Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a. tidak mendapat apa-apa yg diingini; terlepas peluang. b. mendapat malu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,

Puisi
 

Pukul gendang meniup serunai,
     Raja berarak dari seberang;
Putih mata si burung punai,
     Kayu ara dah tunggu helang.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Siapa cepat boleh dulu,
     siapa kemudian putih mata.

Bermaksud :

Orang yang cepatlah yang selalu mendapat keuntungan yang baik dan orang lambat senantiasa berhampa tangan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Putih mataPustaka Melayu Baru Sdn. Bhd.Tiada1964 
Putih mataPustaka Melayu Baru Sdn. Bhd.Tiada1964 
Jangan putih mataPenerbit Fajar Bakti Sdn BhdTiada19770195809041
Jangan Putih MataDewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-49-0388-6

Kembali ke atas