Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.duh] | برتدوه

Definisi : 1. berlindung drpd panas matahari (hujan, ribut, dll), bernaung: tatkala itu panas terlalu terik, beliau pergi ~ di bawah sepohon kayu kelat; 2. = berteduhkan (drpd) men­jauh­kan (drpd), melindungkan (drpd), meme-liharakan (drpd): Surgiwa berteduhkan diri-nya di bawah daun asam itu drpd hujan dan panas; 3. menumpang tinggal, diam, duduk: aku bangga kerana telah memberinya tempat ~ di rumahku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.duh] | برتدوه

Definisi : 1 berlindung drpd panas matahari, hujan dsb; bernaung: Oleh sebab panas terlalu terik, dia pun ~ di bawah pohon beringin. 2 ki menumpang tinggal di rumah kawan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teduh (adjektif)
1. Bersinonim dengan beransur kurang: reda, sidang, redup,
Berantonim dengan lebat

2. Bersinonim dengan redup: muram, suram,
Berantonim dengan cerah

3. Bersinonim dengan aman: tenang, damai,

Kata Terbitan : berteduh, meneduhi, meneduhkan, keteduhan,

Puisi
 

Asah kapak tajam beliung,
     Tebang mari kayu berduri;
Tuanku umpama kemuncak payung,
     Patik di bawah berteduh diri.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Hujan,
     tempat berteduh;
panas,
     tempat berlindung.

Bermaksud :

Orang yang selalu memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Berteduh Di Sebalik WajahmuDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1989983-62-1040-7
Berteduh di rimbunan suciDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1991983-62-2303-7
Berteduh di sebalik wajahmuDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1986 
Berteduh di rimbunan suciDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1997983-62-2303-7
Di sini kami berteduhGaleri Ilmu Sdn. Bhd.Tiada2010978-983-097-261-9
Di sini tempat berteduhDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1991983-62-1937-4

Kembali ke atas