[mur.ni] | مورني
Definisi : tidak mengandungi unsur-unsur asing (biasanya unsur-unsur yg mencemarkan), bersih benar, suci, tulen: aku bekerja kuat dan rajin dgn mendapat semangat dan perang-sang drpd cita-cita yg ~ dlm hatiku; ke-manakan dia telah mengirim bingkisan per-mata ~; memurnikan membersihkan benar-benar, menyucikan: agama itu benar-benar diper-gunakan utk ~ rohani manusia; kemurnian perihal murni, kesucian, keaslian, ketulenan: ada baiknya kalau diadakan aturan dan perubahan yg sesuai agar ~ agama Islam tidak tercabul; mereka mahu mengekalkan ~ bahasa Melayu; pemurnian perihal atau perbuatan memurnikan: ada baiknya masalah ~ bahasa men-jadi pokok perhatian dlm seminar ini; pemurni orang yg sangat mementingkan ketelitian dan ketepatan, terutamanya dlm cara hidup, adat istiadat, penggunaan bahasa yg betul dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mur.ni] | مورني
Definisi : bersih sekali; suci; tulen: Cita-citanya tinggi dan ~. memurnikan menjadikan murni; membersihkan; menyucikan. kemurnian keadaan murni; kesucian; ketulenan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)