Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kua/] | کواق

Definisi : bunyi spt bunyi katak atau bunyi kerbau; katak ~ sj katak besar; berkuak berbunyi kuak; berkuak-kuak mengeluarkan bunyi kuak atau berbunyi kuak berulang kali: jelas kedengaran katak ~ di tepi kolam itu; menguak mengeluarkan bunyi kuak atau berbunyi kuak: kambing mengembek, kerbau~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua/] | کواق

Definisi : gerakan menolak air dgn tangan semasa berenang; ~ dada gaya renang dgn dada menghadap ke air, tangan bergerak dlm bentuk bulatan dan kaki menendang spt katak; ~ kupu-kupu gaya renang dgn kedua-dua tangan mencecah air pd posisi siku yg tinggi sambil menarik air serentak, manakala kaki membuat tendang duyung; ~ lentang gaya renang dgn kedudukan badan terlentang, dgn tangan diangkat dr sisi badan, lurus ke atas dan melepasi bahu sehingga mencecah air di belakang kepala; berkuak, terkuak 1. terbuka sedikit (bkn daun pintu, tabir, dll yg ditolak): pintu terkuak lebar; 2. merenggang dan bercelah-celah (bkn awan, daun-daun yg bergerak dsb): awan hitam pun ~; 3. menyisi (menghindar) ke kiri ke kanan (bkn orang atau sesuatu yg berkumpul): barang di mana ia lalu orang-orang ~ memberi ia jalan; 4. menjadi besar atau lebar (bkn lubang dll), berpisah (dgn); ~ (terbuka) darah tersirap darah; menguak melantasi (menembusi) barisan atau orang ramai yg berkerumun dgn menolaknya dgn tangan ke kiri dan ke kanan: dgn susah payah ia ~ ke celah-celah orang yg berasak-asak itu; menguakkan menyingkap (membuka) dgn menolak atau menarik ke kiri ke kanan (daun pintu, tabir, dll), menyisikan (menepikan, menghindarkan) ke kiri ke kanan, memisah­kan: ia ~ daun pintu lebar-lebar; ~ kelambu (tirai dll); orang berlarian hendak menolongnya tapi dikuakkannya mereka; ia ~ daun-daun serta sampah-sampah yg menutupi kubur itu ke tepi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua/] | کواق

Definisi : sj tumbuhan (pokok), medang pergam, tengar hutan, Ternstroemia bancana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua/] | کواق

Definisi : gerakan menolak air dgn tangan semasa berenang. ~ kupu-kupu gaya renang dgn kedua-dua tangan mencecah air pd kedudukan siku yg tinggi sambil menarik air serentak, manakala kaki membuat tendang duyung. ~ lentang gaya renang dgn kedudukan badan terlentang, tangan diangkat dr sisi badan, lurus ke atas dan diturunkan melepasi bahu sehingga mencecah air di belakang kepala (dilakukan berselang-seli, tangan kiri dan tangan kanan). berkuak, terkuak terbuka (ke kiri ke kanan); menjadi renggang; terpisah. menguakkan membuka sesuatu dgn menolak ke kiri ke kanan; menghindarkan ke kiri ke kanan (supaya terbuka): Ia ~ daun pintu lebar-lebar. ~ kelambu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kua/] | کواق

Definisi : bunyi spt bunyi kerbau atau bunyi katak. menguak mengeluarkan bunyi kuak; berbunyi (bkn kerbau atau katak). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuak (kata kerja)
Bersinonim dengan selak, singkap, buka, dedah;,
Kata Terbitan : berkuak, terkuak, menguak, menguakkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kuak Ibunyi spt bunyi katak atau bunyi kerbau; katak ~ sj katak besar; berkuak berbunyi kuak; berkuak-kuak mengeluarkan bunyi kuak atau berbunyi kuak berulang kali: jelas kedengaran katak ~ di tepi kolam itu; menguak mengeluarkan bunyi kuak atau berbunyi kuak: kambing mengembek, kerbau~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kuak-kuak; burung ~ sj burung yg keluar pd waktu malam, burung kuar, burung kuaran, Nycticorax nycticorax.Kamus Dewan Edisi Keempat
burung kuak-kuaksj burung yg keluar pd waktu malam, burung kuar, burung kuaran, Nycticorax nycticorax.Kamus Dewan Edisi Keempat
burung kuar (kuaran)sj burung yg keluar pd waktu malam, burung kuak(-kuak), Nycticorax n. nycticorax;Kamus Dewan Edisi Keempat
kuar II; burung ~ (kuaran) sj burung yg keluar pd waktu malam, burung kuak(-kuak), Nycticorax n. nycticorax; burung ~ sj burung ayam-ayam, burung ruah-ruah, burung uak-­uak, Amaurornis phoenicurus chinensis; menanti kuaran bertelur prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin terjadi atau diperoleh.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkuak-kuakmengeluarkan bunyi kuak atau berbunyi kuak berulang kali: jelas kedengaran katak ~ di tepi kolam itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
gaya bebasgaya berenang yg membolehkan perenang menggunakan apa sahaja gaya berenang selain gaya yg khusus spt gaya kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang;Kamus Dewan Edisi Keempat
menguakmengeluarkan bunyi kuak atau berbunyi kuak: kambing mengembek, kerbau~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kuak lentanggaya renang dgn kedudukan badan terlentang, tangan diangkat dr sisi badan, lurus ke atas dan diturunkan melepasi bahu sehingga mencecah air di belakang kepala (dilakukan berselang-seli, tangan kiri dan tangan kanan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
kuak kupu-kupugaya renang dgn kedua-dua tangan mencecah air pd kedudukan siku yg tinggi sambil menarik air serentak, manakala kaki membuat tendang duyung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
1234

Kembali ke atas