Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ring.kat] | ڤريڠکت

Definisi : 1. batas yg sudah dicapai (dlm se­suatu kerja, kegiatan, perundingan, dll), ting­kat (dlm perkembangan sesuatu), tahap: kerja membuka ladang baru itu sudah sampai ke ~ akhir, iaitu memulakan penanaman pokok getah dan lain-lain; 2. bahagian (darjat, ke­las, taraf) sesuatu kedudukan (keadaan, ke­majuan, dll): kerajaan mempertimbangkan kepentingan rakyat yg di ~ rendah serta yg berkedudukan tinggi; berperingkat bertingkat, bertahap, berkelas (berpangkat, bertaraf), berperenggan: contoh kira-kira yg diberikan oleh guru hendaklah ~, drpd yg senang kpd yg susah; berperingkat-peringkat peringkat demi pe­ringkat, menurut atau ada peringkatnya (tidak sekali gus) bertahap-tahap: al-Quran diturunkan ~; setiap manusia mempunyai tugas kepimpinan, namun kepimpinan itu ~; memeringkatkan menjadikan peringkat, membahagikan atau menyusun dsb mengikut peringkat-peringkat tertentu: pelajaran yg diberi hendaklah diperingkatkan menurut kebolehan murid-murid; pemeringkatan perbuatan memeringkatkan sesuatu: sebilangan kecil negara saling bertindak tanpa adanya satu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ring.kat] | ڤريڠکت

Definisi : 1 had yg dicapai dlm sesuatu usaha; susunan mengikut kemajuan yg dicapai; tingkat kemajuan; tahap: Kerja menanam padi itu dibahagikan kpd beberapa ~. 2 kedudukan mengikut tarafnya atau tingkatannya: Rundingan mengenai pertahanan Asia Tenggara pd ~ menteri akan diadakan tidak lama lagi. berperingkat mempunyai peringkat; bertahap: Tenaga dibebaskan sedikit demi sedikit pd satu-satu masa dlm keadaan ~-peringkat. memeringkatkan membahagikan kpd beberapa peringkat; mengadakan peringkat-peringkat: Seterusnya biji ini diperingkatkan mengikut besar kecilnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peringkat (kata nama)
1. Bersinonim dengan tahap: tingkat, fasa, paras, takat,

2. Bersinonim dengan taraf: status, kelas, darjah, kedudukan, darjat, martabat, pangkat,

Kata Terbitan : berperingkat-peringkat, memeringkatkan, pemeringkatan,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Pertandingan Forum Remaja 2005 Peringkat Kebangsaan ( Peringkat Separuh Akhir dan Akhir )Pusat Dokumentasi MelayuTiada2005 
Pertandingan Deklamasi Puisi Peringkat Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pulau PinangDewan Bahasa dan Pustaka Wilayah UtaraTiada2013 
Pertandingan Deklamasi Puisi Peringkat Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pulau PinangDewan Bahasa dan Pustaka Wilayah UtaraTiada2014 
Peraduan Baca Puisi Pelbagai Kaum Peringkat IPT ke - 4 ( Peringkat Akhir )Pusat Dokumentasi MelayuTiada2004 
Peraduan Baca Puisi Pelbagai Kaum Peringkat IPT ke - 4 ( Peringkat Separuh Akhir )Pusat Dokumentasi MelayuTiada2004 
Peringkat Akhir Akademi Sastera 2009 & Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Kritikan Karya Sastera IPTA/IPTS 2008-2009Dewan Bahasa dan PustakaTiada2009 
Peringkat Akhir Pertandingan Pidato 1MalaysiaPusat Dokumentasi MelayuTiada2010 
Peringkat Akhir Sayembara Mencipta Lagu Puisi ke-11 2011Dewan Bahasa dan PustakaTiada2011 
Peringkat Saringan Pertandingan Lagu Puisi Berkumpulan Negeri MelakaPusat Dokumentasi MelayuTiada2005 
Seminar Pembangunan Minda Melayu Peringkat Negeri Johor Seminar Pembangunan Minda Melayu Peringkat Negeri JohorDewan Bahasa dan PustakaTiada2002 
12345678910...

Kembali ke atas