Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
watak (kata nama)
1. Bersinonim dengan sifat: perangai, kelakuan, tingkah laku, budi pekerti, moral, akhlak, tabiat, khalikah, pembawaan, tanjak,

2. Bersinonim dengan tokoh: pelaku

Kata Terbitan : perwatakan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
protagonis1. watak utama dlm sesuatu cerita, drama dll; 2. penyokong terkemuka sesuatu perjuangan, pergerakan dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
antiwira(Sas) watak utama (wira) dlm sesebuah novel, cerita, filem, drama dsb yg tidak me­miliki sifat yg lazimnya dikaitkan dgn seseorang wira, spt keberanian dan kepim­pinan.Kamus Dewan Edisi Keempat
memurtadkanmenjadikan seseorang mur­tad: watak utama bernama Kamil telah ~ ramai orang;Kamus Dewan Edisi Keempat
murtadAr orang yg keluar drpd agama Islam, sama ada melalui perbuatan, perkataan, atau niat: orang yg begitu adalah orang yg kufur, yg ~, yg derhaka, kerana mahu menyamai Tuhan Maha Pencipta; memurtadkan menjadikan seseorang mur­tad: watak utama bernama Kamil telah ~ ramai orang; kemurtadan perihal murtad: setiap Muslim yg murtad tidak boleh diakui ~nya, tetapi hendaklah disuruh kembali kpd Islam.Kamus Dewan Edisi Keempat
heroin I(héroin) watak wanita utama (dlm cerita, filem, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
hero(héro) 1. orang yg terkenal atau disegani kerana keberanian (kegagahan, peribadi yg mulia, dll); 2. watak lelaki utama dlm cerita drama, filem, dll: Inu Kertapati menjadi ~ dlm cerita-cerita Panji.Kamus Dewan Edisi Keempat
kesan1. tanda yg ditinggalkan oleh sesuatu, bekas: banyak ~ tapak kaki orang di tepi pantai itu; kelihatan ~-~ pahat pd tiang seri rumah itu; terdapat ~-~ jari pd senjata yg digunakan itu; 2. sesuatu (sama ada kebaikan atau keburukan) yg timbul drpd sesuatu keja­dian (keadaan, perbuatan, tindakan, dll), kesudahan (hasil, akibat) drpd sesuatu, efek: kebersihan akan memberi ~ yg baik kpd perniagaan; penderitaan rakyat adalah ~ besar drpd peperangan yg belum tamat itu; 3. pengaruh (pd pemikiran, sikap, watak, dsb) yg timbul akibat drpd menyaksikan (men­dengar atau membaca) sesuatu, efek: ~nya terlalu buruk, manusia tidak mempunyai kepercayaan lagi terhadap diri sendiri; puisi dapat memberikan ~ yg mendalam kpd pembaca; ~ balas kegiatan (perbuatan dll) yg timbul kerana didorong oleh sesuatu perbuatan (peristiwa) lain, reaksi, tindak balas; ~ gelombang bekas (jejak) gelombang; ~-~ kilat kesan-kesan sepintas lalu; ~ sampingan kesan yg turut timbul selain drpd kesan utama yg dikehendaki atau yg telah dijangkakan; berkesan 1. meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda), berbekas: beberapa kali ia disebat tetapi sedikit pun tidak ~ pd kulitnya; 2. menim­bulkan hasil (kesudahan dsb) yg diharapkan, membawa kpd sesuatu perubahan (perkembangan dsb), efektif: kerajaan akan meneruskan langkah dan tindakan yg ~ utk meninggikan taraf hidup rakyat; pasukan tentera telah melancarkan serangan yg ~ ke atas musuh; 3. mendatangkan sesuatu penga­ruh kpd pemikiran (sikap, watak, dsb) seseorang atau sesuatu golongan dll (spt mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan, dll), efektif: kata-kata Mawi pagi tadi masih ~ benar di hatinya; keberkesanan perihal berkesan, berkesan­nya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat drpd hasil yg diperoleh sesudahnya; Ujian Pencapaian Sekolah amatlah penting dr segi menilai ~ pengajaran dan pembelajaran KBSR; mengesan 1. meninggalkan atau memberi kesan; 2. mencari-cari (mengikut) dgn berpandukan kesan (bekas, jejak), mengikuti sesuatu yg telah berlaku (dgn fikiran, ingatan, dll), mengekori: dlm gerakan ~ pasukan keselamatan telah menjumpai satu pasukan pengganas; 3. = mengesani menandakan peredaran (perjalanan) atau kedudukan se­suatu benda (pd kertas dll): ~ perjalanan kapal angkasa yg baru dilancarkan oleh Amerika Syarikat; peraduan ~ bola yg dianjurkan oleh akhbar itu mendapat sambutan baik drpd pembaca; mengesani mengesan sesuatu, menjejaki: dia sering ~ semula perkembangan hidupnya seterang-terang yg dapat diingatnya; mengesankan meninggalkan kesan (bekas, tanda, gores, dll): berus yg bergetar itu ~ garisan berkelok-kelok di atas kertas; memperkesankan menyebabkan berkesan; terkesan mendapat kesan (setelah memer­hatikan, mendengar, dll): jika berlaku tindakan sekatan minyak, negara-negara pengimport minyak tidak begitu ~; pengesanan perihal atau perbuatan mengesan; pengesan sesuatu (alat dll) utk mengesan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas