Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ma] | لاما

Definisi : 1. panjang masanya (membuat sesuatu dll), lwn sekejap: anak raja itu telah ~ benar tiada balik-balik; tentu Sutan takkan ~ tinggal di rumah; memakan masa yg ~; 2. telah wujud (ada, terlibat, dsb) dlm jangka masa yg agak panjang: sebuah rumah ~ di kampung itu; pakaian ~; kawan ~; alasan-alasan ~; ahli-ahli ~; 3. tidak moden lagi, ketinggalan zaman: fesyen ~; 4. wujud pd zaman sebelum ini atau zaman dahulu, kuno, tua: kesusasteraan Melayu ~; masyarakat Melayu ~; 5. wujud sejak dahulu lagi: kuih-kuih Melayu ~; barang-barang ~; sikap ~; 6. yg digunakan dsb sebelum mendapat yg baru: dia menjual rumah ~nya utk membeli sebuah rumah baru; motosikalnya yg ~ diberikannya kpd adiknya; 7. berlaku pd masa yg sudah-sudah: membangkit-bangkitkan perkara ~; ingatan ~ mengusik jiwanya; selama 1. sepanjang masa yg tertentu: saya telah tidak bekerja ~ empat puluh hari; 2. selagi, sepanjang waktu, dlm masa (yg tertentu): ~ ia berkahwin dgn aku; ~ ini dlm masa-masa ini; selamanya utk jangka masa yg lama dan ber­terusan: manusia tidak ~ muda; selama-lamanya 1. yg sangat lama, paling lama: ~ dua tahun dia merantau kemudian pulanglah dia; 2. tidak berkesudahan, kekal: ia berikrar tinggal di Singapura ~; lama-lama 1. dgn lama: direnunginya muka gadis itu ~; 2. akhirnya, kesudahannya: sedikit­-sedikit ~ menjadi bukit; 3. makin lama makin bertambah; berlama terus berada lama: engkau yg datang berlindung di sini tidak pernah ~; berlama-lama, berlamaan, berlama-lamaan 1. lama (berbuat sesuatu dll), lambat, tidak cepat: di sana memang banyak hiburan, tetapi hatiku kurang tertarik utk ~; 2. lama-kelamaan, lambat-laun; melamakan (sengaja) membuat lama-lama, memanjangkan masa; kelamaan 1. sl masa (yg tertentu), lama: hatta berapa ~nya, Seri Nara Diraja pun kembali ke rahmatullah; 2. ark terlalu lama; 3. akhir-akhirnya; lama-kelamaan lambat-laun, akhir-akhirnya: ~ berlakulah perubahan secara beransur-ansur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ma] | لاما

Definisi : sami Buddha di Tibet dan Mongolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ma] | لاما

Definisi : 1 panjang masanya; lw sekejap: Anaknya sudah ~ pergi ke luar negara. 2 panjangnya waktu: Tiga jam ~nya ia menunggu di situ. 3 telah ada sejak dahulu: lw baru (moden); kuno: Ia sedang mempelajari kesusasteraan Melayu ~. 4 tua (tidak baru): Baju ini sudah ~. lama-lama 1 akhirnya; kesudahannya: Kalau kita beransur-ansur membuat kerja, ~ selesai juga. 2 dgn lama: Dia merenung muka adiknya ~. berlama-lama berbuat sesuatu dgn lama: Jangan ~ bersiap, nanti ketinggalan bas. melamakan memanjangkan masa; sengaja membuat lama-lama: Dia sengaja ~ masa membuat kerja itu kerana ia malas. memperlama menjadikan lebih lama (ttg sesuatu tempoh). lama-kelamaan akhir-akhirnya; lambat laun: ~, mereka pun sampailah di tempat yg dituju. selama sepanjang masa yg tertentu: Dia pergi berkursus ~ tiga bulan. selama-lamanya 1 tidak berkesudahan; kekal: Ia akan bertapa di gua itu ~. 2 paling lama: Ia akan tinggal di sana ~ dua tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lama (adjektif)
1. Dalam konteks tempoh
bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan,
Berantonim dengan sekejap

2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks fesyen
bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman,
Berantonim dengan moden

4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,

Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan,

Puisi
 

Rama-rama terbang berderai,
     Patah galah dalam perahu;
Lama-lama baru bercerai,
     Perintah Allah mana tahu.


Lihat selanjutnya...(143)
Peribahasa

Sehari selembar benang,
     lama-lama jadi sehelai kain.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).

 

Lihat selanjutnya...(49)

13

A bad workman always quarrels with his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always quarrels with his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tekutidak lekas putus asa, rajin, tekun; sedikit-sedikit ~, lama-lama menjadi bukit prb kalau kita berhemat sedikit-sedikit, lama-lama simpanan menjadi banyak juga.Kamus Dewan Edisi Keempat
lama-lama1. dgn lama: direnunginya muka gadis itu ~; 2. akhirnya, kesudahannya: sedikit­-sedikit ~ menjadi bukit; 3. makin lama makin bertambah;Kamus Dewan Edisi Keempat
lama-lama1 akhirnya; kesudahannya: Kalau kita beransur-ansur membuat kerja, ~ selesai juga. 2 dgn lama: Dia merenung muka adiknya ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
membangkit-bangkitmenyebut-nyebut perkara yg lama-lama; menceritakan hal yg sudah-sudah: Jangan suka ~ hal yg lama, nanti tidak kekal persahabatan kita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melamakan(sengaja) membuat lama-lama, memanjangkan masa;Kamus Dewan Edisi Keempat
beruban1. mempunyai uban (rambut putih), menjadi putih (bkn rambut seseorang): lama-lama besok engkau ~ dan rabun sebab mem-baca buku saja; 2. ki sudah lanjut umurnya, sudah tua (sehingga terdapat uban pd rambut): dr muda sampai ~ pun masih belum berubah perangai engkau; 3. ki sudah lama dlm sesuatu pekerjaan, sudah lama memegang sesuatu jawatan; sudah ~ baru berguam prb perihal orang tua yg tingkah lakunya spt orang muda;Kamus Dewan Edisi Keempat
lama1 panjang masanya; lw sekejap: Anaknya sudah ~ pergi ke luar negara. 2 panjangnya waktu: Tiga jam ~nya ia menunggu di situ. 3 telah ada sejak dahulu: lw baru (moden); kuno: Ia sedang mempelajari kesusasteraan Melayu ~. 4 tua (tidak baru): Baju ini sudah ~. lama-lama 1 akhirnya; kesudahannya: Kalau kita beransur-ansur membuat kerja, ~ selesai juga. 2 dgn lama: Dia merenung muka adiknya ~. berlama-lama berbuat sesuatu dgn lama: Jangan ~ bersiap, nanti ketinggalan bas. melamakan memanjangkan masa; sengaja membuat lama-lama: Dia sengaja ~ masa membuat kerja itu kerana ia malas. memperlama menjadikan lebih lama (ttg sesuatu tempoh). lama-kelamaan akhir-akhirnya; lambat laun: ~, mereka pun sampailah di tempat yg dituju. selama sepanjang masa yg tertentu: Dia pergi berkursus ~ tiga bulan. selama-lamanya 1 tidak berkesudahan; kekal: Ia akan bertapa di gua itu ~. 2 paling lama: Ia akan tinggal di sana ~ dua tahun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memupuh1 menyabungkan (ayam dll) lama-lama. 2 ki memukul; menghentam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melamakanmemanjangkan masa; sengaja membuat lama-lama: Dia sengaja ~ masa membuat kerja itu kerana ia malas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hidap­anpenyakit yg dihidap lama-lama atau yg susah sembuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas