Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.jin] | راجين

Definisi : 1. suka bekerja (belajar dll), giat, bersungguh-sungguh, tekun: dia ~ belajar; dia ~ bekerja utk menambah pendapatan keluarga; 2. kerap kali, selalu (berbuat se­suatu, melakukan sesuatu): ia ~ ke masjid; tak ~ Kl, bp tidak pernah; rajin-rajin dgn sungguh-sungguh rajin, dgn rajin betul: kita mesti belajar ~ supaya tidak menyesal bila dewasa kelak; Is mesti berjanji akan ~ minum ubat dan susu supaya lekas sembuh; merajinkan; ~ diri berusaha benar-benar, mengusahakan diri; kerajinan 1. perihal rajin, kegiatan, kete­kun­an: guru hendaklah mendatangkan ke­cenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (me­ng­-hasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai me-majukan ~ rakyat; ~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerja­kan di rumah; ~ tangan pekerjaan (perusaha­an) dgn tangan (bukan dgn mesin). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.jin] | راجين

Definisi : 1 suka bekerja (belajar dll); giat; tekun: Ia ~ belajar. 2 selalu berbuat sesuatu; kerap kali melakukan sesuatu: Ia ~ pergi ke masjid. kerajinan hal atau sifat rajin; ketekunan: Kerana ~ belajar, mereka lulus dgn mendapat markah yg tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rajin
1. Bersinonim dengan tekun
( bersungguh-sungguh, tekun, getol, beria-ria, gigih, giat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan malas

2. Bersinonim dengan selalu
( sentiasa, kerap, kerap kali, acap kali, sering, sering kali, )
(adverba:)
Berantonim dengan jarang

Kata Terbitan : merajinkan, kerajinan,

Peribahasa

Menugal rajin menuai segan.

Bermaksud :

Orang dagang yang malas mengutip piutangnya.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Rajin dan usaha tangga kekayaanJamiliah PressTiada[19??] 
Rajin dan usaha tangga kejayaanSama PublicationsTiada1980 
Rajin dan usaha tangga kejayaan Tiada1981 
Rajin orang Cina orang Melayu ketinggalan Tiada2007 
Rajin dan Usaha Tangga Berhemah TinggiPusat Dokumentasi MelayuTiada1937 
Semut yang rajinDewan Bahasa dan PustakaTiada1982 
Tiga sekawan: bersikap rajinSama PublicationsTiada1985967-938-114-5

Kembali ke atas