[pa.ya] | ڤايا
Definisi : 1. kawasan tanah bencah (digenang air) yg ditumbuhi berbagai-bagai jenis tumbuhan, rawa: tukang canang berbelok ke kanan menuju tanah lembah yg penuh dgn ~ dan rawa; ~ bakau kawasan paya yg ditumbuhi pokok bakau, hutan bakau; ~ kumbuh kawasan paya yg ditumbuhi sj rumpai (yg daunnya boleh dianyam); 2. Ph kawasan tanah bencah yg ditanami padi, bendang, sawah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pa.ya] | ڤايا
Definisi : 1 kawasan tanah bencah yg digenangi air dan ditumbuhi pelbagai tumbuh-tumbuhan; rawa. 2 kawasan tanah bencah yg ditanami padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)