bikinan | hasil yg diperoleh setelah mengerjakan sesuatu, buatan: Kuih ~nya memang sedap. | Kamus Pelajar |
bikin | membikin bp melakukan sesuatu supaya menjadi; membuat: Siapa yg ~ meja ini? bikinan hasil yg diperoleh setelah mengerjakan sesuatu, buatan: Kuih ~nya memang sedap. | Kamus Pelajar |
suka | 1. perasaan girang dlm hati: maka sangatlah sukacitanya ia serta ditunjukkannya ~nya itu; 2. girang hati, senang hati: semua orang ~ melihat mereka berbahagia; 3. mahu (mengerjakan sesuatu), rela, sudi: aku boleh menutup kedaiku kalau aku ~; 4. gemar akan: orang di sini tidak ~ memakan daging; 5. setuju (dgn), cocok, sesuai: ayahku tidak ~ duduk di sini; 6. kehendak (kemahuan) hati: mahu tak mahu dimasukkan sahaja beras seberapa ~ dan ditaruh air;7. menaruh kasih (kpd), cinta (akan), sayang (akan): dia tidak ~ pd budak-budak; 8. berkenan akan, mahu akan: aku tak ~ engkau mengganggu mereka; 9. mudah sekali, kerap kali, selalu, sering kali: kereta ini ~ rosak; ~ hati a) girang (senang) hati, sukacita; b) kehendak (kemahuan) hati; ~ ramai (yg) digemari ramai, popular: lagu-lagu (majalahmajalah) ~ ramai; ~ duka kegembiraan dan kesedihan; sesuka = ~ hati = sesuka-suka (dgn) sekehendak hati, (dgn) semahu-mahunya: pihak yg berkuasa kadang-kadang bertindak ~ mereka; suka-suka seronok-seronok: penceburan mereka dlm sesuatu projek bukan sekadar ingin mencuba atau ~; bersuka = ~ hati = ~ ria bersenang-senang, bergembira; bersuka-suka bersenang-senang, bergembira, berfoya-foya: tua muda, gadis, dan teruna, sekaliannya ~; bersuka-sukaan 1. bersuka-suka: setelah duduk lalu turun pula memetik bunga mengarang kuntum ~; 2. bh bercinta-cintaan, berseronok-seronok (berkendak dll): dia pun memimpin tangan isterinya masuk ke dlm pelaminan ~; menyukai 1. menaruh minat (terhadap), suka akan, meminati: indah itu adalah seni dan kerana itu orang ~nya; 2. gemar akan (makanan), menggemari: Minah tidak ~ kuih yg berbau minyak sapi atau mentega; 3. menaruh kasih pd, mencintai, menyayangi: ia disukai gadis-gadis kerana badannya tegap dan sihat serta lawa; 4. menaruh simpati kpd, suka kpd: parti yg memerintah tidaklah boleh membuang kakitangan kerajaan yg tidak disukai mereka; menyukakan 1. menjadikan suka, menggembirakan, menggirangkan: berita itu sudah tentu akan ~ kedua-dua orang tuaku; 2. bp menyukai: ibu tidak memaksa kau beristeri dgn orang yg tidak kausukakan; sukaan bp 1. segala apa yg disukai, sesuatu yg menyukakan; 2. orang yg dikasihi, kekasih, kendak; kesukaan 1. perihal suka, kegembiraan, kegirangan, kesenangan: tujuan membaca ialah mencari ~ dan pengetahuan drpd apa yg dibaca; 2. sesuatu yg diminati (digemari), kegemaran: menggambar itu adalah ~nya; 3. sebagaimana yg disukai, kemahuan: cara memakai sari itu terpulanglah kpd ~ masing-masing; 4. sesuatu yg disukai (disayangi, dicintai, dikehendaki). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lempeng | (lémpéng) 1. sesuatu yg pipih (spt tembakau dll): tembakau ~; 2. sj kuih yg pipih dan nipis (yg diperbuat drpd tepung dll); 3. kepingan (besi, kaca, dll) yg nipis; melempeng membuat kuih lempeng; perutnya ~ perutnya kempis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melempeng | membuat kuih lempeng; perutnya ~ perutnya kempis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
uli I | sj kuih yg dibuat drpd beras pulut; beruli (sudah) diramas-ramas dan ditekan-tekan (adunan roti, kuih, dll) dgn tangan utk menyebatikannya: dia menarik mangkuk tepung yg sudah ~ ke hadapannya; menguli meramas-ramas dan menekan-nekan (adunan roti, kuih, dsb) dgn tangan utk menyebatikannya: tepung itu dicampur dgn air dan diuli sehingga lembut; ulian sesuatu yg diuli; pengulian perbuatan (proses atau kerja) menguli: dgn adanya mesin baru, kini ~ tepung dapat dibuat dgn cepat, banyak dan bersih; penguli 1. orang yg (kerjanya) menguli: dua ~ roti, Mahmud dan Muhamad; 2. alat utk menguli: pengeluaran roti dan kek syarikat-nya telah meningkat dgn penggunaan mesin ~ tepung yg baru dan canggih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tepung I | 1. barang yg hancur dan lumat kerana ditumbuk dll (beras, gandum, dll): ~ jagung; 2. barang-barang yg sedia lumat, bubukan, serbuk: ~ sari; ~ beras tepung yg dibuat drpd beras (utk membuat kuih); ~ berperasa tepung yg mengandungi serbuk perasa (spt garam, rempah, daun perasa, dsb); ~ berserbuk penaik = ~ naik sendiri tepung yg mengandungi serbuk penaik; ~ bungkus sj kuih yg diberi berinti; ~ cat serbuk cat; ~ gandum tepung yg dibuat drpd gandum; ~ gomak sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan tepung kacang hijau (ber-intikan kacang dan gula); ~ jagung tepung drpd jagung, digunakan utk memekatkan kuah, membuat kuih dsb; ~ pelita sj kuih yg dibuat drpd tepung beras serta gula dan santan yg dikukus; ~ pulut tepung drpd beras pulut, digunakan utk membuat kuih-muih; ~ sagu tepung drpd sagu; ~ susu serbuk susu; ~ talam sj kuih yg dibuat drpd tepung gandum serta gula melaka dan santan (dimasak di dlm bokor); ~ torak sj kuih drpd tepung beras, santan dan gula, diberi perasa pandan dsb; ~ ubi (kanji) tepung yg dibuat drpd ubi kayu; ~nya ia mahu, kuihnya pun ia mahu prb hal orang yg tamak, diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semua; tepung-tepungan bermacam-macam jenis tepung: yg termasuk dlm makanan pemberi tenaga ialah beras, jagung, ~, dll; menepung menumbuk atau mengisar (biji-bijian dll lumat-lumat) supaya menjadi tepung: ~ beras (jagung); (spt hendak) ~ tiada berberas prb a) pekerjaan yg dibuat dgn tiada cukup syarat, jaranglah boleh menjadi sempurna; b) cakap sahaja besar, hasilnya sedikit pun tidak ada. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rasa | 1 apa-apa yg dialami oleh lidah atau kulit (ketika terkena sesuatu): ~ manis; ~ sakit. 2 sifat sesuatu benda yg menimbulkan rasa 1: Gula manis ~nya tetapi garam masin ~nya. 3 apa-apa yg dialami oleh hati atau batin ketika berlaku (melihat) sesuatu; keadaan hati atau batin terhadap sesuatu: ~ sedih; ~ pilu. 4 apa-apa yg difikirkan mengenai sesuatu; pendapat; fikiran: Pd ~ saya, itu tidak betul. rasanya, rasa-rasanya barangkali; agaknya: Kalau ~ dpt dikerjakan, kerjakanlah. ~ hari ini saya tidak dpt datang. ~ akan berhasil juga usaha kita ini. berasa 1 mempunyai atau beroleh rasa (terutama yg dialami oleh badan): Kedua-dua tangannya ~ lenguh. 2 ada rasanya (manis, masin dll). 3 mengalami rasa di dlm hati: ~ takut; ~ ngeri. merasa mengecap utk mengetahui rasa makanan atau minuman dgn lidah: Ibu hendak ~ kuih yg saya buat. merasa-rasa meraba-raba atau memegang-megang dsb utk mengetahui kasar halusnya (berat ringannya dsb): Halus atau kasarnya kain ini dpt dirasa-rasa sendiri dgn tangan. Rasa-rasalah dahulu dgn kaki utk mengetahui dalam tidaknya sungai itu. merasai 1 mendapat atau mengalami (nikmat dll); menikmati: Selama ini ia tidak pernah ~ kesenangan hidup. 2 menderita atau menanggung (kesusahan dll): Mereka akan ~ balasan Tuhan kelak. merasakan 1 membiarkan merasa atau merasai; mengesankan: Ia berusaha hendak ~ pengaruhnya kpd anggota-anggota persatuan yg dipimpinnya. 2 memikirkan; menganggap: Ia masih dirasakan penting dlm persatuan kami. terasa dpt (sudah) dirasa atau dirasai: ~ benar sakitnya sekarang. Tekanan ekonomi ~ di mana-mana. perasaan 1 hal berasa atau merasai sesuatu: ~ ingin menjadi sasterawan terkenal meluap-luap di dadanya. 2 rasa atau keadaan batin ketika menghadapi sesuatu: Hatinya selalu didatangi ~ takut. 3 kesanggupan utk berasa: Sindiran orang itu menyinggung ~ beberapa orang yg hadir. 4 pertimbangan hati ttg sesuatu; pendapat: Bagaimana ~ saudara ttg perkara ini? perasa 1 = alat ~ bahagian badan atau organ utk merasa. 2 mudah berasa atau mudah merasai; peka. serasa sama rasanya dgn; seakan-akan berasa: Minum air ~ duri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rasa | 1 apa-apa yg dialami oleh lidah atau kulit (ketika terkena sesuatu): ~ manis; ~ sakit. 2 sifat sesuatu benda yg menimbulkan rasa 1: Gula manis ~nya tetapi garam masin ~nya. 3 Apa-apa yg dialami oleh hati atau batin ketika berlaku (melihat) sesuatu; keadaan hati atau batin terhadap sesuatu: ~sedih; ~ pilu. 4 apa-apa yg difikirkan mengenai sesuatu; pendapat; fikiran: Pd ~ saya itu tidak betul. rasanya, rasa-rasanya barangkali; agaknya: Kalau ~ dpt dikerjakan, kerjakanlah. ~ hari ini saya tidak dpt datang. ~ akan berhasil juga usaha kita ini. berasa 1 mempunyai atau beroleh rasa (terutama yg dialami oleh badan): Kedua-dua tangannya ~ lenguh. 2 ada rasanya (manis, masin dll). 3 mengalami rasa di dlm hati: ~ takut; ~ ngeri. merasa mengecap utk mengetahui rasa makanan atau minuman dgn lidah: Ibu hendak ~ kuih yg saya buat. merasa-rasa meraba-raba atau memegang-megang dsb utk mengetahui kasar halusnya (berat ringannya dsb): Halus atau kasarnya kain ini dpt dirasa-rasa sendiri dgn tangan. Rasa-rasalah dahulu dgn kaki untuk mengetahui dalam tidaknya sungai itu. merasai 1 mendapat atau mengalami (nikmat dll); menikmati: Selama ini ia tidak pernah ~ kesenangan hidup. 2 menderita atau menanggung (kesusahan dll): Mereka akan ~ balasan Tuhan kelak. merasakan 1 membiarkan merasa atau merasai; mengesankan: Ia berusaha hendak ~ pengaruhnya kpd anggota-anggota persatuan yg dipimpinnya. 2 memikirkan; menganggap: Ia masih dirasakan penting dlm persatuan kami. terasa dpt (sudah) dirasa atau dirasai: ~ benar sakitnya sekarang. Tekanan ekonomi ~ di mana-mana. perasaan 1 hal berasa atau merasai sesuatu: ~ ingin menjadi sasterawan terkenal meluap-luap di dadanya. 2 rasa atau keadaan batin ketika menghadapi sesuatu: Hatinya selalu didatangi ~ takut. 3 kesanggupan utk berasa: Sindiran orang itu menyinggung ~ beberapa orang di antara para hadirin. 4 pertimbangan hati ttg sesuatu; pendapat: Bagaimana ~ saudara ttg perkara ini? perasa 1 = alat ~ bahagian badan atau organ utk merasa. 2 mudah berasa atau mudah merasai; peka. serasa sama rasanya dgn; seakan-akan berasa: Minum air ~ duri. | Kamus Pelajar |
lama I | 1. panjang masanya (membuat sesuatu dll), lwn sekejap: anak raja itu telah ~ benar tiada balik-balik; tentu Sutan takkan ~ tinggal di rumah; memakan masa yg ~; 2. telah wujud (ada, terlibat, dsb) dlm jangka masa yg agak panjang: sebuah rumah ~ di kampung itu; pakaian ~; kawan ~; alasan-alasan ~; ahli-ahli ~; 3. tidak moden lagi, ketinggalan zaman: fesyen ~; 4. wujud pd zaman sebelum ini atau zaman dahulu, kuno, tua: kesusasteraan Melayu ~; masyarakat Melayu ~; 5. wujud sejak dahulu lagi: kuih-kuih Melayu ~; barang-barang ~; sikap ~; 6. yg digunakan dsb sebelum mendapat yg baru: dia menjual rumah ~nya utk membeli sebuah rumah baru; motosikalnya yg ~ diberikannya kpd adiknya; 7. berlaku pd masa yg sudah-sudah: membangkit-bangkitkan perkara ~; ingatan ~ mengusik jiwanya; selama 1. sepanjang masa yg tertentu: saya telah tidak bekerja ~ empat puluh hari; 2. selagi, sepanjang waktu, dlm masa (yg tertentu): ~ ia berkahwin dgn aku; ~ ini dlm masa-masa ini; selamanya utk jangka masa yg lama dan berterusan: manusia tidak ~ muda; selama-lamanya 1. yg sangat lama, paling lama: ~ dua tahun dia merantau kemudian pulanglah dia; 2. tidak berkesudahan, kekal: ia berikrar tinggal di Singapura ~; lama-lama 1. dgn lama: direnunginya muka gadis itu ~; 2. akhirnya, kesudahannya: sedikit-sedikit ~ menjadi bukit; 3. makin lama makin bertambah; berlama terus berada lama: engkau yg datang berlindung di sini tidak pernah ~; berlama-lama, berlamaan, berlama-lamaan 1. lama (berbuat sesuatu dll), lambat, tidak cepat: di sana memang banyak hiburan, tetapi hatiku kurang tertarik utk ~; 2. lama-kelamaan, lambat-laun; melamakan (sengaja) membuat lama-lama, memanjangkan masa; kelamaan 1. sl masa (yg tertentu), lama: hatta berapa ~nya, Seri Nara Diraja pun kembali ke rahmatullah; 2. ark terlalu lama; 3. akhir-akhirnya; lama-kelamaan lambat-laun, akhir-akhirnya: ~ berlakulah perubahan secara beransur-ansur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |