Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lama (adjektif)
1. Dalam konteks tempoh
bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan,
Berantonim dengan sekejap

2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks fesyen
bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman,
Berantonim dengan moden

4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,

Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan,

Puisi
 

Rama-rama terbang berderai,
     Patah galah dalam perahu;
Lama-lama baru bercerai,
     Perintah Allah mana tahu.


Lihat selanjutnya...(143)
Peribahasa

Sehari selembar benang,
     lama-lama jadi sehelai kain.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).

 

Lihat selanjutnya...(49)

13

A bad workman always quarrels with his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always quarrels with his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menceritakan1 menuturkan (sesuatu cerita); meriwayatkan: Penghulu tua itu telah ~ beberapa buah cerita Melayu lama kpd kami. 2 mengkhabarkan atau memberitahukan sesuatu: Saya takut hendak ~ rahsia itu kpdnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bibliografi1. senarai terbitan (buku dll) tentang sesuatu subjek atau drpd seseorang pengarang: ~ manuskrip Melayu Lama; 2. senarai buku, makalah, dll yg digunakan atau dirujuk dlm menghasilkan sesebuah karya.Kamus Dewan Edisi Keempat
menceritakan1. menuturkan (sesuatu cerita); meriwayatkan: Penghulu tua itu telah ~ beberapa buah cerita Melayu lama kpd kami. 2. mengkhabarkan atau memberitahukan sesuatu: Saya takut hendak ~ rahsia itu kpdnya.Kamus Pelajar
cara1 peraturan membuat sesuatu: Bagaimanakah ~ membuat kuih itu? 2 gaya atau kaedah (spt bentuk, fesyen dll): Bahasa yg digunakan dlm karangannya mengikut ~ bahasa Melayu lama. 3 sesuatu peraturan yg lazim diikut; adat resam; adat kebiasaan: Beliau gemar sekali makan masakan ~ Melayu. cara-cara 1 berbagai-bagai cara; bermacam-macam cara. 2 pelbagai peraturan atau contoh. 3 upacara. secara 1 dgn cara: Pegawai itu telah menerangkan akta tsb kpd kami ~ ringkas sahaja. 2 selaku; sebagai: Semuanya dilakukan ~ bermain-main. 3 menurut (adat): Perkahwinannya dilakukan ~ adat Melayu. ~ langsung a. dgn cara terus atau tidak dgn perantara­an. b. tidak menyimpang atau tidak menyeleweng.Kamus Pelajar Edisi Kedua
usahadaya upaya (ikhtiar, kegiatan, per-buatan, dll) utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu: rajin dan ~ adalah tangga kejayaan; sebelum Marsden, belum ada ~-~ utk menerbitkan teks dr naskhah Melayu lama secara ilmiah; badan ~ badan yg melaksanakan sesuatu (usaha) utk memperoleh hasil; ~ bersama pekerjaan yg dilakukan bersama; ~ campuran usaha oleh beberapa pihak yg tergabung; ~ kerajinan tangan pekerjaan tangan (spt membuat tikar, mengukir, dll); ~ niaga usaha atau kegiatan perniagaan; ~ perladangan (perlombongan) pekerjaan perladangan (perlombongan); berusaha bekerja dgn giat utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu, berikhtiar, sedaya upaya (utk mencapai sesuatu), mengerjakan sesuatu usaha: mereka ~ dgn sungguh-sungguh utk mencapai matlamat mereka; kerajaan ~ utk menambah hasil pengeluaran getah; mengusahakan 1. melakukan (membuat) segala yg perlu (spt pekerjaan, kegiatan, ikhtiar, dll) utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan, dsb) sesuatu, mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh (supaya tercapai sesuatu), menyelenggarakan: dia sendiri ~ terbitnya sebuah edisi Sejarah Melayu atas perhitungan bahasa semata-mata; kemajuan dan kemakmuran di pulau itu mestilah diusahakan bersama oleh kedua-dua bangsa itu; 2. mencari jalan (daya usaha dll) utk menyampaikan maksud (memperoleh sesuatu dsb), mengikhtiarkan, mengupayakan: kita tidak lama lagi akan hidup spt orang baik-baik, aku sedang ~ wangnya; 3. = ~ dirinya bekerja (bergiat) dgn sungguh-sungguh (segenap tenaga), berusaha keras: dia terlalu sangat rajin ~ dirinya dlm pelajaran; 4. mengurus sesuatu (pertubuhan dll) supaya berjalan dgn baik, menyelenggarakan: jikalau perkara itu berkenaan dgn cukai maka Kementerian Kewanganlah yg akan ~nya; 5. menghasil-kan, membuat, mengarang (buku dll), menye-lenggarakan sehingga (selesai): terjemahan ini telah diusahakan oleh saya sendiri; perusahaan 1. pekerjaan (kegiatan dsb) secara besar-besaran utk membuat (meng-hasilkan, mengeluarkan) barang-barang, industri: ~ batik di Kelantan; ~ gula; 2. pekerjaan ber-niaga secara besar-besaran, pekerjaan yg dilaku-kan utk mencari keuntungan: oleh sebab kedai itu terlampau kecil, dia sekarang membuka ~ di gedung yg lebih besar; ~ berat perusahaan secara besar-besaran yg menghasilkan barang berat-berat spt bahan dasar utk perusahaan-perusahaan lain dll; ~ kecil perusahaan yg dikerjakan secara kecil-kecilan (tidak memerlukan modal atau alat kelengkapan yg banyak dsb); pengusahaan perihal mengusahakan, pengerja-an, penyelenggaraan: ~ tanah; pengusaha 1. orang yg mengusahakan se-suatu (perusahaan, kegiatan penghasilan, dsb): ~-~ barang-barang kecil akan dapat men­jual barang-barang mereka dgn harga pasaran yg agak lumayan; 2. = pengurus (sekolah dll), pengelola.Kamus Dewan Edisi Keempat
menerbitkan1. menimbulkan (pertikaian, perkelahian, dll), membangkitkan (perasaan dll): kelakuannya yg tidak senonoh ~ kemarahan orang tuanya; 2. mendatangkan (bahaya, kerugian, penyakit, dll): kelengahan akan ~ kerugian kpd perusahaan itu; 3. menge-luarkan dan mengedarkan (buku, majalah, dll): sebelum Marsden belum ada usaha utk ~ teks drpd naskhah Melayu lama secara ilmiah; 4. mengeluarkan (tenaga dll): benda-benda hidup menggunakan makanan utk ~ tenaga dan membina badan atau pohonnya; 5. mengeluarkan (wang): jikalau boleh kiranya tolong tuanku terbitkan rial itu; 6. menghasilkan sesuatu, mengadakan, mengeluarkan, mewujudkan (bunyi dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
cara1. peraturan membuat sesuatu: Bagaimana ~ membuat kuih itu? 2. gaya atau kaedah (spt bentuk, fesyen dll): Bahasa yg digunakan dlm karangannya mengikut ~ bahasa Melayu lama. 3. sesuatu peraturan yg lazim diikut; adat resam; adat kebiasaan: Beliau gemar sekali makan masakan ~ Melayu. cara-cara 1. berbagai-bagai cara; bermacam-macam cara. 2. pelbagai peraturan atau contoh. 3. upacara. secara 1. dgn cara: Pegawai itu telah menerangkan akta tsb kpd kami ~ ringkas sahaja. 2. selaku; sebagai: Semuanya dilakukan ~ bermain-main. 3. menurut (adat): Perkahwinannya dilakukan ~ adat Melayu. ~ langsung a. dgn cara terus atau tidak dgn perantaraan. b. tidak menyimpang atau tidak menyeleweng.Kamus Pelajar
teras I1. bahagian yg keras dlm batang kayu, hati kayu: Sanah tidak sanggup membelah batang-batang pinang itu, kulitnya sama keras dgn ~ kayu nangka; 2. bahagian beras dll yg sudah dibersihkan; 3. ki sesuatu yg terpenting (terutama), isi yg terpenting (terbaik), sesuatu yg menjadi asas atau dasar (bagi sesuatu), intisari: pantunlah yg menjadi ~ puisi Melayu lama dlm kesusasteraan Melayu; orang-orang ini yg akan menjadi ~ negara; orang-orang Jepun tidak pernah lupa pd ~ sebenar kemajuan, iaitu membaca; ~ bumi bahagian tengah bumi yg cair; ~ terhunjam, gubal melayang, bertinting bertampi ~, gubal melayang ~ tinggal prb orang bangsawan akan lebih dimuliakan walaupun tidak berharta; meskipun tertimbun dlm tanah, namun ~ timbul juga prb orang yg berbudi baik itu sekalipun dlm keadaan melarat akan tetap berbudi dan berhati mulia; bertemu ~ dgn beliungnya prb dua orang yg berselisih dan sama-sama tidak mahu mengalah; berteras mempunyai (ada) terasnya: tumbuh-tumbuhan herba tidak ~; ~ ke dlm orang yg tidak kelihatan kekayaan atau kecerdikannya; ~ ke rusuk orang yg dikuasai oleh kaum keluarganya; ~ keluar bagai pimping prb tampak di luar sahaja bagus (kaya dll) tetapi sebenarnya melarat; di manakah ~ kayu mahang prb janganlah diharapkan yg mustahil; berteraskan ki mempunyai sbg teras (asas, dasar), berasaskan, berdasarkan: Rasulullah telah berjaya menyatupadukan ketiga-tiga kaum itu di bawah perpaduan yg ~ agama Islam; menerasi menjadi teras kpd: Islamlah yg ~ keperibadian Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
lama1 panjang masanya; lw sekejap: Anaknya sudah ~ pergi ke luar negara. 2 panjangnya waktu: Tiga jam ~nya ia menunggu di situ. 3 telah ada sejak dahulu: lw baru (moden); kuno: Ia sedang mempelajari kesusasteraan Melayu ~. 4 tua (tidak baru): Baju ini sudah ~. lama-lama 1 akhirnya; kesudahannya: Kalau kita beransur-ansur membuat kerja, ~ selesai juga. 2 dgn lama: Dia merenung muka adiknya ~. berlama-lama berbuat sesuatu dgn lama: Jangan ~ bersiap, nanti ketinggalan bas. melamakan memanjangkan masa; sengaja membuat lama-lama: Dia sengaja ~ masa membuat kerja itu kerana ia malas. memperlama menjadikan lebih lama (ttg sesuatu tempoh). lama-kelamaan akhir-akhirnya; lambat laun: ~, mereka pun sampailah di tempat yg dituju. selama sepanjang masa yg tertentu: Dia pergi berkursus ~ tiga bulan. selama-lamanya 1 tidak berkesudahan; kekal: Ia akan bertapa di gua itu ~. 2 paling lama: Ia akan tinggal di sana ~ dua tahun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lembut1 tidak keras; mudah dilenturkan; lembik: Daging yg keras jika direbus lama-lama menjadi ~ juga. 2 tidak bengis; sopan santun: Orang Melayu ~ perangainya dan halus budi bahasanya. 3 ist (bkn air) mudah berbuih apabila dikocakkan dgn sabun kerana tidak ada atau cuma sedikit saja garam kalsium atau garam magnesium yg larut di dlmnya. berlembut berkelakuan (berperangai dll) lembut: Ia selalu ~ pd anaknya. melembutkan 1 menjadikan lembut; melembikkan: Air hujan ~ tanah dan ini akan memudahkan kerja membajak. 2 melemahkan (hati dll): Tidak seorang pun yg dpt ~ hati orang tua itu. kelembutan keadaan lembut (bkn benda, tingkah laku dsb): ~nya berbicara amat menyenangkan kami. pelembutan perbuatan atau hal melembutkan. pelembut 1 orang yg lembut (tingkah lakunya dsb). 2 bahan utk melembutkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910

Kembali ke atas