Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.tif] | موتيف

Definisi : 1. sebab (tujuan) yg mendorongkan seseorang melakukan sesuatu atau ber­tindak: soal kesusasteraan ini juga tidak terlepas drpd ~ ekonomi, kerana apa guna-nya mengarang kalau tidak dibeli orang; 2. dasar fikiran atau pendapat: cerita ini juga memperlihatkan ~ pengarangnya yg tegas sekali; 3. pokok (dasar, tema) dlm sesebuah cerita dll: hikayat yg mempunyai ~ dua orang asyik-maksyuk bercerai tetapi akhirnya bertemu kembali; 4. sesuatu yg dijadikan dasar atau corak pd lukisan (ukiran dll): penenun Iban paling gemar meng-gunakan ~ manusia, binatang, dan tumbuh-tumbuhan; bermotifkan mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg motif, berasaskan, berpunca drpd: pending yg dijumpai di Perak itu ~ bunga teratai; pembunuhan itu mungkin ~ perasaan dendam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.tif] | موتيف

Definisi : 1 sebab yg mendorong seseorang berbuat atau melakukan sesuatu. 2 dasar fikiran atau pendapat. 3 sesuatu yg menjadi pokok atau tema dlm sesuatu cerita. bermotif mempunyai motif, berdasarkan motif: Pembunuhan itu berkemungkinan ~ rasa cemburu. bermotifkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg motif; berasaskan sesuatu perasaan, perbuatan dsb: Penculikan itu ternyata ~ wang ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
motif (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan tujuan: objektif, matlamat, sasaran, maksud, kehendak, keinginan, hajat, cita-cita, impian, harapan,

2. Bersinonim dengan dasar: tema, asas, pokok, latar,

3. Bersinonim dengan corak.



Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Motif-motif etnik MalaysiaPerbadanan Kemajuan Kraftangan MalaysiaTiada  
Motif alam dalam batik dan songket MelayuDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2009978-983-62-9241-4
Motif alam dalam batik dan songket MelayuDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20069836292411
Warisan motif dan corak etnik Sabah : himpunan artikel motif dan corak etnik SabahUniversiti Malaysia SabahTiada2007978-983-2369-56-1
Warisan motif dan corak : Murut Tiada2015978-967-5224-96-6
Warisan Motif dan Corak : MurutUniversiti Malaysia SabahTiada2012978-967-5224-96-6
Warisan Motif dan Corak Etnik SabahUniversiti Malaysia SabahTiada2009978-983-2369-56-1
Ceramah motif seni batik Indonesia oleh ibu Dewi Seri Aris B.BDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Warisan motif dan corak etnik SabahUniversiti Malaysia SabahTiada20079789832369561
Berbagai motif anyamanAngkasaTiada1986979-404-027-4
12

Kembali ke atas