sempat(just in time) | Kaedah membekalkan komponen pembuatan yang diperlukan oleh pelanggan tepat pada masa yang diperlukan. Kaedah ini digunakan untuk mengurangkan ruang penyimpanan di tempat pelanggan dan memastikan barangan yang dikirim merupakan yang terbaru. Singkatan JIT. | Kamus Komputer |
kekangan komputer(computer constraint) | Had pada komputer yang yang menyebabkan komputer tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh pengguna, atau yang menyebabkan komputer tidak dapat memberikan keputusan yang tepat. | Kamus Komputer |
kepersisan(precision) | Darjah kejituan sesuatu kuantiti kiraan yang diukur dari segi jumlah digit selepas titik perpuluhan pada nombor yang digunakan untuk menyatakan kuantiti tersebut. Kepersisan sesuatu kuantiti mungkin tinggi tetapi tidak semestinya tepat. | Kamus Komputer |