mulut murai | orang yg sangat suka bercakap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mulut murai | orang yg sangat suka bercakap-cakap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mulut | 1. bukaan tempat mengunyah makanan (tempat lidah dan gigi pd manusia atau binatang): kuman itu masuk ke dlm tubuh melalui ~ bersama-sama makanan dan air yg di-minum; 2. ki sesuatu yg rupanya spt mulut (boleh dianggap sbg mulut), lubang, liang: ~ belanga; ~ kubur; 3. ki perkataan, percakapan; banyak ~ banyak cakap, cerewet; ~ bedil lubang laras bedil; ~ berus Kl a) suka membuka rahsia; b) suka mengeluarkan katakata yg kesat; ~ bisa suka mengeluarkan katakata yg pedas; ~ busuk nafas berbau busuk; ~ daun lubang kecil-kecil (utk pernafasan) pd daun; ~ gatal gemar memperkatakan apa sahaja; ~ gunung lubang kawah gunung berapi; ~ hebiak Kd orang yg suka mengata orang; ~ hodoh Kl suka mencarut-carut; ~ kotor suka mengeluarkan kata-kata keji kata; ~ kulit lubang kecil pd kulit (utk perpeluhan); ~ manis lemah lembut dan baik tutur katanya; ~ murai orang yg sangat suka bercakap-cakap; ~ sungai kuala (muara) sungai; ~ tajam suka mengeluarkan kata yg pedas-pedas; ~ bagai ekor ayam dihembus prb seseorang yg mulutnya tidak berhenti-henti berkatakata; ~ bau madu, pantat bawa sengat prb orang yg manis mulutnya tetapi hatinya jahat; ~ disuapi pisang, pantat dikait dgn onak prb bermuka-muka manis tetapi di belakang diumpat atau dibuatkan pekerjaan yg mendatangkan bahaya dll; ~ hang lebih drpd gedem-bai = ~ kamu harimau kamu, mengerkah (batu) kepala kamu prb perkataan kamu juga yg membinasakan diri kamu; ~ manis jangan percaya, lepas dr tangan jangan diharap prb jangan percaya kpd orang yg manis perkataannya dan barang atau wang yg dipinjamkan kepadanya jangan diharap akan dapat kembali; ~ manis mematahkan tulang prb jika seseorang disuruh dgn lemah lembut nescaya sukalah hatinya dan pastilah ia bekerja dgn sehabis-habis upayanya; ~ satu lidah bertopang prb orang yg jahat hati itu perkataannya lain drpd hasrat hatinya; gula di dlm ~ prb sesuatu barang yg telah dlm milik kita; manis ~nya bercakap spt santan manisan, di dlm bagai empedu prb perkataan yg lemak manis biasanya berisi tipu semu di dalamnya; terlepas dr ~ buaya, masuk ke ~ harimau prb terhindar drpd kemalangan kecil lalu menghadapi kemalangan yg lebih besar; bermulut 1. mempunyai mulut, berlubang spt mulut; 2. bk bertutur, bercakap; ~ besar banyak cakap, angkuh, sombong; ~ keras berkeras kepala (suka melawan); ~ manis bercakap-cakap dgn lemah lembut; ~ di mulut orang prb selalu menurut kata orang; bermulut-mulut bk bercakap-cakap, berkatakata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mulut | 1 rongga atau lubang tempat gigi dan lidah; ruang tempat mengunyah makanan. 2 sesuatu yg rupanya spt mulut 1: ~ tempayan; ~ belanga. 3 percakapan: banyak ~ banyak bercakap; cerewet. ~ becok banyak bercakap dan membuat bising. ~ bedil lubang laras bedil. ~ bisa suka mengeluarkan kata-kata yg pedas. ~ kotor suka mengeluarkan kata yg keji-keji. ~ murai orang yg sangat suka bercakap. ~ tempayan tidak dpt menyimpan rahsia. bermulut mempunyai mulut; berlubang spt mulut. ~ besar sombong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suara | 1 bunyi yg dikeluarkan dr mulut manusia spt pd ketika bercakap (bernyanyi dll): ~nya sungguh nyaring. 2 bunyi yg dikeluarkan oleh binatang atau oleh alat perkakas (spt radio, televisyen): Kedengaran ~ murai berkicau. 3 keinginan (pendapat, pernyataan bersetuju atau tidak) yg dikemukakan dlm mesyuarat dll: Dlm mesyuarat itu, ~ saya tidak dipedulikan sama sekali. Dia telah menang dgn mendapat ~ terbanyak. ~ latar a. suara lembut yg kedengaran mengiringi suara penyanyi utama. b. ulasan atau penerangan dlm sesebuah filem dokumentari, rencana dsb oleh penutur yg wajahnya tidak dpt dilihat. bersuara mengeluarkan suara; bercakap. menyuarakan mengatakan atau mengucapkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lada | 1. sj tumbuhan herba (buahnya pedas dan biasanya dicampur dgn rempah); ~ benggala lada yg berbentuk bulat berwarna merah atau hijau yg mempunyai rasa pedas manis dan digunakan sbg salad atau sayur; ~ berekor sj tumbuhan (herba), kemukus, Piper cubeba; ~ hitam lada yg kulitnya tidak dibuang, Piper nigrum; ~ payung sj tumbuhan (herba), cabai jawa, Piper retrofactum; ~ rimba sj tumbuhan (herba), akar kalung gajah (ular), sirih murai, Piper ribesioides; ~ sulah = ~ putih lada yg telah dikeringkan dan dibuang kulitnya, merica, Piper nigrum; 2. sj tumbuhan (herba dan buahnya), cabai, lombok; ~ api = ~ kecil = ~ kerawit = ~ melaka Kd = ~ padi Id sj tumbuhan (herba), cabai burung, cabai rawit, Capsicum frutescens; ~ besar = ~ congcang = ~ merah sj tumbuhan (herba), cabai seberang, cabai selasih, Capsicum annuum; ~ kering cabai merah yg telah dikeringkan, cili kering, cabai kering; 3. sj tumbuhan (pokok renek); ~ api (padi, kutuk) ki orang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ pahit sj tumbuhan, melada pahit, embalau, Brucea amarissima; kayu ~ sj tumbuhan, akar berangan, Dalbergia parviflora; 4. bp menggosokkan cili pd mulut dsb seseorang (kerana terlalu marah terhadap apa yg telah dicakapkannya dsb), cabai, cili: jangan lancang sangat engkau bercakap nanti aku ~ mulut, baru kau tahu; belum tahu dipedas ~ prb belum banyak pengalaman (masih mentah); burung terbang dipipiskan ~ prb sudah bersedia utk mengharapkan hasil yg belum diperoleh; kecil-kecil ~ api, besar-besar limau abung prb biar kecil tetapi berani drpd besar tetapi penakut; siapa makan ~ dialah berasa pedas prb orang yg bersalah akan berasa tersindir kerana kesalahannya; berlada dibubuh lada (cabai, cili), bercabai, bercili: kuah ~; meladai membubuh lada pd (gulai dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |