kebesaran | 1. perihal (sifat dll) besar, kemuliaan, kehormatan: surat itu dijemput Raja Pasai dgn sempurna ~ dan sempurna kemuliaan; pakaian ~ pakaian yg dipakai ketika istiadat besar-besar; payung ~ payung istiadat raja-raja; 2. Jk terlalu besar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepalang tanggung | tidak cukup; tidak sempurna atau kurang sempurna. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepalang | 1 = alang ~ tidak cukup; sedikit. bukan alang ~, = bukan ~ amat sangat; bukan main; melampau. 2 = ~ tanggung tidak cukup; tidak sempurna atau kurang sempurna. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cerdas | 1 sempurna akal budinya; tajam fikirannya; pintar: Anak-anak dididik supaya menjadi orang yg baik budi lagi ~. 2 sempurna pertumbuhan tubuhnya; sihat dan segar: Seseorang itu dpt menjadi ~ jika ia cukup tidur, makan makanan yg berzat dan selalu bersenam. mencerdaskan menjadikan cerdas: Bersukan dpt ~ akal. kecerdasan hal atau keadaan sempurna perkembangan akal budinya; kepintaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sempurna | 2 sudah selesai dgn sebaik-baiknya; teratur baik-baik: Pekerjaannya tidak ada yg ~. | Kamus Pelajar |
sempurna | 1 tidak ada kekurangannya atau tidak ada cacat celanya; cukup lengkap; baik seluruhnya: Majlis perkahwinannya dahulu cukup ~. Bayi yg baru empat bulan di dlm kandungan biasanya belum ~ anggota badannya. | Kamus Pelajar |
sempurna | menyempurnakan menjadikan sempurna; melakukan dgn sebaik-baiknya: Sabur pun singgah di masjid itu utk ~ fardu maghrib. | Kamus Pelajar |
sempurna | kesempurnaan keadaan atau hal sempurna. | Kamus Pelajar |
cerdas | 1. sempurna akal budinya; tajam fikirannya; pintar: Anak-anak dididik supaya menjadi orang yg baik budi lagi ~. 2. sempurna pertumbuhan tubuhnya; sihat dan segar:Seseorang itu dpt menjadi ~ jika ia cukup tidur, makan makanan yg berzat dan selalu bersenam. mencerdaskan menjadikan cerdas: Bersukan dpt ~ akal. kecerdasan hal atau keadaan sempurna perkembangan akal budinya; kepintaran. | Kamus Pelajar |
cerdas | 1. sempurna akal (utk berfikir, mengerti, dll), cerdik, pandai, pintar: manusia ialah binatang yg ~ sekali; rakyat memerlukan pimpinan yg ~; 2. sempurna pertumbuhan (perkembangan) badannya (spt sihat, tangkas, dll): sukan itu menjadikan tubuh ~; mencerdaskan menyebabkan cerdas: usaha itu dilancarkan utk ~ penduduk luar bandar yg terkebelakang; sukan itu dapat ~ tubuh; kecerdasan kesempurnaan akal (utk berfikir, mengerti, dll spt kepandaian, kepintaran, kecerdikan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |