Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
riuh (adjektif)
Bersinonim dengan bising, ramai, gamat, gempar, honar, heboh, gempita, gaduh, gegak, gegap, rusuh, gerapak, kecoh, abuh, keridau, rutup, taru, kecor;,
Kata Terbitan : riuh-rendah, meriuhkan, keriuhan,

Puisi
 

Taruh baja di pangkal pokok,
     Semai bayam dengan bijinya;
Riuh rendah ayam berkokok,
     Sehari sebiji nampak telurnya.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai langau mengerumuni bangkai.

Bermaksud :

Orang ramai yang riuh-rendah bunyinya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rutupark riuh-rendah, hiruk-pikuk; merutup berbunyi riuh-rendah (hiruk-pikuk), berbunyi spt benda meletup banyak-banyak.Kamus Dewan Edisi Keempat
ramai1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasar­an getah ~ kembali; Singapura ialah bandar per­niagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (pen­duduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga jangan­­lah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); kemahuan ~ kemahuan umum; khalayak ~ orang banyak, umum; ke­gemaran ~ kesukaan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum; ~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama; seramai 1. sama banyak (dgn); 2. sebanyak, sejumlah: penduduk-penduduk yg ~ sejuta orang itu; beramai-ramai 1. berbuat sesuatu dgn riuh-rendah (hiruk-pikuk): mereka ketawa ~; undang-undang tidak dapat digubal dgn ber­tengkar ~; 2. bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak (tidak berseorang): se­lepas tembakan itu kami keluar ~ melihat api; mari kita kerjakan ~; meramai-ramai ark beramai-ramai: anak buah Bendahara pun pergilah mengambil peti itu, diramai-ramai­nya dibawanya ke hadapan Benda­hara; beramai-ramaian sl 1. dgn ramainya, dgn banyaknya: sekali persetua ayah hamba raja Tanjung Pura pergi ~ ke pulau; 2. dgn riuh-rendahnya (hiruk-pikuknya): terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung ~ itu; meramaikan 1. menjadikan ramai, menye­bab­­kan ramai (riuh-rendah, hiruk-pikuk): kereta ini diramaikan dgn bual penumpang-penumpangnya; 2. menjadikan banyak, mem­­­banyakkan: ~ kaum keluarga; 3. men­jadikan gembira, memeriahkan: ia meng­ucapkan terima kasih kpd kawan-kawannya yg datang ~ majlis hari jadinya; memperamai, memperamaikan menye­rang beramai-ramai, membanyaki: malang­nya tok guru diperamaikan dan mati di­tikam; ia menetak dan menikam Peringgi tetapi apakan daya ia diperamai oleh Peringgi; keramaian 1. perihal ramai (riuh-rendah dll): melalui jendela aku lihat ~ lalu lintas; ia suka berkunjung ke negara-negara asing, melihat ~ kota dan pemandangan di per­desaan; 2. perayaan, pesta: ~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar; satu ~ telah diadakan bagi menyam­but hari kemerdekaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
riuh-rendahriuh gemuruh, sangat riuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
keridauriuh rendah.Kamus Dewan Edisi Keempat
gegakbising, riuh; ~ gempita riuh-rendah, sangat ramai.Kamus Dewan Edisi Keempat
gegak gempitariuh-rendah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merutupberbunyi riuh-rendah (hiruk-pikuk), berbunyi spt benda meletup banyak-banyak.Kamus Dewan Edisi Keempat
taruPr riuh-rendah, bising, hingar: kamu semua janganlah membuat ~ sangat di sini.Kamus Dewan Edisi Keempat
merapakberbunyi riuh-rendah, rancak (rebana dll), berbunyi kuat (pokok tumbang dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
igau-igauanriuh-rendah, heboh kerana ramai orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910

Kembali ke atas