlm undang-undang dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cabang tenggorok | bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak telinga | bahagian kecil di depan daun telinga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak lidah | bahagian kecil di belakang lidah (dlm kerongkongan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cebisan(fragment) | Bahagian kecil yang tercerai daripada atur cara, rutin, dokumen, atau fail. | Kamus Komputer |