rusuk | 1 bahagian badan yg di sebelah kiri atau kanan; lambung: Hang Tuah melompat dgn cepat serta menetak orang yg mengamuk itu dgn kapak, kena ~nya yg kanan lalu mati dgn serta-merta. 2 = tulang ~ tulang yg melengkung dr tulang belakang hingga ke tulang dada. 3 bahagian tepi atau pinggir sesuatu. ~ jalan jalan kecil di tepi jalan besar. ~ surat bahagian tepi atau pinggir surat. merusuk 1 menikam dll dr sisi atau pd rusuk: Dirusuknya orang itu pd sebelah kanan. 2 mengikut sebelah tepi; menepi; menyusur: berjalan ~. 3 bertekankan tulang rusuk; mengiring: Beliau berbaring ~ di atas katil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rusuk | 1 bahagian badan yg di sebelah kiri atau kanan; lambung: Hang Tuah melompat dgn cepat serta menetak orang yg mengamuk itu dgn kapak, kena ~nya yg kanan lalu mati dgn serta-merta. 2 = tulang ~ tulang yg melengkung dr tulang belakang hingga ke tulang dada. 3 bahagian tepi atau pinggir sesuatu. ~ jalan jalan kecil di tepi jalan besar. ~ surat bahagian tepi atau pinggir surat. merusuk 1 menikam dll dr sisi atau pd rusuk: Dirusuknya orang itu pd sebelah kanan. 2 mengikut sebelah tepi; menepi; menyusur: 3 bertekankan tulang rusuk; mengiring: Beliau berbaring ~ di atas katil. | Kamus Pelajar |
rusuk I | 1. samping, sisi (sebelah badan dll): satu tumbukan lagi kena di bawah ~; angin bertiup di ~ angin bertiup dr sebelah (bukan dr hadapan); tumbuk ~ bp memberi rasuah; 2. pinggir, tepi (jalan dll); ~ jalan jalan kecil di tepi jalan besar; ~ kepala alur di bahagian bawah belakang kepala, cekung (pelipis) kepala; ~ surat tepi surat; daerah ~ daerah pinggir (perbatasan); pintu ~ pintu yg di sebelah (tepi); 3. = tulang ~ bilah-bilah tulang dr tulang belakang ke tulang dada, iga: ~nya patah akibat jatuh; ~ benua (Geog) dasar laut yg tidak begitu dalam yg letaknya dekat pantai; ~ kanan (kiri) sebelah kanan (kiri); merusuk 1. menikam dll di sisi (sebelah) atau pd lambung: dirusuknya orang itu di sebelah kanan; 2. menurut sisi, menepi, menyusur (tepi), mendekati dr samping: berjalan ~; 3. rusuk, (tidur dll) di atas tulang rusuk, mengiring: dia tidur ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tulang rusuk | bilah-bilah tulang dr tulang belakang ke tulang dada, iga: ~nya patah akibat jatuh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lambungan | rusuk atau tepi badan (rumah, kapal, dll), samping: air memercik hingga menepis ~ kapal; ditikam oleh Hang Tuah seorang kena ~nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lambung II | rusuk atau tepi badan (rumah, kapal, dll), samping: air memercik hingga menepis ~ kapal; ditikam oleh Hang Tuah seorang kena ~nya; melambung mendatangi (menyerang, melanggar, dll) dr samping; melambungi 1. mengenakan atau memasang binaan pd lambung kapal (rumah dll); 2. belayar atau bergerak di samping. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkemudi | 1. mempunyai (memakai) kemudi: kapal ~, kereta berstereng; 2. memegang atau mengawal kemudi (di kapal): minta ia gantikan ~, tiadalah larat beta; ~ di haluan bergilir ke buritan = ~ ke rusuk prb perihal orang yg menurut suruhan atau nasihat isterinya (anaknya, orang bawahannya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tekan | ; bertekan bertumpu dgn kedua-dua belah tangan atau siku; bertelekan: Dia membongkok dgn kedua-dua belah tangannya ~ di meja. bertekankan bertumpu pd: Dia berbaring ~ tulang rusuk. menekan 1 mendesak dr atas kuat-kuat; menindih: Ahli gusti itu telah merebahkan lawannya lalu ~nya kuat-kuat. 2 ki melakukan sesuatu utk menyusahkan orang lain; menindas: Walaupun pegawai tsb tidak tahu bekerja, dia suka sekali ~ orang-orang bawahannya. menekankan 1 menggunakan sesuatu utk menekan; menindihkan sesuatu: Dia ~ kakinya ke leher perompak yg sedang terbaring itu. 2 mengucapkan kata-kata dgn keras; mengeraskan suara utk menegaskan sesuatu: Dia ~ bahawa dia tidak mengambil barang itu. 3 memberikan keutamaan kpd; mengutamakan: Ketua Pengarah ~ kepentingan bahasa. tertekan 1 dlm keadaan ditekan; tertindih. 2 ki tertindas; teraniaya. tekanan 1 desakan utk menekan: ~ yg kuat. 2 keadaan menekan atau keadaan tertekan; keadaan menanggung beban yg sukar utk ditanggung: ~ inflasi. 3 = ~ suara (bunyi) kata atau suku kata yg diucapkan lebih keras drpd kata atau suku kata yg lain. ~ atmosfera ist tekanan pd suatu titik di permukaan bumi yg disebabkan oleh berat udara yg berada di atas titik tsb. ~ darah tekanan oleh darah pd dinding bahagian dalam saluran darah, kesan drpd denyutan jantung. ~ hidraulik tekanan yg dihasilkan oleh kuasa hidraulik, iaitu kuasa mekanikal yg terhasil drpd cecair yg bergerak dlm saluran atau paip. ~ udara tekanan atmosfera pd permukaan bumi. penekanan perbuatan (hal dsb) menekan atau menekankan. penekan alat dll utk menekan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sisi | 1. bahagian yg di kiri atau di kanan sesuatu benda, rusuk, samping, tepi: dia lari dr ~ku; lukisan badan ikan itu dilihat dr ~; 2. garisan lurus yg menyempadani (membatasi) sesuatu bidang, penjuru, segi: di tiga ~, dia dikelilingi oleh air; 3. segi, sudut, pihak (pandangan dll): mereka memandang dr ~ mereka sahaja; di sisi 1. di sebelah (kiri atau kanan) sesuatu, berhampiran (dekat) dgn: ia duduk ~ suaminya; 2. di samping (bersama-sama): ibu Ema yg telah tua itu dapat jua menghiburhiburkan hatinya ~ suami, anak, menantu, dan cucunya; 3. di samping (selain): ~ itu, kemungkinan perkembangan bahasa itu pun menjadi lebih besar sebab lebih banyaknya jumlah manusia yg memakainya; 4. dr segi (pandangan dll): tiap-tiap rakyat itu mempunyai hak-hak yg sama antara satu dgn lain ~ undang-undang; 5. di kalangan: ajaran Rousseau telah berkembang dan amat besar pengaruhnya ~ rakyat; ke sisi ke tepi, ke samping; dikesisikan diketepikan, dikesampingkan; bersisi, bersisi-sisian berdampingan, berdekatan (berjalan, duduk, dll): telah menjadi kesenangan baginya berjalan ~-sisian dgn dia ke mana-mana; menyisi 1. pergi ke sisi (ke tepi, ke samping), menepi; 2. berjalan dll di sepanjang tepi (birai, pinggir), menyusur; menyisikan 1. membawa dll ke sisi (ke tepi); 2. mengetepikan (kerana tidak penting dll), mengesampingkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumbuk I | alat (spt alu, anak gobek) yg digunakan utk melantak sesuatu supaya hancur; penumbuk. ~ lada sj senjata tajam seakan-akan pisau atau badik. ~ rusuk perbuatan rasuah. bertumbuk 1 berkelahi dsb dgn meninju; bertinju: Budak dua beradik itu selalu ~. 2 dikupas atau dihancurkan dgn tumbuk; ditumbuk (tidak dikisar atau tidak digiling): Padi itu sudah ~. bertumbuk-tumbukan saling memukul dgn tinju; saling meninju: Kedua-dua ahli tinju itu ~. menumbuk 1 memukul dgn buku tangan atau dgn tinju; meninju: Beliau telah ~ pemuda itu sehingga rebah. 2 memukul atau menghentak dgn alu dll supaya hancur atau terkupas: ~ padi. menumbukkan 1 menumbuk utk: Dia ~ ibunya sambal belacan. 2 memukulkan buku tangan atau tinju pd. tertumbuk 1 sudah ditumbuk dgn alu dll. 2 terpukul dgn buku tangan atau dgn tinju. ~ akal (fikiran) sudah suntuk akal atau fikiran; tidak tahu apa yg hendak dilakukan. tumbukan 1 sesuatu yg ditumbuk. 2 hasil menumbuk; pukulan dgn buku tangan: ~ tangan kirinya yg pantas itu telah menumbangkan lawannya. pertumbukan perbuatan atau hal bertumbuk(-tumbukan).penumbukan perbuatan (hal dsb) menumbuk atau menumbukkan. penumbuk 1 alat utk menumbuk (padi dll); tumbuk. 2 orang yg menumbuk (padi dll). 3 kepalan tangan utk menumbuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |