Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ti] | جاتي

Definisi : = sejati asli, murni, tulen, tidak ber­campur, yg sebenarnya: Encik Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka; Hamidah seorang wanita ~; kejatian, kesejatian perihal jati (asli, benar, murni, dll): bahasa ini diperbahasakan orang dgn ~nya yg sempurna dlm negeri Kedah; Carl Rogers mentafsirkan ~ sbg ciri-ciri yg mengandungi kenyataan jujur atau­pun asli; penjatian perihal menganggap jati (asli, benar, murni, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ti] | جاتي

Definisi : sj tumbuhan (pokok) yg kayunya baik utk dibuat perkakas rumah dll, Tectona grandis; hutan ~ hutan yg terdiri drpd pokok jati; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), kayu cina, Podocarpus neriifolius; ~ laut sj tumbuhan (pokok), se(n)tada, Podocarpus polysta­chyus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ti] | جاتي

Definisi : , = sejati sebenarnya; tidak palsu atau bukan campuran; tulen; asli: Dia ini bukan orang kacukan tetapi orang Melayu ~. kejatian, = kesejatian keadaan, sifat dsb jati atau sejati; ketulenan; keaslian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ja.ti] | جاتي

Definisi : nama sj pokok yg kayunya sangat bagus utk dibuat perkakas rumah dll, Tectona grandis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jati (adjektif)
Bersinonim dengan sejati, asli, murni, tulen, yang sebenarnya, betul, bukan peranakan, totok, kudrati;,
Kata Terbitan : kejatian,

Puisi
 

Tanjung jati melambung pukat,
     Buluh perindu tidak berdahan;
Sayu hati memandang tempat,
     Hati rindu tidak tertahan.


Lihat selanjutnya...(82)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Jati diri kebangsaan manhaj Islam hadhari Tiada2010978-983-44351-4-1
Jati Lestari (Bahagian 2)Pustaka Nasional Pte. Ltd.Tiada2016978-9971-77-966-5
Jati Lestari (Bahagian 1)Pustaka Nasional Pte. Ltd.Tiada2016978-9971-77-518-6
Jati diri Johor dalam pelbagai perspektifYayasan Warisan JohorTiada2008978-983-2440-36-9
Jati diri Johor dalam pelbagai perspektifYayasan Warisan JohorTiada20089789832440369
Jati diri pasca asas 50Dewan Bahasa dan PustakaTiada2002983-62-6413-2
Jati diri dan patriotisme teras peradaban MalaysiaUniversiti Pendidikan Sultan IdrisTiada2012978-983-41431-8-3
Jati diri artisektur IndonesiaPenerbit AlumniTiada19899794141569
Jati diri dan psikik Melayu Tiada2009978-983-41872-7-9
Jati diri Melayu dalam kumpulan puisi pilihan A. Aziz DeramanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2011 
1234567

Kembali ke atas